NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (N E X O)
Showing posts with label Tun Dr. Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Dr. Mahathir. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke - 90 buat Tun Dr. Mahathir Mohamad


Posted by (NEXO) at 20:00 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tun Dr. Mahathir

Thursday, 9 July 2015

Tahniah dan Terima Kasih juga buat PROTON!!!




Posted by (NEXO) at 20:21 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Proton, Tun Dr. Mahathir
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Kenangan Terindah NEXO Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad"

"Kenangan Terindah NEXO Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad"

Visitors

free counter
free counter
Photobucket

Northern Exora Owner's Club (4439/2011)

Northern Exora Owner's Club (4439/2011)
Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. NEXO berpusat di utara semenanjung tetapi mempunyai ahli sehingga ke Melaka...jadi jika anda berminat utk menjadi ahli Nexo, kami akan cuba mengatur pertemuan anda bersama Nexorianz yg berdekatan dengan anda.... Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO.

NEXO - The First For The Future

NEXO - The First For The Future

Followers

Terima Kasih :

Terima Kasih :
Untuk maklumat lanjut, sila klik gambar

Rasailah kehebatannya...

Rasailah kehebatannya...

Terima Kasih PETRONAS

Terima Kasih PETRONAS

Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah (JBS)

Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah (JBS)

Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)

Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)

Chat Box

Labels

  • AGM (5)
  • Ahli NEXO (15)
  • Announcement (4)
  • Birthday (8)
  • Event (35)
  • Event Bersama (1)
  • Event bersama GKKnK (4)
  • Event bersama GKKNPs (1)
  • Event bersama JBS Negeri Kedah (1)
  • Event Bersama PETRONAS (1)
  • Event bersama YB Dato' Paduka Mukhriz (1)
  • Hari Kemerdekaan (2)
  • Iftar Bersama NeXo (1)
  • Kad Nexo (3)
  • Kad Raya NEXO (4)
  • Kejohanan Badminton All Nexorianz 2013 (1)
  • Keratan Akhbar (2)
  • Konvoi (10)
  • Konvoi Jalur Gemilang (1)
  • Kursus (1)
  • Majalah (2)
  • Majlis Berbuka Puasa (6)
  • Makluman Semua (12)
  • Official Event (21)
  • PJS (1)
  • Program Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (1)
  • Proton (1)
  • Rekreasi (1)
  • Sambutan Hari Raya NEXO (3)
  • Sambutan Ulang Tahun NeXo (1)
  • Tournament (3)
  • TT NEXO (35)
  • Tun Dr. Mahathir (2)

Popular Posts

  • ABS Pump Defect Settled!
    Macam mana nak tahu ABS pump Exora dah defect? Senang jer, dekat meter panel, ABS dan handbrake indicator akan sentiasa menyala bila kita...
  • Jangan sentap! bila power adapter dalam kereta kantoi
    Kebiasaannya terjadi bila charger gadget dah rosak...masuk jer dalam slot power adapter kereta terus bunyi "tup"...tau2 dah tak b...
  • Proton Exora Prime & Bold Serta Enjin CFE Turbo
    Sememangnya ramai pemilik kereta Proton Exora sekarang ini mula menggigit jari dengan model baru Proton Exora Prime dan Bold yang bak...
  • KONVOI KE LUMUT PERAK
    Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan :   LAWATAN KE PANGKALAN  TLDM LUMUT & SAMBUTAN ...
  • Penggantian Jack Exora
    Info terbaru yang kami dapat dari  Proton Service Centre Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah buat semua pemilik-pemilik EXORA bahawa Jack untuk ...
  • Salam AidilFitri 1436H
    Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Nexo di mana jua anda berada... Didoakan semoga perjalanan anda s...
  • TT NiRa NEXO @ Kuala Perlis
    Perjumpaan Merapatkan Silratulrahim Sebagaimana maklum Air Nira amat baik untuk kesihatan. Antara khasiat Air Nira ialah untuk meny...
  • Sijil Penghargaan Dari RTM
    Di atas kerjasama NeXo serta peryertaan kelab-kelab kereta yang lain dibawah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK),  RTM dengan b...
  • Lawatan Kerja NEXO Ke Proton Tanjung Malim - CHAPTER 2
    Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013 Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanju...

