Saturday 24 September 2011

Majlis AidilFitri Di Seagate Pulau Pinang Bersama Warga NEXO


Syukur alhamdulillah Majlis AidilFitri berjalan dengan lancar dan disambut pula dengan hujan rahmat dari Allah swt. Walaupun hujan, rakan-rakan masih bersama untuk menjayakan majlis ini, alhamdulillah. Sebanyak 18 Exora yang telah hadir untuk memeriahkan majlis ini. Semoga silratulrahim ini akan berpanjangan sampai bila-bila, InsyaAllah.

Sekalung tinggi ucapan terima kasih dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fisol Hamdi (G-One), En.Shamsul Anuar (Nuarque) dan En. Mohamad Annuar (Nuarpng) yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO dan semua pemilik-pemilik Exora yang turut hadir tidak kira dari jauh atau dekat iaitu En. Abdul Rahman (Aral@Man), En. Affendy (Gandhi), En.Nasirisham (Sham), En. Zulkifli (Zulmail), En. Shahrul Amri (Jalak Lenteng), En. Ismail (Mail Ila), En.Faizal (Chik), En.Abdul Hapes (Mazterpiece), En.Haneef (Haneef), En.Azizi (Gie_PN), En.Suraitul Amin (Aminyahya), En.Rizuan (Wan), En.Md.Redzuan (wanTU), En.Rahimi, En.Fuad (Art) dan En.Ajis (Vpower) yang datang bersama keluarga dan membawa makanan-makanan yang sedap-sedap berlaka bagi menjayakan dan memeriahkan majlis ini.



8.30am menunggu rakan-rakan yang lain 
sebelum berkonvoi ke Pulau Pinang


10.50am tiba di SeaGate Pulau Pinang 
disambut oleh rakan-rakan di sana

Acara bakar membakar dijalankan

Perghhhh!!!...sedap, disponser oleh Zulmail

Air asam special dari Zulmail

Bakar satay yang disponser oleh Gandhi

Penganjur bahagian acara makan panggil makan....
Sebahagian juadah-juadah yang dibawa oleh 
rakan-rakan untuk dijamu selera.

 Acara makan-makan sudah bermula...

Anak-anak pun tak lepas peluang bermandi-manda!!!

Hujan bukan penghalang semangat NEXO!!!
alhamdulillah hujan rahmat......



Semoga kita berjumpa lagi di majlis-majlis yang akan datang dan lebih meriah lagi.....InsyaAllah.

Thursday 15 September 2011

TT AidilFitri Bersama NeXo @ Penang

Perjumpaan Merapatkan Silratulrahim 
Di Bulan Syawal Bersama Warga Nexo
Sempena Hari Raya AidilFitri dan dipertengahan bulan Syawal yang mulia ini, NEXO mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada semua bahawa NEXO akan mengadakan TT AidilFitri bagi merapatkan silratulrahim sesama kita. Ahli-ahli NEXO bersama keluarga akan turut hadir memeriahkan suasana pada hari tersebut. 

NEXO juga mengalu-alukan kehadiran Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta untuk memeriahkan lagi perjumpaan ini.


TT AidilFitri Bersama NEXO akan diadakan seperti dibawah:-

Tarikh    : 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H
                @ Sabtu
Tempat  : Pantai berhadapan Pulau Jerejak, Pulau Pinang
Waktu    : 10.00 pagi 
Acara     : PotLuck



Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan TT AidilFitri Bersama NEXO, sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Fisol  019-4124070 , En. Anuar   019-4760007  atau En.Fandy  014-2150443 untuk keterangan lanjut.


Marilah kita sama-sama memeriahkan
TT AidilFitri Bersama NEXO 
di Pulau Pinang




Image: digitalart / FreeDigitalPhotos.net

Wednesday 14 September 2011

Proton Lancar Model R3 Bagi Saga, Pesona, Inspira Dan Exora

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd, pembuat kereta nasional, merancang untuk melancarkan model R3 (Race, Rally, Research) iaitu Saga, Pesona, Inspira dan Exora menjelang awal tahun depan, kata Ketua Bahagian Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood.
Beliau berkata, model-model berkenaan yang dibina oleh bahagian Motorsports di bawah unit R3, masih melalui proses modifikasi, prototaip serta pembangunan dan harganya masih belum diputuskan.
“Model R3 Proton mempunyai pasaran khusus tersendiri terutamanya mereka yang berminat memiliki keunikan dan mencari prestasi lebih baik,” katanya selepas pelancaran program “My Proton Makeover” di sini, Selasa.
“Kami akan menjual model-model ini di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia dan juga menawarkan body kit,” katanya dan menambah bahawa kira-kira 80 unit model Satria R3 dijual tahun ini.
Sementara itu, peraduan “My Proton Makeover” merupakan sebahagian daripada langkah Proton untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Proton. Mereka yang berminat dengan program boleh mendaftar di www.protonVIP.com. - BERNAMA

http://berita-harian.net/tech/proton-lancar-model-r3-bagi-saga-pesona-inspira-dan-exora/ 

Sunday 4 September 2011

Penggantian Jack Exora

Info terbaru yang kami dapat dari  Proton Service Centre Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah buat semua pemilik-pemilik EXORA bahawa Jack untuk Exora keluaran 2009 & 2010 perlu ditukar atas faktor keselamatan memandangkan Jack yang ada sekarang ini tidak sesuai untuk menampung berat Exora.(sila lihat gambar di bawah Jack terkini)


AJK NEXO melalui saudara Nasirisham (NEXO10) telah mengambil inisiatif untuk membuat arrangement dengan SC Proton Edar Jalan Gangsa bagi membolehkan ahli-ahli NEXO mendapatkan stok baru Jack ini. Inisiatif lain, anda boleh terus ke Service Centre Lee Motor (Alor Setar) Sdn Bhd untuk tempahan. PW No. bagi Jack baru adalah PW828351....good job bro.


Sedikit info,sila perhatikan perbezaan Jack baru dan Jack di Exora anda. Jika berbeza dari gambar di atas, sila ambil tindakan segera kerana ini boleh mengelakkan masalah kepada anda di masa hadapan.


Jack yang telah ditukar sesuai dengan berat Exora



 Gambar bawah adalah Jack jenis lama.


Kepada pemilik-pemilik Exora yang masih belum mendapatkan Jack baru ni, boleh lah menghubungi SC yang berdekatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...