Friday 11 November 2011

Exora Reev diumum terbaik

Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 9, 2011
Exora-Reev
Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) Exora sebagai kereta Terbaik Keseluruhan Reev dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia pada Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti piawaian dan keupayaan Proton dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kejayaan yang mengejutkan selepas Reev Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan Proton untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.

Pada 5 November lalu, Reev Exora diumumkan sebagai peme­nang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.

Cabaran kereta masa depan itu dihoskan Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

“Kejayaan sekali lagi tahun ini Reev Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah merupakan kejayaan cemerlang sebenarnya Proton,” katanya.

Beliau bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance Reev di hadapan orang ramai pada pertandingan itu, yang merupakan satu keupayaan Proton memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

“Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu,” katanya sambil turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu Proton dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau Proton.

“Saya percaya mereka telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka telah membuat Proton dan rakyat Malaysia berasa bangga. Kami berasa rendah diri terhadap kejayaan ini,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap soko­ngan dan kepercayaan dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak yang telah membantu perkembangan Proton dalam bidang ini.

Menurutnya, hasil kejayaan itu, Proton akan menjadi lebih berazam dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik, sekali gus terus relevan pada landskap industri automotif global yang sentiasa berubah.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/exora-reev-diumum-terbaik-1.4639

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...