Tuesday 31 December 2013

Lawatan Kerja NEXO Ke Proton Tanjung Malim - CHAPTER 2

Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013


Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.  

NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.

Konvoi yang bermula dari Kangar, Alor Setar, Gurun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di stesen Minyak Petronas BKE 2 bagi mengadakan upacara "Flag Off" oleh pihak Petronas.

Syukur Alhamdulillah pada event kali ini NEXO telah mendapat 
tajaan dari Petronas di mana setiap tangki exo Nexorianz dipenuhi dengan minyak Petronas Primax 95 Xtra. 
Terima kasih Petronas. 


Terima kasih kepada wakil dari PETRONAS iaitu En.Mohd Aaznan Darus Pengurus Jualan Runcit Wilayah Utara 1, En.Badrul Hisham Abd. Karim Pengurus Kawasan dan En.Zamri Kassim Penyelia Pemasaran. Ribuan terima kasih juga kepada pemilik Stesen PETRONAS BKE 2 iaitu En.Kasirul Kasinathan serta isteri, juga staff yang telah memberi layanan mesra serta jamuan ringan untuk kami. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat Rizuan Ramli NEXO 26 di atas usaha beliau untuk mendapatkan tajaan ini.  




Setelah selesai event bersama Petronas, Nexorianz bergerak ke RnR Juru untuk menanti rakan-rakan yang masih belum tiba.

Berbincang sebelum bergerak ke Tanjung Malim 
Konvoi mula bergerak ke RnR Ulu Bernam 

Nexorianz bersiap-siap untuk ke PROTON Tanjung Malim

Ketibaan anggota polis yang akan mengiringi
NEXO ke PROTON Tanjung Malim
Terima kasih kepada Sjn Sazly & Kpl Kamaruddin


 
 Alhamdulillah, kedatangan NEXO disambut dengan
mesra oleh pihak PROTON Tanjung Malim
 
Mendengar taklimat dari pihak PROTON sebelum memasuki plant 

 Dibawa ke plant dengan menaiki train

 Sedang Nexorianz membuat lawatan ke plant,
anak-anak pula menyertai peraduan mewarna 

 Selesai sahaja lawatan di plant, Keluarga NEXO 
dihidangkan dengan jamuan ringan 
oleh pihak PROTON Tanjung Malim 




Sesi taklimat berkenaan kereta keluaran PROTON

 
Ucapan terima kasih serta penghargaan dari Prez NEXO 
kepada pihak PROTON.

Kehadiran NEXO ke PROTON Tanjung Malim memang telah dinantikan oleh jurutera khas yang mencipta EXORA dan mereka telah membuat kunjungan khas dari COE Shah Alam ke PROTON Tanjung Malim semata-mata untuk bertemu dengan Nexorianz bagi mendapat maklum balas berkenaan Exora.
Alhamdulillah, NEXO amat bertuah dan dihargai.

Terima kasih kepada En.Muhamad Nasir Abdul Razak, En.Mohd Najib Mahmood, En.Ayob Muda, En.Emrizan Md.Khayon, En.Elmy Iskandar Abdul Rahman, Pn.Zainab dan lain-lain.

  Cenderahati dari NEXO untuk pihak PROTON
  
Cenderahati dari pihak PROTON buat NEXO
   
 Setelah selesai lawatan bersama PROTON, 
konvoi bergerak ke Janda Baik

Perjalanan ke Janda Baik mengambil masa yang agak lama,
ia menjadi kenangan pahit serta manis buat semua peserta konvoi

Berbbq pada malam harinya

Terima kasih kepada Siti Rohaya dan Kamarul NEXO 119 kerana telah bersusah payah menyediakan makanan untuk santapan keluarga NEXO. Terima kasih juga buat Fahmi NEXO 46 yang telah banyak meluangkan masa serta tenaga berulang alik ke Janda Baik bagi mencari penginapan yang berpatutan dan lokasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga NEXO.
Setelah bermandi-manda pada pagi 29 Nov 2013, keluarga NEXO bertolak pulang ke destinasi masing-masing. 

