Perjumpaan
Merapatkan Silratulrahim
Sebagaimana
maklum Air Nira amat baik untuk
kesihatan. Antara khasiat Air Nira ialah untuk menyejukkan badan,
mengurangkan batuk, merawat demam, membersihkan buah pinggang dan
memecahkan batu karang.
Maka
pada awal tahun 2012 ini, NEXO mengambil kesempatan serta membuka
tirai tahun baru dengan menganjurkan TT NiRa NEXO BerSaMa RaKaN-RaKan
bagi sama-sama menikmati kebaikan serta khasiat Air Nira untuk
kesejahteraan semua.
Syukur
alhamdulillah TT NiRa NEXO BerSaMa RaKan-RaKan dapat juga dijalankan
walaupun NEXO terpaksa beralih ke lokasi lain kerana Restoran Mona
Ikan Bakar telah penuh dan tempahan
tidak dapat disediakan dengan cepat. Oleh sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan maka NEXO berTT pula di Samudera Curry House.
Samudera Curry House Kuala Perlis
Terima
kasih kepada rakan-rakan dari jauh serta dekat yang sudi hadir berTT
bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan merapatkan
silratulrahim pada permulaan 2012. Sebanyak 10 Exora yang telah hadir
untuk memeriahkan TT ini. Semasa TT berlangsung berbagai-bagai perkara dapat dibincang bersama-sama bagi melancarkan aktiviti-aktiviti NEXO untuk masa yang akan datang. Semoga silratulrahim ini akan berpanjangan
sampai bila-bila, InsyaAllah.
Sekalung
tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada
pihak penganjur iaitu En.Nasirisham (Sham Milo) dan En.Abdul
Hapes (Mazterpeace) yang telah bersusah payah mengatur serta
menjayakan TT ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO
serta pemilik - pemilik Exora yang
turut hadir tidak kira dari
jauh atau dekat iaitu:
En.Fandy(Gandhi), En.Fadzlianita(Embun), En.Khairul(CID), En.Fisol Hamdi(G-One), En.Azmad(Mart), En.Azman, En.Naziz(Jit), En.Anuar(Anisna) dan En.Shaharin(Ayin) yang sanggup meluangkan masa makan bersama-sama serta menikmati hidangan Air Nira yang lazat dibawa khas oleh En.Nasirisham (Sham-NEXO 10).
Tidak
lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga dari NEXO kepada
En.Ayin yang telah berbesar hati membiayai makan malam di Samudera
Curry House.
Kizoa slideshow: TT NiRa NEXO - Slideshow
Semoga
kita bertemu lagi di majlis atau TT
yang akan datang.....InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment