Showing posts with label Ahli NEXO. Show all posts
Showing posts with label Ahli NEXO. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

Salam AidilFitri 1436H

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Nexo di mana jua anda berada...

Didoakan semoga perjalanan anda selamat dan bergembira bersama sanak saudara...


Wednesday, 25 December 2013

Panggilan Mesyuarat Agung NEXO (AGM) Ke 3

Ahli-ahli NEXO dijemput untuk hadir ke :
Besarlah harapan agar semua ahli NEXO dapat turut serta ke AGM pada kali ini supaya dapat berbincang bersama bagi memajukan NEXO untuk masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

Thursday, 20 June 2013

Sambutan Ulang Tahun WarGa NeXo Bulan Jun

NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 02 Abdul Latif a.k.a Badang Kedah, NeXo 19 Zulkifli a.k.a Nyelamblup, NeXo 32 Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras, NeXo 33 Asar Zaim, NeXo 72 Zakhri a.k.a Pablo dan NeXo 85 Azmel Cip Perlis.
 


Pada 20 Jun 2013 jam 10.30malam, TT telah diadakan di Dataran Bandar DarulAman Jitra, sempena menyambut ulang tahun Warga NeXo yang lahir pada bulan 6. Memandangkan hanya Pablo sahaja yang hadir pada hari tersebut maka Pablo sebagai wakil warga NeXo yang lain dalam sesi tepung tawar...hahaha...


Seramai 12 Nexorianz yang hadir bagi memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  En.Fandy (NEXO 01), En.Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), En.Aziz (NEXO 68), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98)



 Buat NeXo 02, NeXo 19, NeXo 32, 
NeXo 33, NeXo 72 & NeXo 85
  NEXO mengucapkan :

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 
 

Thursday, 6 June 2013

HaPPy BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97

Pada 4 Jun 2013 jam 9.00malam, TT BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97 telah berlansung di Bertam Kiosk. TT diadakan sempena menyambut ulang tahun OxLey yang ke 37 serta meraikan kejayaan bro OxLey NEXO 97 yang bertambah rezeki dengan mendapat kerja baru di Brunei Darussalam. Semoga Ley akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 


Kawan-Kawan NeXo yang turut hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT  adalah : En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En.Mohd Ridhuan (NEXO 133), En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Abd Khalil (NEXO 122), En.Fandy (NEXO 01), En.Azman (NEXO 43), En.Addy Midi (NEXO 36) dan En.Suhaimi (NEXO 54).



 Semoga bertemu lagi dan 
semoga berbahagia di perantauan...


Monday, 20 May 2013

Konvoi Menziarah NeXo 33 di KPJ Ipoh Specialist Hospital.

Pada 12 Mei 2013, 9 Exo telah berkonvoi menuju ke KPJ Ipoh Specialist Hospital untuk menziarah Nexo 33  En. Asar Zaim yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 3 Mei 2013 yang lalu. Akibat dari kemalangan itu beliau telah patah kaki kiri dan putus urat kaki kiri membuatkan beliau sukar untuk bergerak. Semoga dengan kedatangan keluarga Nexo pada hari tersebut dapat menceriakan beliau. Alhamdulillah kini beliau beransur pulih. 


Terima kasih buat NeXo 71 Shumi yang telah mencetuskan idea ini. Terima kasih juga buat keluarga NeXo yang hadir untuk sama-sama datang menziarah NeXo 33. Keluarga NeXo yang hadir adalah NeXo 01 Gandhi, NeXo 18 ZamTT, NeXo 72 Pablo, NeXo 43 AMR, NeXo 71 Shumi, NeXo 32 AkalWaras, NeXo 38 Embun, NeXo 47 Abd Kader & NeXo 48 Wan Nasir. 




Semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif seperti sediakala....Amin.



Sunday, 7 April 2013

TT NeXo @ BeSuT TeRenGGaNu

Assalamualaikum....
Pejam Celik - Pejam Celik...Alhamdulillah Northern Exora Owner's Club (NEXO) telah menjangkau usia 2 tahun...maknanya, persahabatan sesama Nexorianz semakin utuh dan erat. Jesteru itu, pertambahan ahli wajib terjadi.