Semoga berjumpa pula di lain masa.... 
In Sya Allah

Wednesday 25 December 2013

Panggilan Mesyuarat Agung NEXO (AGM) Ke 3

Ahli-ahli NEXO dijemput untuk hadir ke :
Besarlah harapan agar semua ahli NEXO dapat turut serta ke AGM pada kali ini supaya dapat berbincang bersama bagi memajukan NEXO untuk masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

Thursday 31 October 2013

BOWLING TOURNAMENT ALL NEXORIANZ 2013

Syukur alhamdulillah Kejohanan Bowling All Nexorianz 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2013 (Sabtu), 3.00 petang - 6.30 petang di Megalane, Mega Mall Perai, Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu En. Shumi (NEXO 71) dan isteri Pn.Zakiah yang telah mencetuskan idea dan berusaha mengatur Tournament ini dalam masa yang singkat. Dengan adanya tournament ini, maka dapat mengeratkan lagi silratulrahim sesama ahli-ahli NEXO serta dapat mencungkil bakat-bakat bowling yang tersembunyi pada warga NeXo. 

Semoga semua peserta berpuas hati dengan keputusan pengadil. Tahniah buat yang menang dan bagi yang kalah pula...kita jumpa lagi di tahun hadapan....In Sya Allah.

Terima kasih kepada semua warga NEXO yang memberi support, yang datang dari jauh untuk memeriahkan lagi Bowling Tournament ini. Warga NEXO yang menyertai pertandingan ini adalah : Fandy NEXO 01, Ahmad Nizam a.k.a Pak Tam NEXO 120, Shumi NEXO 71, Aziz NEXO 68, Zaid NEXO 59, Romzi NEXO 52, Rizal NEXO 90, Zudi NEXO 147, Zakhri a.k.a Pablo NEXO 72, Jit NEXO 44, Zam Putri NEXO 70, Azalan NEXO 65, Dzakir NEXO 138, Arry Bomba NEXO 145, Azizi NEXO 23, Abdul Ghani NEXO 127, Denz NEXO 34, Kamarul NEXO 119, Sham Pulut NEXO 67, Shah NEXO 146, Wan Rambo NEXO 26, Addy Midi NEXO 36, ZamTT NEXO 18, Chaq NEXO 55 dan Wadi Azira NEXO 123. 
 
Medal-medal bagi yang berjaya, Hamper-hamper untuk cabutan bertuah
dan tidak lupa juga hadiah untuk peserta yang paling spoting "Juara Longkang"

PESERTA - PESERTA TERDIRI DARI KUMPULAN :

 

Perlawanan berjalan dengan sengit sekali. Masing-masing menunjukkan bakat serta kepakaran yang ada dan berjaya menjatuhkan beratus-ratus pin. Syabas NeXo!!! 
Kita akan bertemu dan berentap dengan lebih ramai lagi di lain masa. 



"Blow Off" Juara NEXO Bowling Tournament  2013  
Shumi NeXo 71, Azalan NeXo 65 & Zam Putri NeXo 70

"PistoN" Naib Juara NEXO Bowling Tournament  2013 
Addy Midi NeXo 36, Kamarul NeXo 119 & Chaq NeXo 55
 
"FlyWheel" Tempat Ketiga NEXO Bowling Tournament  2013
 Fandy NeXo 01, Zakhri a.k.a Pablo NeXo 72 & Dzakir NeXo 138

 
 "Battery" Juara NEXO Bowling Tournament  2013 
Azira NeXo 123, Mazlina Sham NeXo 67 & Mazlina Rizal NeXo 90

 "ExhausT" Naib Juara NEXO Bowling Tournament  2013
Zana Fandy NeXo 01, Abby Shah NeXo 146 & Siti Rohaya Kamarul NeXo 119
   
"Brake Disk" Tempat Ketiga NEXO Bowling Tournament  2013
Linda Chaq NeXo 55, Iza Rizuan NeXo 26 & Zakiah Shumi NeXo 71 

Jatuhan pin terbanyak Tempat Pertama (Lelaki)
Mohd Azalan NeXo 65

Jatuhan pin terbanyak Tempat Pertama (Wanita)
Siti Rohaya Kamarul NeXo 119

Jatuhan pin terbanyak Tempat Kedua (Lelaki)
Mohamad Ruslizam Putri NeXo 70

 Jatuhan pin terbanyak Tempat Kedua (Wanita)
Azira NeXo 123

 Jatuhan pin terbanyak Tempat Ketiga (Lelaki)
Shumi NeXo 71

Jatuhan pin terbanyak Tempat Ketiga (Wanita)
Zakiah Shumi NeXo 71

Tahniah buat semua pemenang-pemenang
Jumpa lagi di Tournament yang 
akan datang... In Sya Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...