Wednesday 26 September 2012

KONVOI KE LUMUT PERAK


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan :  
LAWATAN KE PANGKALAN 
TLDM LUMUT &
SAMBUTAN AIDILFITRI 2012
 D'TELUK BATIK

Tanggal 15 Sept 2012 bersamaan 28 Shawal 1433H, jam 2.30 petang NeXo telah berjaya memasuki Pangkalan TLDM Lumut. Sebanyak 24 Exora telah dibenarkan untuk memasuki ke dalam Pangkalan TLDM Lumut. Warga NeXo kemudiannya dibawa oleh 3 buah bas TLDM yang telah diatur khas oleh KD Malaya ke tempat-tempat lawatan yang dibenarkan. Tujuan lawatan dibuat adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan melihat sendiri kapal perang, helikopter dan sebagainya.  Berbagai tempat telah dibawa semasa lawatan diadakan. 



NeXo amat berterima kasih kepada Leftenan Suhaimi, Leftenan Zulhelmi, En.Azli, En.Shawal, En.Norizal dan semua Pegawai serta anggota lain yang terlibat bagi menjayakan lawatan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua warga NeXo yang melibatkan diri pada konvoi kali ini. NeXo juga amat berterima kasih kepada warga NeXo di Manjung iaitu En. Embun, En. Zailani a.k.a Lukutmaju, En. Abd Kader, En. Wan Nasir, En. Fuad, En. Zamri dan En. Mazlan bersama keluarga masing-masing yang telah bersusah payah mengatur serta menyediakan jamuan raya sempena Sambutan AidilFitri 2012 di Teluk Batik dan BBQ pada malam harinya.

Sebanyak 30 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En.Fandy, En.Embun, En.Abd Kader, En.Zailani, En.Wan Nasir, En.Fuad, En.Zamri, En.Mazlan, En.Haneef, En.Khairol, En. Remy, En.Zaid, En.Dzaher, En.Addy Midi, En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En.Shumi, En.Suhaimi, En.Onisyahrin, En.Romzi, En.Zarin, En.Sazly, En.Abd Latif, En.Nordin, En.Mohd Azalan, En.Asar, En.Zakhri, En.Md Annuar, En.Nor Hisyam dan En.Azizi.  

Bacaan doa oleh En.Suhaimi Nexo 54 
sebelum memulakan konvoi

Konvoi bergerak ke Lumut

Ketibaan konvoi di Taman Paya Bakau

Berkumpul untuk mendengar taklimat dari Prez 

Konvoi bergerak ke Restoran D'Warisan untuk makan tengahari

Restoran D'Warisan...makanan yang enak serta harga yang berpatutan
Terima Kasih kepada pemilik Restoran kerana memberi layanan 
yang baik serta menaja minuman buat NEXO
 
Setelah menjamu selera, konvoi singgah sebentar 
untuk menunaikan solat di Masjid Sultan Idris Shah II

Konvoi menuju ke Pangkalan TLDM Lumut

Exora disusun ditempat yang disediakan

Taklimat sedang diberi oleh En.Shawal sebelum lawatan 
dijalankan. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan oleh 
pihak TLDM untuk membawa warga NEXO ke dalam Markas

Galeri Panglima Tentera Laut

Bomba TLDM

Markas Udara TLDM

KD Jebat





Prez sebagai wakil dari NEXO menyampaikan 
cenderahati buat TLDM

Konvoi bergerak ke Teluk Batik untuk 
Sambutan AidilFitri 2012





Acara BBQ disebelah malam 


NEXO mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Tian Siang kerana telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.

Sebahagian dari cabutan bertuah yang 
ditaja oleh Syarikat Tian Siang.


TT di Restoran Nasi Beryani setelah selesai acara BBQ

Pada keesokkan harinya....
shopping di kedai Hasil Laut Tarmizi Dan Zalina


Konvoi bersiar-siar ke Marina Island

Konvoi bergerak ke Segari



Konvoi bergerak pulang

Singgah di D'King untuk makan malam 
sebelum konvoi bersurai

Semoga event kali ini mendapat banyak manfaat kepada semua keluarga NEXO dengan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita....Alhamdulillah




Lawatan ke Pangkalan Tldm Lumut & Sambutan Aidilfitri 2012 Slideshow: Northern’s trip to 4 cities including and Lumut was created with TripAdvisor TripWow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...