Berita dari TT Besut (MELEKAT TERPIKAT)
Majlis Persandingan NeXo 129 Sahidun & NeXo 135 Mohd Nazri
Pada 05 April 2013 

 

Jerteh : Acara dimulakan setelah saya terpaksa standby di hadapan Lily Kopitiam (tempat kejadian tutup - memandangkan NeXo 103 Azman Saad dan NeXo 105 Zalwani terpaksa Grounded kerana masalah kesihatan), dalam 5 minit Kemudian Nexo 135 Nazri Arshad sampai, disusuli RS crew (Exotec 41- cikgu othman - datang join untuk memeriahkan majlis) dan selanjutnya Nexo 129 Sahidun Saad. Maka, beremba la kami 4 pesawat ke lokasi baharu untuk majlis atas sebab tempat kejadian telah mengalami perintah berkurung seperti di LD.


Danau Fathirah Restoran telah menjadi pilihan, acara persandingan dimulakan. Satu demi satu gambar dipukoi baik dari kamera digital atau Smart Phone..seterusnya minum2 dan makan dilalui. Tetapi apakan daya, Danau Fathirah Restoran terlalu lembap..makanya kami betul2 TT (air teh tarik sahaja - Iskh iskh iskh...sedey huhuhu) sehingga Danau Fathirah Restoran telah dibanned oleh family saya kerana kelembapan tersebut. Sedikit sebanyak, perbualan berkisar tentang aktiviti sedikit di besut dan sebanyak mengikut Takhwim NEXO. 

Akhirnya majlis terpaksa bersurai atas sebab kalau tak blah lagi mau Insaf pembantu kedai di Tarbiayah...hahahaha.. Sekian dari NeXo 104 Mohd Noor a.k.a Mat Noy dari bilik berita BESUT.




Tuesday, 2 April 2013

HaPPy BezDay NeXo 26


Pada 01 April 2013 jam 9.00malam, TT telah diadakan di Seagate Pulau Pinang, sempena menyambut ulang tahun NeXo 26 Bro Rizuan Ramli. Seramai 5 orang warga NeXo yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  

En. Zakhri a.k.a Pablo (Nexo 72), En. Addy Midi (Nexo 36), En. Azman Mat Ripin (Nexo 43) En. Dzaher (Nexo 63) dan BezDay BoY En. Rizuan Ramli (Nexo 26).


Buat NeXo 26 Nexo mengucapkan :
"Selamat menyambut ulang tahun yang ke 42
semoga dipanjangkan umur dan 
sihat sentiasa....Amin"

26 memang terbaik....sporting!!!

Thursday, 10 January 2013

Perhatian Buat Semua Ahli NEXO

Panggilan Mesyuarat Agong Buat Kali Kedua

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa AGM Kedua NEXO akan diadakan seperti berikut:
NEXO menjemput kesemua ahli untuk turut hadir ke AGM kali kedua ini. 
Besarlah harapan agar semua ahli NEXO dapat turut serta ke AGM pada kali ini supaya dapat kita berbincang bersama bagi memajukan NEXO untuk masa hadapan.
Bagi pemilik-pemilik Exora yang ingin mandaftar sebagai ahli NEXO dialu-alukan untuk turut serta pada jam 5.00 petang kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

Thursday, 22 November 2012

TT SeRenTak @ 3 ZoN...


Shamsul NeXo 96
Pada 21 November 2012 jam 9.00malam, TT Serentak telah diadakan di 3 Zon iaitu di Alor Setar, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.   

Di Alor Setar TT diadakan sempena meraikan bro Shamsul NEXO 96 yang akan bertukar ke Kota Bharu. Beliau akan menetap di KB dan akan mencari rakan NEXO di sana pula. Semoga Shamsul akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 

Seramai 8 orang warga NeXo yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  En.Fandy (NEXO 01), En. Shamsul (NEXO 96), En. Zamen (NEXO 79), En. Noor Affendi (NEXO 98), En.Mohd Khairul a.k.a CID (NEXO 11), En.Fahmi (NEXO 46), En. Aziz (NEXO 68) dan En.Saifuddin (NEXO 78).

