Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah

Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah. 

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)


Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
 Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim 
& Miskin Nur-Hidayah

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini.  Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Alumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Sebahagian dari Warga NEXO yang hadir ke Majlis Iftar. Warga NEXO yang hadir adalah: Shumi 71, Pablo 72, Fandy 01, Dzaher 63, Azman 43, Rizal 90, NoorFandi 98, Saifuddin 78, Riduan 140, Addy 36, Pak Tam 120, Anuar 06, Romzi 52, Haneef 21, Chik 12, WadiAzira 123, ZamTT 18, Abdul Ghani 127, G-One 09, NuarQue 28, ArarMan 30, Wan 26, WanSue 133, Suhaimi 54 dan Abd Khalil 122.

Kedatangan NEXO disambut oleh Timbalan Pengerusi 
Rumah Anak-Anak Yatim Nur-Hidayah, Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

Upacara penyerahan derma dan bantuan serta Cenderahati dari 
Prez NEXO kepada Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

 Bacaan tahlil diadakan sebelum berbuka puasa

Usaha murni ini bukan sahaja mengharapkan keredaan Ilahi, ia juga sebagai tanda keprihatinan NEXO terhadap golongan yang kurang bernasib baik disamping dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak ini, sekaligus menggalakkan lebih ramai untuk membuat kebajikan. 


Dalam sibuk meraikan anak-anak Nur-Hidayah, NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Sambutan Ulang Tahun Warga NEXO yang lahir pada bulan Julai. 
 NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 71 Shumi, NeXo 56 Syed Hafiz, NeXo 37 Remy Ishak, NeXo 94 Ayin, NeXo 98 Noor Affandi, NeXo 64 Mazlan, NeXo 95 Elman, NeXo 99 Zambri, NeXo 05 Mohammad Nazri a.k.a Exomaniac, NeXo 136 Mohd Fairus, NeXo 74 Azamuddin, NeXo 122 Abd Khalil, NeXo 06 Mohammad Anuar a.k.a nuarpng dan NeXo 133 Mohd Ridhuan a.k.a WanSue.

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 

Dengan adanya upacara potong kek pada hari tersebut, telah membuatkan anak-anak di situ ceria dan seronok kerana dapat menjamah kek bezday...
Alhamdulillah terdetik juga keriangan di hati anak-anak ini.




Akhir kata
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,  
Neraka tertutup dan pintu surga pun terbuka...

Semoga bertemu lagi di event 
yang akan datang In Sya Allah...

Thursday, 20 June 2013

Sambutan Ulang Tahun WarGa NeXo Bulan Jun

NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 02 Abdul Latif a.k.a Badang Kedah, NeXo 19 Zulkifli a.k.a Nyelamblup, NeXo 32 Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras, NeXo 33 Asar Zaim, NeXo 72 Zakhri a.k.a Pablo dan NeXo 85 Azmel Cip Perlis.
 


Pada 20 Jun 2013 jam 10.30malam, TT telah diadakan di Dataran Bandar DarulAman Jitra, sempena menyambut ulang tahun Warga NeXo yang lahir pada bulan 6. Memandangkan hanya Pablo sahaja yang hadir pada hari tersebut maka Pablo sebagai wakil warga NeXo yang lain dalam sesi tepung tawar...hahaha...


Seramai 12 Nexorianz yang hadir bagi memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  En.Fandy (NEXO 01), En.Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), En.Aziz (NEXO 68), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98)



 Buat NeXo 02, NeXo 19, NeXo 32, 
NeXo 33, NeXo 72 & NeXo 85
  NEXO mengucapkan :

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 
 

Thursday, 6 June 2013

HaPPy BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97

Pada 4 Jun 2013 jam 9.00malam, TT BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97 telah berlansung di Bertam Kiosk. TT diadakan sempena menyambut ulang tahun OxLey yang ke 37 serta meraikan kejayaan bro OxLey NEXO 97 yang bertambah rezeki dengan mendapat kerja baru di Brunei Darussalam. Semoga Ley akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 


Kawan-Kawan NeXo yang turut hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT  adalah : En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En.Mohd Ridhuan (NEXO 133), En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Abd Khalil (NEXO 122), En.Fandy (NEXO 01), En.Azman (NEXO 43), En.Addy Midi (NEXO 36) dan En.Suhaimi (NEXO 54).



 Semoga bertemu lagi dan 
semoga berbahagia di perantauan...


Sunday, 14 April 2013

Sambutan Ulang Tahun NEXO yang Ke - 2


Syukur alhamdulillah Sambutan Ulang Tahun NEXO yang Ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2013 (Sabtu), 11.00 pagi bertempat di D'Yan Chalet, Pantai Merdeka. 

Terima kasih NEXO ucapkan kepada semua warga NEXO yang sudi meluangkan masa dengan menghadirkan diri pada malam BBQ dan 
pada Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 NEXO.

 

Seramai 20 orang ahli NeXo yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun NEXO pada kali ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En. Fandy (NEXO 01), En. Che Din (NEXO 61), En. Ahmad Nazri (NEXO 108), En.Mohd Adzha (NEXO 116), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), Pn.Azira (NEXO 123), En. Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En. Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT (NEXO 18), En.NorHisham (NEXO 67), En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En. Mohd Ridhuan (NEXO 133), En.Zulkefli a.k.a Chaq (NEXO 55), En.Suhaimi (NEXO 54), En. Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Mohamad Dzaher (NEXO 63), En. Abd Khalil (NEXO 122), En. Haneef (NEXO 21), En. Mohd Anuar a.k.a Anarkin (NEXO 15), En. Azizi (NEXO 23) dan  En. Nordin (NEXO 83).