Peraturan Berkonvoi

Tugas-tugas MARSHALL

Marshall akan berfungsi sepenuhnya bila di iringi polis BERUNIFORM LENGKAP. Tugas marshall sebagai pembantu polis sahaja utk melancarkan laluan trafik semasa berkonvoi.

Marshall tidak boleh sesuka hati memblock laluan jalan raya walaupun ada lesen marshall. Hanya polis yang ada kuasa untuk memblock laluan dan kemudiannya diserahkan kepada marshall sebagai pembantu.

Marshall tidak boleh pandai2 hijaukan trafik light bila trafik light merah, jangan benarkan ahli konvoi anda jalan. Jangan buat sekatan utk beri laluan konvoi anda semasa di traffic light. Kiranya ada ahli yang tercicir, Sweeper akan menjalankan tugasnya.

Komunikasi

Penggunaan radio iaitu walkie-talkie/mobile rig semasa konvoi adalah penting untuk memastikan setiap ahli NEXO berada dalam keadaan teratur dan selamat.

Semasa memandu, perbualan adalah di antara First Car, Sweeper, Safety Car, Last Car atau Control mengikut mana yang telah dilantik oleh AJK bertugas. Walaubagaimanapun, dalam perjalanan yang agak jauh melalui highway, ahli dibenarkan untuk QSO pendek sahaja dari masa ke semasa, untuk menghilangkan rasa mengantuk atau ’boring’ TETAPI bukan di dalam bandar/pekan kerana ada maklumat atau info penting yang akan disampaikan oleh marshall yang bertugas berkenaan dengan keadaan jalan atau kesesakan trafik semasa berkonvoi.

Lampu Strobe & Sirens
Semasa berada di dalam konvoi, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama sekali kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority untuk menggunakannya dari pihak berkuasa (kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa). Penggunaan peralatan ini akan membuatkan pengguna jalanraya yang lain menjadi panik dan dikhuatiri akan mengakibatkan kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam konvoi
(bukannya hazard lights!!!).

Kelajuan
FIRST CAR (Leader) sebenarnya perlu berada dlm tempoh 20-30 saat di depan konvoi kerana peranannya adalah utk memastikan keadaan trafik berjalan lancar dan akan memberi laporan kepada Control dan seterusnya kepada Marshall yang bertugas.

FIRST CAR (Leader) akan perlahankan kelajuan SELEPAS tol dengan tujuan supaya group yang lain dapat memasuki semula di dalam barisan konvoi. Semua akan mencapai kelajuan konvoi yang dibenarkan setelah LAST CAR memberitahu kesemuanya melepasi tol. Perlu diingat, tidak perlu
MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas tol. Begitu juga perkara yg sama berlaku sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.

Bila berhampiran dengan tol atau lampu isyarat, konvoi boleh menggunakan lane yang berbeza, atas alasan untuk memendekkan masa, dan FIRST CAR (Group Leader) akan mengetuai semula groupnya ke dalam barisan konvoi tersebut.

Ketepatan masa
Oleh kerana NEXO bergerak secara berkonvoi/berkumpulan dan masa perlu diikut seperti yang ditetapkan/dirancang. Menunggu adalah tidak dibenarkan…..
LATE COMERS perlu mengejar konvoi atau terus menuju ke destinasi. Paling maksima untuk menunggu adalah dalam 5-10 minit, NEXO terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu lewat ke tempat yang dirancang demi menjaga imej serta reputasi kelab, tambahan bila kelab menghadirkan diri atas jemputan Kementerian atau Pihak Luar. Di harap mendapat kerjasama dari semua ahli NEXO.

Tugas FIRST CAR (Leader)
Mengetuai konvoi dan memberitahu sekiranya ada apa apa di hadapan melalui walkie talkie atau kemudahan lain..perlu memberi penerangan (breafing) kepada ahli ahli konvoi serta memperkenalkan marshall yang bertugas. Selain dari tu, semasa berada di dalam konvoi, leader perlu mengambil tahu atau melihat EXORA di belakang samaada ada EXORA yang tertinggal atau jauh ketinggalan.

