Friday 25 May 2012

NeXo @ LuMuT, Perak

Tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan 
 "NEXO FUN DRIVE 2' LUMUT
Event berkonvoi bersama RaKan-RaKan sambil makan angin ke Lumut, Perak. Event diadakan selama 1 hari pada 19 May 2012. Tujuan konvoi diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar serta pengalaman kepada rakan-rakan yang baru menyertai alam berkonvoi dan berjinak-jinak dengan radio. Sebanyak 19 EXORA menyertai konvoi kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En.Naziz, En.Fandy, En.Fahmi, En.Fazli, En.Suhaimi, En.Addy, En.Azman, En.Zaid, En.Zulkifli, En.Rizuan, En.Shahrulnizam, En.Mart, En.Hapes, En.Embun, En.Zailani, En.Abd Kadir, En.Wan Nasir, En.Zaini dan En.Mohd Hasri. Konvoi yang bermula dari Perlis, Alor Setar, Tikam Batu, Juru dan seterusnya ke Manjung.  


Jutaan terima kasih NEXO ucapkan kepada wakil NEXO yang berada di Manjung iaitu En.Embun, En.Zailani, En.Abd Kader dan En.Wan Nasir kerana telah mengatur acara dengan sebaik mungkin. NEXO juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NEXO yang menyertai konvoi serta ahli-ahli yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan konvoi ini. Banyak tempat menarik telah dilawati dan InsyaAllah NEXO akan ke sana lagi.
 Konvoi berhenti sebentar di RnR Juru

 Menikmati Sarapan Pagi di RnR Juru

Mendengar taklimat dari penganjur

Konvoi mula bergerak menuju ke Lumut

Perjalanan konvoi berjalan lancar 

Terima kasih kepada En.Zailani (Lukutmaju) yang 
telah menyambut kedatangan konvoi ke Manjung

Konvoi berkumpul di Taman Paya Bakau


Mendengar taklimat dari Penghulu NEXO Manjung En.Embun

Singgah Makan Tengahari di Restoran Sampan


Singgah sebentar untuk menunaikan solat sebelum 
memulakan konvoi ke KD Rahmat










Konvoi singgah sebentar di KD Rahmat. KD Rahmat merupakan sebuah Kapal Perang lama yang kini telah dilucutkan tauliahnya dan dijadikan muzium dimana para pengunjung boleh melihat serta menaiki kapal dengan bayaran tiket sebanyak :
RM12 (Dewasa) RM7 (Kanak-Kanak).



KD Rahmat


Konvoi menuju ke Teluk Batik

Lepak-Lepak sebentar di Teluk Batik

Konvoi bersiar-siar di sekitar Marina Island

Konvoi singgah pula di kedai En.Tarmizi untuk membeli belah


Berkumpul sebelum bertolak pulang

Semasa perjalanan balik, singgah sebentar di Restoran 3R 
untuk menikmati makan malam



Alhamdulillah, konvoi selamat sampai ke 
destinasi masing-masing pada jam 12.00 malam


Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah


Nexo Fun Drive 2 Lumut Slideshow: NeXo’s trip from Juru, Pulau Pinang (near Butterworth, Pinang, Malaysia) to 2 cities Lumut and Cangkat Jering, Perak (near Taiping, Perak) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday 21 May 2012

Sijil Penghargaan Dari RTM


Di atas kerjasama NeXo serta peryertaan kelab-kelab kereta yang lain dibawah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK), 
RTM dengan besar hati telah menganugerahkan Sijil sebagai tanda penghargaan kepada kelab-kelab kereta yang menyertai 
Program Jelajah Mesra Sahabat & Peminat Sempena Hari RTM Ke-66 2012 di Pantai Merdeka pada 1 Mei 2012. 

