Sunday 23 October 2011

Treasure Hunt anjuran Maybank Kedah/Perlis 2011

Sekalung tahniah NEXO ucapkan kepada Team NEXO yang berjaya mendapat hadiah ke 6 dari 24 peserta yang menyertai Treasure Hunt anjuran Kelab Sukan Maybank Kedah/Perlis pada 22hb Oktober 2011 yang bermula di Stadium DarulAman dan tamat di Changloon.

Hadiah-hadiah yang dijanjikan oleh pihak penganjur :
Tempat Pertama : Cenderamata berserta RM750.00
Tempat Kedua : Cenderamata berserta RM500.00
Tempat Ketiga : Cenderamata berserta RM300.00 Tempat Keempat : Cenderamata berserta RM200.00
Tempat Kelima : Cenderamata berserta RM100.00 
Tempat Keenam hingga Kesepuluh : Hamper




Buat pertama kalinya NEXO menyertai Treasure Hunt yang diwakili oleh En.Affendy (Gandhi) dan En.Shahrul Amri (Jalak Lenteng) sekaligus dapat membawa nama serta menaikkan nama NEXO.

Peserta-peserta sedang mendengar taklimat dari marshall 
bertugas sebelum memulakan perlawanan.

Peserta-peserta sedang menjamu selera setelah tamat perlumbaan.
Makan tengahari yang ditaja oleh pihak penganjur.

Makan malam serta penginapan yang ditaja oleh 
pihak penganjur di Diamond Hotel, Hadtyai

Team NEXO sedang menunggu pengumuman pemenang 
sambil menikmati makan malam yang ditaja oleh 
pihak penganjur di Hotel Diamond, Hadtyai



InsyaAllah, dimasa-masa akan datang diharap lebih ramai lagi ahli-ahli NEXO akan mengambil bahagian bagi menaikkan serta memajukan NEXO.

Monday 17 October 2011

Berita Terkini Dari Proton Di TV3

Proton Beri Jaminan Seumur Hidup

17/10/2011 13:08:00


Penyakit "power window" atau tingkap automatik sering dihantui Proton.

Demi melenyapkan stigma itu, Proton hari ini umum jaminan waranti seumur hidup bagi alat ganti berkenaan bagi semua model barunya.

Ia juga bakal melibatkan lebih setengah juta kereta Proton seluruh negara, yang berdaftar sejak September 2001.

 
DATUK SERI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR 
PENGARAH URUSAN KUMPULAN PROTON
"Dalam sebarang keadaan, kami akan ambil tanggungjawab, kami tidak seharusnya membebankan pengguna dengan masalah yang berpunca daripada pihak PROTON, Kami mahu keselesaan kepada pengguna, di mana anda pergi, sekiranya tingkap automatik gagal berfungsi, datang ke pusat servis dan kami akan baiki dengan percuma".

Jaminan itu dijangka menelan perbelanjaan RM3 juta dalam 10 tahun.

Antara model terlibat, Exora, Inspira, Saga BLM, Satria Neo, Persona, Perdana, Waja, Gen-Two, Wira Iswara dan Savvy.

Menerusi jaminan ini, 4 komponen utama tingkap automatik yang gagal berfungsi akan digantikan secara percuma atas syarat jarak pemanduan terkumpul kurang 250 ribu kilometer atau tempoh pendaftaran pemilikan kenderaan kurang 10 tahun.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Proton_Beri_Jaminan_Seumur_Hidup.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...