Friday, 25 November 2011

NEXO di Proton Shah Alam

Lawatan Kerja NEXO Ke 
Proton MVF Plant Shah Alam

Tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan Lawatan Kerja ke Proton Multi Vehicle Factory (MVF) Plant Shah Alam pada 25 Nov 2011. Pengalaman yang sungguh berharga dimana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana EXORA dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan EXORA maka bertambahlah pengetahuan berkenaan EXORA. Syukur diatas lawatan ini, ahli-ahli NEXO amat bertuah kerana dapat melihat sendiri produk terbaru proton iaitu EXORA BOLD yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Maaf tidak dapat tunjukkan gambarnya di sini, kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam kilang.

Pihak NEXO amat berterima kasih kepada pihak Proton serta kakitangan yang bertugas di atas layanan yang diberi. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Lokman serta rakan-rakan yang menyambut serta membawa kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih juga kepada pihak PLUS yang memberi laluan untuk mempermudahkan perjalanan konvoi. Terima kasih juga kepada ahli-ahli NEXO yang turut serta di dalam lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua.

Konvoi dari Kangar, Alor Setar dan SP tiba di RnR Juru 
pada 11.45 mlm 24hb Nov 2011 berhenti seketika untuk 
menunggu ahli-ahli NEXO dari Pulau Pinang 
untuk menyertai konvoi ke Ulu Bernam

Konvoi berhenti seketika pada 3.00am di Ulu Bernam
sebelum bertolak ke Shah Alam

 Minum-minum di RnR Ulu Bernam

Konvoi mula bergerak 6.30am ke Shah Alam

Tiba di Kilang Proton Shah Alam 8.54am
disambut oleh wakil NEXO di sana

Ahli-ahli NEXO mengorak langkah ke Kilang Proton

En. Lokman wakil dari pihak Proton sedang memberi taklimat

 Ahli-ahli NEXO di bawa menaiki bas khas
oleh pihak Proton ke kilang

Taklimat diberi sebelum memasuki kilang

Jamuan yang disediakan oleh pihak Proton kepada ahli-ahli NEXO

Presiden NEXO menyampaikan cenderahati kepada pihak Proton

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang 
berharga buat ahli-ahli NEXO







Terima kasih tidak terhingga NEXO ucapkan kepada ayiesal(NEXO 20)  & jack jacko(NEXO 40) kerana bersusah payah mengatur serta sponser  TT makan malam warga NEXO di Pha Pha Garden pada malam 25 Nov 2011. 












Friday, 11 November 2011

Exora Reev diumum terbaik

Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 9, 2011
Exora-Reev
Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) Exora sebagai kereta Terbaik Keseluruhan Reev dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia pada Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti piawaian dan keupayaan Proton dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kejayaan yang mengejutkan selepas Reev Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan Proton untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.

Pada 5 November lalu, Reev Exora diumumkan sebagai peme­nang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.

Cabaran kereta masa depan itu dihoskan Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

“Kejayaan sekali lagi tahun ini Reev Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah merupakan kejayaan cemerlang sebenarnya Proton,” katanya.

Beliau bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance Reev di hadapan orang ramai pada pertandingan itu, yang merupakan satu keupayaan Proton memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

“Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu,” katanya sambil turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu Proton dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau Proton.

“Saya percaya mereka telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka telah membuat Proton dan rakyat Malaysia berasa bangga. Kami berasa rendah diri terhadap kejayaan ini,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap soko­ngan dan kepercayaan dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak yang telah membantu perkembangan Proton dalam bidang ini.

Menurutnya, hasil kejayaan itu, Proton akan menjadi lebih berazam dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik, sekali gus terus relevan pada landskap industri automotif global yang sentiasa berubah.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/exora-reev-diumum-terbaik-1.4639
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...