Tugas Sweeper
Setiap sweeper adalah selang dari 5 biji EXORA atau 10 biji EXORA mengikut berapa EXORA yang berkonvoi supaya konvoi tidak berpecah atau tersesat, misalnya di trafik light (lampu bertukar ganti), di tol atau terdapat kereta yang bermasalah di jalanraya. Sweeper perlu berkomunikasi dengan marshall yang bertugas. Tugas sweeper adalah memberi arahan/warning kepada kereta yang terlalu laju atau terlalu perlahan. Sweeper juga boleh memhalang/blok jalan untuk laluan konvoi....tetapi tidak semestinya semua jalan....hanya jalan jalan yang tertentu sahaja.

Tugas LAST CAR
EXORA yang paling belakang dan tugas LAST CAR ialah berkomunikasi dengan marshall yang lain sekiranya ada EXORA yang tertinggal.

Safety Car
Membawa peralatan peralatan membaiki kenderaan dengan secukupnya..Selalunya akan diberi kepada yang arif tentang enjin. Peralatan yang wajib seperti tali, spanar, jed, lampu kecemasan, jumper dan lain-lain peralatan berkaitan dengan EXORA.


Maklumat Penting:
Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, sesiapa pun TIDAK DIBENARKAN berhenti kecuali LAST CAR, SWEEPER atau SAFETY CAR …. ini adalah untuk keselamatan, (selalunya 'attitude' serta mentality rakyat Malaysia suka memberhentikan kereta dan menganggu di lokasi kejadian, akan menyebabkan terjadinya kesesakan lalulintas & berkemungkinan berlakunya kemalangan yang lain).

Konvoi yang lain sepatutnya meneruskan perjalanan hingga ke destinasi yang ditetapkan. Last Car dan Safety Car akan berada di lokasi kejadian dan akan memberi laporan kepada Marshall bertugas berkenaan situasi tersebut dari masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi, sekiranya perlu.


K
erjasama dari semua ahli NEXO untuk mematuhi arahan-arahan di atas semasa perjalanan konvoi amat diharapkan agar perjalanan NEXO pergi dan balik semasa konvoi teratur dan selamat.


Terima kasih.


NEXO TERBAIK UNTUK SEMUA!!!

BETSSON CASINOREPORT

Feedjit

Blog Archive

  • ▼  2015 (3)
    • ▼  July (3)
      • Salam AidilFitri 1436H
      • Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke - 90 buat Tu...
      • Tahniah dan Terima Kasih juga buat PROTON!!!
  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (32)
    • ►  December (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)
    • ►  June (7)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)

Body Control Module (BCM) proton exora

1. Sistem Immobilizer

*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder

2. Isyarat Bateri Transmitter

*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.

3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search)

*Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali.

*Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda.

4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)

*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.

*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.

*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah

5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection)

*Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci ditutup / dibuka sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat.

6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)

*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.

*Sekiranya pintu belakan kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.

7. Memori Penggera Keselamatan

*Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan nyala berkelip-kelip untuk menunjukkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan pada pintu, ‘bonnet’ atau pun di tailgate’ kenderaan

*Untuk reset memorinya, masukkan kunci ke silinder kunci, (On & Off) dan ‘Door Ajar Indicator’ akan kembali sediakala (reset).

8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)

*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.

*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.

9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)

*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.

*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.

10. Penjimat Bateri (Battery Saver)

*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.

11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)

*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.

*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.

12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)

*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)

*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.

*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.

13. Fungsi Pengelap Air Lelehan (Drip Wiping)

*Semasa pencuci cermin hadapan atau belakang digunakan, pengelap cermin akan berfungsi secara automatik untuk mengelap lelehan air yang berlebihan.

*Operasi : Mengelap sebanyak sekali dalam masa 5 saat selepas pencuci cermin digunakan.

14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)

*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.

*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)

15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)

*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.

*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.

16. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)

*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.

17. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)

*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.

18. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)

*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.

19. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)

*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.

*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.

20. Pembukaan Kunci Auto (Auto Door Unlock)

*Kesemua kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila kunci dikeluarkan daripada silinder kunci kenderaan.

*Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

























Awesome Inc. theme. Theme images by Airyelf. Powered by Blogger.