Tuesday 27 December 2011

Mohd Shahrulnizam Mohd Safar (NEXO 18)

Syukur alhamdulillah Mohd Shahrulnizam Mohd Safar a.k.a zampng (NEXO 18) telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 27 Dis 2011.



 Sebanyak 12 jahitan dijahit di belakang badan zam


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Friday 23 December 2011

Prestasi Exora mengagumkan

SEBAIK sahaja mendaftar untuk sesi pandu uji eksklusif Exora di Full House, Sunway Giza, baru-baru ini, pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Ini kerana, sesi pandu uji sering dilakukan oleh syarikat-syarikat automotif dan apa yang istimewanya tentang sesi pandu uji Exora pula?
Melalui pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, jelas para peserta yang hadir ingin mengetahui apa yang diberikan dalam sesi pandu uji eksklusif itu.
Rata-rata pasangan suami isteri yang hadir masih buntu dalam memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk memenuhi gaya hidup mereka.
Atur cara pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat, tip dan cara membawa kanak-kanak dalam kenderaan bersama pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Kartini Illias.
Pelbagai aktiviti telah disusun dan yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta ialah sesi pandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City, Kuala Lumpur.
Setelah memandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City bersama Penyelia Sesi Pandu Uji Eksklusif Exora, Ivan Khong, ternyata persepsi yang hadir telah berubah.
Exora sememangnya sebuah kenderaan yang mudah dikendalikan walaupun saiznya besar.
Ini sesuatu yang mengejutkan. Pengalaman dipandu oleh Ivan sewaktu ujian kestabilan Exora melalui aktiviti drift dan mengambil pusingan agak mengejut memang mendebarkan.
Tetapi dengan ciri keselamatan seperti sistem brek ABS, EBD dan sistem tali pinggang keledar ‘pretensioner penumpang merasa selamat kerana tahap kestabilan yang dipamerkan Exora amat mengagumkan.
Setiap sesi yang dilakukan adalah berkaitan dengan ciri utama Exora iaitu S.P.A.C.E – Safety (Keselamatan), Performance (prestasi), Advanced Styling (gaya), Comfort (keselesaan) dan Economical (jimat).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim, Proton ingin mengorak langkah pertama dalam mengadakan sesi pandu uji seumpama itu kerana menyedari bahawa mereka yang berkeluarga besar bukan sekadar memerlukan kenderaan yang boleh memuatkan penumpang yang ramai.
”Apabila memilih sebuah kenderaan pelbagai guna, perkara-perkara lain yang harus diutamakan termasuk ciri-ciri keselamatan sewaktu membawa penumpang yang ramai. Juga keupayaan sebuah kenderaan membawa bagasi berat tanpa merasa sesak, tahap kestabilan dan prestasi kenderaan tersebut dan juga kos penyelenggaran serta gaya.
”Ini merupakan apa yang ingin kami persembahkan melalui sesi pandu uji eksklusif ini supaya peserta sendiri dapat melihat kelebihan yang ada pada Exora,” katanya.

Salah seorang peserta pandu uji memasukkan beg golf 
bersama bagasi lain ke dalam ruang Exora yang besar.


Dipetik dari http://n9kini.com/prestasi-exora-mengagumkan/


Thursday 15 December 2011

Proton announces entry of Exora Bold


PETALING JAYA: Proton has finally introduced the much anticipated turbocharged Exora

Quite apart from that, the other important development from Proton is the entry last week of the Proton Exora Bold.


 

The model is the much ballyhooed turbocharged Exora that was announced in September last year by Proton managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

It's the first Proton model to use a turbocharger, and there's every likelihood forced induction will be employed in future models.


According to a Proton statement, the Exora Bold uses an all-new 1.6-litre Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) engine with performance comparable to that of a  2.0-litre engine, and comes equipped with a CVT transmission. 


The latest Exora is expected to sustain sales in the coming quarters.


Proton sees the use of CVT as the obvious choice for fuel economy and comfort in such class of vehicle.


"Owners can now benefit from a vehicle with the intelligence of selecting the best ratio that would suit a particular driving condition, thus allowing the vehicle to be fuel efficient, via smooth stepless' acceleration, for best comfort."


Proton is organising a three-day media drive soon for journalists to try out the new Exora and the Saga FLX SE, which was launched last month.


Details on the Exora will be forthcoming then. The Exora will be available in different trim lines and prices are expected to be a little more than the naturally aspirated variant - somewhere in the region of RM3,000 extra.


Like the Exora Bold, the new Saga variant uses CVT but has a 1.6-litre Campro IAFM engine under the bonnet.


At present, the top-selling Proton cars are the new-generation Proton Saga, followed by the Persona, Exora and Inspira.





Saturday 3 December 2011

Konvoi Perdana Anjuran Kolej Komuniti Wilayah Utara 2011


Sekali lagi NEXO dengan kerjasama dari Kolej Komuniti Wilayah Utara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Konvoi Perdana & Menanam Pokok Bunga Raya Sempena Program Semarak Rukun Negara. Terima kasih juga kepada Anggota Polis yang bertugas mengawal lalu lintas semasa konvoi dijalankan. Juga tidak lupa ucapan terima kasih serta tahniah NEXO ucapkan kepada En. Muhammad Anuar (NEXO 06) yang berjaya membawa NEXO untuk menyertai konvoi ini.

NEXO dengan bangganya dapat memberi khidmat dengan berkonvoi bersama pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara yang berbasikal beramai-ramai sambil berkunjung ke sekolah-sekolah terpilih untuk menanam Pokok Bunga Raya. Sekolah yang menjadi pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Dengan kerjasama yang diberi, NEXO amat berharap akan diundang lagi untuk menyertai serta menjayakan program-program yang akan datang demi memajukan serta menaikkan nama NEXO untuk negara tercinta.

 Wakil dari NEXO dari kiri En.Md. Redzuan (WanTU),En.Fisol (G-One), 
En.Md Anuar (Nuarpng), En.Fandy (Gandhi) & En. Shamsul Anuar (Nuarque)

Ahli-ahli NEXO mula mengatur konvoi

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti memulakan acara
mengayuh basikal ke Sekolah-Sekolah

Konvoi dijaga dengan selamat oleh pihak berkuasa
 


 Konvoi memasuki kawasan Sekolah


Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh 
salah seorang pelajar Kolej Komuniti
  
Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh wakil NEXO

 Sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...