Sunday 14 April 2013

Sambutan Ulang Tahun NEXO yang Ke - 2


Syukur alhamdulillah Sambutan Ulang Tahun NEXO yang Ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2013 (Sabtu), 11.00 pagi bertempat di D'Yan Chalet, Pantai Merdeka. 

Terima kasih NEXO ucapkan kepada semua warga NEXO yang sudi meluangkan masa dengan menghadirkan diri pada malam BBQ dan 
pada Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 NEXO.

 

Seramai 20 orang ahli NeXo yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun NEXO pada kali ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En. Fandy (NEXO 01), En. Che Din (NEXO 61), En. Ahmad Nazri (NEXO 108), En.Mohd Adzha (NEXO 116), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), Pn.Azira (NEXO 123), En. Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En. Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT (NEXO 18), En.NorHisham (NEXO 67), En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En. Mohd Ridhuan (NEXO 133), En.Zulkefli a.k.a Chaq (NEXO 55), En.Suhaimi (NEXO 54), En. Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Mohamad Dzaher (NEXO 63), En. Abd Khalil (NEXO 122), En. Haneef (NEXO 21), En. Mohd Anuar a.k.a Anarkin (NEXO 15), En. Azizi (NEXO 23) dan  En. Nordin (NEXO 83).

 
Ucapan dari Prez NEXO pada 7 April 2013 detik 01:30am di FB Nexo:

Pada tanggal 12 April 2013 beberapa persiapan telah diatur, dimana sebilangan dari warga nexo telah menginap di D'Yan Chalet bagi mengatur upacara majlis yang akan diraikan pada 13 April 2013. 


Terima kasih NEXO ucapkan kepada pemilik D'Yan Chalet iaitu Kak Yan & Family kerana telah memberi layanan yang baik serta kerjasama buat warga NEXO.

Sempena Sambutan Ulang Tahun NEXO yang jatuh pada bulan April, NEXO juga turut meraikan Ulang Tahun ahli NEXO yang lahir pada bulan April :

 Happy Birthday buat NEXO 11 CID, NEXO 55 Chaq, NEXO 59 Zaid, 
NEXO 61 Che Din, NEXO 63 Dzaher, NEXO 125 Nazri Mahat, 
NEXO 131 Abdul Shukur dan NEXO 135 Nazri Arshad
 Walaupun ada bezday boys yang tidak dapat hadir, 
namun NEXO tetap meraikan hari ulang tahun mereka berserta irigan doa dan harapan agar semuanya dipanjangkan umur, sihat-sihat selalu dan jalinan persahabatan tetap akan utuh sampai bila-bila....Amin.

Acara dimulakan dengan bacaan doa 
oleh NeXo 54 En.Suhaimi 

Acara potong kek oleh semua Nexorianz


Acara potong kek BezDay Bulan April


Pada tarikh yang sama, Prez NeXo telah mengumumkan pemenang bagi peraduan tag line NEXO. Ucapan tahniah buat Nexo 16 Muhamad Khairi 
yang telah berjaya dan terpilih sebagai pemenang. 
"The First For The Future"


Setelah tamat majlis...Nexorianz ke Pantai Merdeka

Kemudian bergerak ke Pulau Sayak 
untuk menikmati kelazatan Mee Udang 
yang diatur oleh Nexo 83 En.Nordin

Semoga bertemu lagi di event 
akan datang...In Sya Allah

Saturday 13 April 2013

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN BADAN SUKAN ANJURAN PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA (PJS)


Tanggal 03 April 2013, NEXO telah dijemput untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS). KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN BADAN SUKAN yang diadakan selama 3 hari di Hotel Putra Palace, Kangar Perlis. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak PJS kerana sudi mengundang NEXO untuk menyertai kursus ini. Semoga NEXO dapat menyertai lagi program-program atau kursus-kursus seperti ini di masa akan datang. 

Ribuan terima kasih juga diucapkan buat wakil NEXO iaitu NEXO 02 Abdul Latif a.k.a Badang Kedah , NEXO 11 Mohd Khairul Amin a.k.a CID dan NEXO 72 Mohd Zakhri a.k.a Pablo kerana sanggup mengambil cuti dan meluangkan masa untuk menyertai kursus ini


Berbagai aktiviti telah diadakan
 

 Majlis Penutup & Penyampaian sijil
 

Sunday 7 April 2013

TT NeXo @ BeSuT TeRenGGaNu

Assalamualaikum....
Pejam Celik - Pejam Celik...Alhamdulillah Northern Exora Owner's Club (NEXO) telah menjangkau usia 2 tahun...maknanya, persahabatan sesama Nexorianz semakin utuh dan erat. Jesteru itu, pertambahan ahli wajib terjadi.

Berita dari TT Besut (MELEKAT TERPIKAT)
Majlis Persandingan NeXo 129 Sahidun & NeXo 135 Mohd Nazri
Pada 05 April 2013 

 

Jerteh : Acara dimulakan setelah saya terpaksa standby di hadapan Lily Kopitiam (tempat kejadian tutup - memandangkan NeXo 103 Azman Saad dan NeXo 105 Zalwani terpaksa Grounded kerana masalah kesihatan), dalam 5 minit Kemudian Nexo 135 Nazri Arshad sampai, disusuli RS crew (Exotec 41- cikgu othman - datang join untuk memeriahkan majlis) dan selanjutnya Nexo 129 Sahidun Saad. Maka, beremba la kami 4 pesawat ke lokasi baharu untuk majlis atas sebab tempat kejadian telah mengalami perintah berkurung seperti di LD.


Danau Fathirah Restoran telah menjadi pilihan, acara persandingan dimulakan. Satu demi satu gambar dipukoi baik dari kamera digital atau Smart Phone..seterusnya minum2 dan makan dilalui. Tetapi apakan daya, Danau Fathirah Restoran terlalu lembap..makanya kami betul2 TT (air teh tarik sahaja - Iskh iskh iskh...sedey huhuhu) sehingga Danau Fathirah Restoran telah dibanned oleh family saya kerana kelembapan tersebut. Sedikit sebanyak, perbualan berkisar tentang aktiviti sedikit di besut dan sebanyak mengikut Takhwim NEXO. 

Akhirnya majlis terpaksa bersurai atas sebab kalau tak blah lagi mau Insaf pembantu kedai di Tarbiayah...hahahaha.. Sekian dari NeXo 104 Mohd Noor a.k.a Mat Noy dari bilik berita BESUT.




Tuesday 2 April 2013

HaPPy BezDay NeXo 26


Pada 01 April 2013 jam 9.00malam, TT telah diadakan di Seagate Pulau Pinang, sempena menyambut ulang tahun NeXo 26 Bro Rizuan Ramli. Seramai 5 orang warga NeXo yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  

En. Zakhri a.k.a Pablo (Nexo 72), En. Addy Midi (Nexo 36), En. Azman Mat Ripin (Nexo 43) En. Dzaher (Nexo 63) dan BezDay BoY En. Rizuan Ramli (Nexo 26).


Buat NeXo 26 Nexo mengucapkan :
"Selamat menyambut ulang tahun yang ke 42
semoga dipanjangkan umur dan 
sihat sentiasa....Amin"

26 memang terbaik....sporting!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...