 TT Farewell NeXo 96 di Alor Setar
   
 TT kedua pula berlangsung di Pulau Pinang
TT diadakan sempena berbincang berkenaan event yang akan datang
TT dihadiri oleh 4 orang rakan NEXO iaitu :
  En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En.Azman (NEXO 43), 
En.Addy Midi (NEXO 36) dan En.Md Oxley (NEXO 97)

TT ketiga pula berlangsung di Kota Damansara
TT diadakan sempena menyambut NEXO 55 Bro Chaq ke Zon Tengah
serta menyambut kedatangan ahli baru ke dalam Keluarga NEXO
TT dihadiri oleh 4 orang rakan NEXO iaitu :
  En. Azmad a.k.a Mart (NEXO 41), En. Jaiz (NEXO 77), 
En. Zulkifli a.k.a Chaq (NEXO 55) dan En. Idris (Ahli baru NEXO)


Semoga bertemu lagi di "TT" 
yang akan datang.... In Sya Allah
 

Saturday, 10 November 2012

TT SaYoNaRa Buat NeXo 55...

Pada 9 November 2012 jam 9.00malam, TT SaYoNaRa telah berlansung di Bertam Kiosk.  TT diadakan sempena meraikan bro Chaq Ismail NEXO 55 yang bertambah rezeki dengan mendapat kerja baru di Putra Jaya. Beliau akan menetap di Putra Jaya dan akan bersama-sama keluarga NEXO di sebelah sana pula. Semoga Chaq akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 
  


Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu En.Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72) dan mereka-mereka yang terlibat di dalam mengatur TT ini. Terima kasih juga buat Chaq yang telah membelanja rakan-rakan yang join TT ini.
  



Sebanyak 14 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah:
En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Fandy (NEXO 01), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En.Azman (NEXO 43), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Dzaher (NEXO 63), En.Azrizal (NEXO 90), En.Anuar a.k.a Nuarque (NEXO28), En.Zulkifli a.k.a Chaq (NEXO 55), En.Mohd Khairul a.k.a CID (NEXO 11), En.Md Oxley (NEXO 97), En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En.Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT
(NEXO 18) serta sahabat lama En.Zubir a.k.a Bet Virus.


 Semoga bertemu lagi di TT 
yang akan datang....InsyaAllah.


Thursday, 12 July 2012

Encik Azhar Isa (NEXO 60)



Seorang lagi ahli Nexo En.Azhar Isa (NEXO 60) yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 12 Julai 2012. Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecederaan pada jari dan pergelangan tangan beliau. Pergelangan tangan beliau telah patah dan akan dibedah untuk dimasukkan besi. Beliau sedang dirawat di KPJ Penang Specialist Hospital. 


Alhamdulillah rakan nexo telah selamat menjalani pembedahan dan kini beliau masih didalam rawatan dan berehat di rumah. Semua Rakan Nexo berdoa agar beliau cepat sembuh dan akan kembali aktif seperti sediakala.

Wednesday, 11 July 2012

En. Megat Effendy (NeXo 49)


Syukur alhamdulillah En. Megat Effendy (NEXO 49) telah selamat menjalani pembedahan lutut pada 10 Julai 2012 di Putra Medical Centre (PMC). Kini beliau berada di wad 408. Sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat beliau di PMC.


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Friday, 15 June 2012

Shahrul Amri (NeXo 03)

Seorang lagi ahli NeXo, En. Shahrul Amri a.k.a Jalak Lenteng (NeXo 03) telah terlibat di dalam kemalangan pada 6.40pm di Sungai Petani pada 14 Jun 2012. Kejadian belaku ketika beliau sedang menunggang motosikal. Semasa hendak memotong, sebuah kereta telah datang dari simpang sebelah kanan menyebabkan beliau terpaksa mengelak lalu merempuh cermin belakang kereta Viva yang parking ditepi jalan (bukan kawasan parking). Beliau telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan. 

Syukur alhamdulillah keadaan beliau tidak parah. Beliau hanya mengalami luka di hidung, dijahit di bibir dan kehilangan sebatang gigi. En.Shahrul Amri telah diberi rawatan sebagai pesakit luar. Kini beliau berehat di rumah.

Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Sunday, 10 June 2012

Zamri Azman (NeXo 58)


Syukur alhamdulillah En. Zamri Azman a.k.a zam388 (NEXO 58) telah selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Swasta, Ipoh, Perak pada awal Jun 2012. Kini beliau berehat di rumah.

Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Tuesday, 27 December 2011

Mohd Shahrulnizam Mohd Safar (NEXO 18)

Syukur alhamdulillah Mohd Shahrulnizam Mohd Safar a.k.a zampng (NEXO 18) telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 27 Dis 2011.



 Sebanyak 12 jahitan dijahit di belakang badan zam


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...