 En.Shahrul Amri sebagai wakil NeXo menerima 
Sijil Penghargaan dari RTM 

 Terima kasih NeXo ucapkan kepada En.Arahman kerana sudi mengundang NeXo untuk acara menyampaian Sijil

 
Turut tidak ketinggalan wakil dari Kedah FM

 Sebahagian yang hadir pada hari tersebut




 Semoga bertemu lagi di event
 yang akan datang...InsyaAllah




Saturday 5 May 2012

Event @ Pantai Merdeka

NEXO @ MEGA TT GABUNGAN KELAB KERETA NEGERI KEDAH (GKKNK) BERSAMA KEDAH FM


NeXo mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) kerana menjemput dan memberi ruang kepada NeXo utk terbabit bersama GKKNK dalam program Mega TT GKKNK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka pada 1 Mei 2012. Tahniah diucapkan kepada GKKNK kerana berjaya menjayakan himpunan Kelab-Kelab Kereta di seluruh Negeri Kedah. Harapan NeXo semoga GKKNK menjadi sebuah hub untuk bekerjasama sesama kelab otomotif di masa hadapan dan menjadikan semua kelab kereta di bawah naungan GKKNK bersatu memartabatkan aktiviti kelab kereta. Semoga NeXo dan Kelab-Kelab yang lain dapat bergabung lagi di masa akan datang.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Perdana Club (MyPC Kedah) especially En. ZamTT dan rakan-rakan Perdana kerana telah menjadi marshall dengan menutup jalan serta mengawal lalulintas, mengeskot konvoi geng-geng NeXo supaya mudah semasa perjalanan dari Pekan Tikam Batu sehinggalah ke Pantai Merdeka.

Terima kasih juga diucapkan kepada marshall-marshall yang bertugas 
mengawal lalulintas serta mengatur parking. 

Tidak lupa juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga NeXo yang sudi turun ke Program Mega TT GKKNK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka ini. Sebanyak 10 Exora yang telah hadir untuk memberi sokongan dan bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Fandy (NEXO 01), En. Latip (NEXO 02), En.Sallehuddin (NEXO 51), En. Shahrul Amri (NEXO 03), En. Fazli Fadzil (NEXO 14), En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18), En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Hamidi (NEXO 36), En. Oni Syahrin (NEXO 13) dan En.Zukifli (NEXO55).


Konvoi menuju ke Pantai Merdeka
 En.Arahman (berbaju hitam) ketua pengajur 
 program Mega TT GKKNK Bersama 
Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka

 Sebahagian dari audioshow yang 
diadakan pada hari tersebut

DJ bertugas semasa program ini dijalankan

Meriah!!!dipenuhi dengan Kelab-Kelab Kereta

Tidak ketinggalan "Kelab Vespa"

Begitu ramai para pengunjung yang datang

Perjumpaan bersama semua ketua-ketua kelab

Bersama-sama bersorak
"MAJULAH GABUNGAN KELAB KERETA KEDAH UNTUK SEMUA"
1 MISI  1 MATLAMAT  1 KEDAH




 Semoga NeXo dan Kelab-Kelab lain dapat bergabung lagi di masa akan datang....InsyaAllah

Wednesday 2 May 2012

TT Penang @ Sani Char KueyTeow


Syukur Alhamdulillah TT Penang @ Sani Char KueyTeow telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2012, 8.30 malam. Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Azman Mat Ripin (NEXO43) yang telah berusaha bagi menjayakan TT ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari jauh dan dekat yang sudi hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. 


Sebanyak 12 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO43), Pn.Noor Fadzilah (NEXO 08), En.Fisol Hamdi (NEXO 09), En.Rizuan Ramli (NEXO26), En.Mohd Redzuan (NEXO27), En.Shamsul Anuar (NEXO28), En.Hamidi (NEXO36), En.Azmad (NEXO41), En.Mohd Fahmi (NEXO46), En.Abdul Karim (NEXO53), En.Zukifli (NEXO55) dan En.Mohd Zaid (NEXO59).
 

Semoga TT akan datang akan 
lebih meriah lagi.....InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...