Showing posts with label TT NEXO. Show all posts
Showing posts with label TT NEXO. Show all posts

Sunday, 9 March 2014

BBQ & Berkonvoi ke Jambatan Ke-2 Pulau Pinang - Gabungan 3 buah kelab Exora

Pada tanggal 7 Mac 2014. Satu acara yang sangat menarik iaitu BBQ gabungan 3 buah kelab Exora telah diadakan di RnR Pantai Bersih, Butterworth. Program yang unik, santai dan dapat merapatkan perpaduan ukhwah sesama semua pemilik-pemilik Exora. Kami juga tidak melepaskan peluang berkonvoi ke Jabatan Ke-2 Pulau Pinang sempena bulan pelancarannya.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72) dan En.Addy Midi (NEXO 36) yang telah mencetuskan idea ini serta dibantu oleh rakan-rakan semua yang turut terlibat di dalam program ini.

Kepada semua keluarga NEXO, keluarga EOCM dan keluarga EOCM Motorsport terima kasih diucapkan kerana turut hadir bagi memeriahkan lagi program kali ini. 
  



Semoga bertemu lagi 
di event yang akan datang...
In Sya Allah 

Wednesday, 25 September 2013

NEXO @ Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Tanggal 21 Sept 2013 NEXO berkonvoi ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Warga NEXO yang hadir adalah Suhaimi NeXo 54, Zudi NeXo 147, Shah NeXo 146, Pablo NeXo 72, Aziz NeXo 68, Fandy NeXo 01, Sham Pulut NeXo 67, Abd Khalil NeXo 122, Saifuddin NeXo 78, Jit NeXo 44, Shaher NeXo 105, Abd Ghani NeXo 127, Nash NeXo 22 dan Adzha NeXo 116.
 
Terima kasih buat NeXo 68 Aziz yang telah mencetuskan idea ini. Terima kasih juga buat keluarga NeXo yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama rakan-rakan NEXO yang lain.

Tujuan mengadakan konvoi ini adalah untuk mengeratkan lagi silratulrahim sesama ahli serta bersiar-siar bersama keluarga sambil menambahkan ilmu pengetahuan.

Berbagai-bagai acara telah diatur oleh pihak Pusat Sains kepada para pengunjung. Warga NeXo tidak melepaskan peluang yang ada untuk mencuba alat serta permainan yang ada di situ.
NeXo 68 & NeXo 44 sedang cuba meleraikan ikatan

Uikk...NeXo 72 dah jadi Orang Halimunan

Prez belajar bermain bola-bola Api...hahaha

 NeXo 67 menyukat kandungan air dalam badan

Selesai sudah lawatan di Pusat Sains...
Konvoi bergerak pula ke Taman Jubli Emas
 
Sesi perjumpaan dengan Kelab MPVian Kedah
Konvoi bergerak ke Rumah NeXo 52 Romzi
Terima kasih kepada NeXo 52 Romzi dan Isteri Pn.Ida 
kerana mengundang rakan-rakan NeXo ke rumah. 

Setelah selesai jamuan makan di rumah NeXo 52. 
Konvoi bergerak pula ke Restoran Sham untuk 
berTT sambil menikmati kelazatan Roti Doll. 
Jam 9.00malam konvoi bergerak pulang 
ke destinasi masing-masing.

Semoga bertemu pula di event 
 
akan datang....In Sya Allah

Sunday, 7 July 2013

TT Deroyan & TT BBQ

  TT Deroyan @ Kuala Nerang telah berlangsung 
dengan jayanya pada 06 Julai 2013 (Sabtu) 1.30 tengahari. 
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Tuan Rumah 
En. Mohd Anuar a.k.a Anakin dan isteri (NeXo 15) 
kerana sudi menjemput Warga NeXo ke kenduri 
makan-makan deroyan dan mee kari yang enak.
 
Terima kasih juga buat warga NeXo yang hadir bagi 
memeriahkan TT kali ini. Warga NeXo yang hadir adalah :
Fandy NeXo 01, Pablo NeXo 72, Azman NeXo 43, Dzaher NeXo 63, 
Shumi NeXo 71, Zaid NeXo 59, Aziz NeXo 68 dan Romzi NeXo 52

Pada jam 11.30 pagi konvoi dari Penang, Alor Setar dan 
Pokok Sena terus menuju ke Kuala Nerang
Konvoi disambut oleh Tuan Rumah Anakin & Isteri

Tak sabar untuk mencuba deroyan...
emmm..sedap sedap belaka, deroyan ice cream pun ada...perghhh
Pulut Deroyan & Mee Kari yang dibuat khas oleh Pn.Hamidah

Konvoi bergerak untuk mencari tempat untuk bermandi manda
setelah badan panas makan deroyan

Konvoi ke Taman Persisiran Pengalan Tok Mas

Malangnya air sungai kotor...hajat tak kesampaian 
untuk mandi manda di sini

Konvoi singgah pula di Dusun Resort Kuala Nerang...
Di sini juga tidak dibenarkan masuk kerana telah dibooking oleh KEM PLKN
Konvoi bergerak pulang ke destinasi masing-masing dan 
bersiap untuk ke TT BBQ @ Perlis



Disebelah malam pula, sempena menyambut kedatangan Ramadhan, saudara Azmel (NeXo 85 merangkap Cip Perlis) dengan dibantu oleh saudara Nasirisham a.k.a Sham Milo (NeXo 10) telah mengadakan satu Majlis BBQ di Chicken Rice Kiosk milik Saudara Azmel. Majlis dihadiri oleh En.Azmin (NEXO 141), En.Saifuddin (NEXO 78), En.Fandy (NEXO 01), En.Azmel (NEXO 85), En.Rahizan a.k.a Eizan (NEXO 92), En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Rosnizam (NEXO 93) dan Abdul Ghani (NEXO 127). 
Terima kasih diucapkan buat NeXo 10 Sham Milo kerana telah menyumbangkan lori milo buat semua ahli yang hadir...
emmm rugi sapa tak pi..hehe

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam, dimana saudara Sham Milo (Master Chef) bersama keluarganya mengambil peranan sebagai tukang kipas & tukang bakar.
Santapan bermula seusai masaknya ayam yang dibakar. Jamuan dipelbagaikan dengan bihun, nasi ayam berempah, durian (ole-ole yang dibawa oleh NeXo 01 dari Kuala Nerang), kuih muih dan lain-lain lagi.


Sambil makan ramah mesra sesama ahli dan keluarga disamping membincangkan beberapa aktiviti yang bakal menyusul. 
 
Terima kasih diucapkan kepada Cip Perlis Saudara Azmel dan Isteri Puan Aida diatas kenduri dan pada semua yang menjayakan TT BBQ ini. 

Semoga majlis yang sebegini akan diteruskan dilain masa, dilain tempat oleh yang lain-lain pula...Majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...