 
Ucapan dari Prez NEXO pada 7 April 2013 detik 01:30am di FB Nexo:

Pada tanggal 12 April 2013 beberapa persiapan telah diatur, dimana sebilangan dari warga nexo telah menginap di D'Yan Chalet bagi mengatur upacara majlis yang akan diraikan pada 13 April 2013. 


Terima kasih NEXO ucapkan kepada pemilik D'Yan Chalet iaitu Kak Yan & Family kerana telah memberi layanan yang baik serta kerjasama buat warga NEXO.

Sempena Sambutan Ulang Tahun NEXO yang jatuh pada bulan April, NEXO juga turut meraikan Ulang Tahun ahli NEXO yang lahir pada bulan April :

 Happy Birthday buat NEXO 11 CID, NEXO 55 Chaq, NEXO 59 Zaid, 
NEXO 61 Che Din, NEXO 63 Dzaher, NEXO 125 Nazri Mahat, 
NEXO 131 Abdul Shukur dan NEXO 135 Nazri Arshad
 Walaupun ada bezday boys yang tidak dapat hadir, 
namun NEXO tetap meraikan hari ulang tahun mereka berserta irigan doa dan harapan agar semuanya dipanjangkan umur, sihat-sihat selalu dan jalinan persahabatan tetap akan utuh sampai bila-bila....Amin.

Acara dimulakan dengan bacaan doa 
oleh NeXo 54 En.Suhaimi 

Acara potong kek oleh semua Nexorianz


Acara potong kek BezDay Bulan April


Pada tarikh yang sama, Prez NeXo telah mengumumkan pemenang bagi peraduan tag line NEXO. Ucapan tahniah buat Nexo 16 Muhamad Khairi 
yang telah berjaya dan terpilih sebagai pemenang. 
"The First For The Future"


Setelah tamat majlis...Nexorianz ke Pantai Merdeka

Kemudian bergerak ke Pulau Sayak 
untuk menikmati kelazatan Mee Udang 
yang diatur oleh Nexo 83 En.Nordin

Semoga bertemu lagi di event 
akan datang...In Sya Allah

Tuesday, 2 April 2013

HaPPy BezDay NeXo 26


Pada 01 April 2013 jam 9.00malam, TT telah diadakan di Seagate Pulau Pinang, sempena menyambut ulang tahun NeXo 26 Bro Rizuan Ramli. Seramai 5 orang warga NeXo yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  

En. Zakhri a.k.a Pablo (Nexo 72), En. Addy Midi (Nexo 36), En. Azman Mat Ripin (Nexo 43) En. Dzaher (Nexo 63) dan BezDay BoY En. Rizuan Ramli (Nexo 26).


Buat NeXo 26 Nexo mengucapkan :
"Selamat menyambut ulang tahun yang ke 42
semoga dipanjangkan umur dan 
sihat sentiasa....Amin"

26 memang terbaik....sporting!!!

Saturday, 30 March 2013

PaNas Vs SeJuk @ BaLinG KeDaH

Syukur alhamdulillah event pembukaan NeXo untuk tahun 2013 : 
"Panas Vs Sejuk Gathering"
@ Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong 
& Lata Bayu, Baling Kedah
telah berlangsung dengan jayanya pada 15 &16 Mac 2013


Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat pihak penganjur event iaitu NeXo 71 En.Shumi dan isteri Pn.Zakiah diatas usaha mengatur serta menjalankan event dengan baik. 
Ucapan terima kasih juga buat NeXo 123 Pn.Azira dan suami En.Mawardi diatas sumbangan ayam BbQ buat semua keluarga NeXo yang hadir...

 
Tidak lupa juga diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua keluarga NeXo yang sudi meluangkan masa untuk turut serta bagi memeriahkan lagi event Panas Vs Sejuk ini

 

Sebanyak 19 Exora telah menghadirkan diri bagi mejayakan event ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En. Suhimi a.k.a Shumi (NEXO 71),   En.Saifuddin (NEXO 78), En. Azmel (NEXO 85), En. Junaidi (NEXO 88), En.NorHisham (NEXO 67), En. Fandy (NEXO 01), En. Abdul Latif (NEXO 02), En.Suhaimi (NEXO 54), Pn. Azira (NEXO 123), En. Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En. Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En. Dzaher (NEXO 63), En. Abd Khalil (NEXO 122), En. Abdul Karim (NEXO 53), En. Mohamad Basri (NEXO 91), En. Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT (NEXO 18) dan En. Zikriyuddin (NEXO 113).

Konvoi NeXo dari Perlis, Kedah & Pulau Pinang 
berkumpul di Restoran Nasi Kandar Ketapang bt 42 Baling
sebelum memulakan konvoi ke Ulu Legong

Mendengar taklimat dari Prez sebelum memulakan konvoi

Ketibaan konvoi NeXo di Ulu Legong

Ber"TT" dulu sebelum berendam

Perkhemahan NeXo

Kolam Air Panas No.1



Konvoi bergerak pula ke LaTa BaYu
Sarapan pagi Nasi Lemak, Karipap, 
Tepung Bungkus, Teh o panas 
yang sedap!!!

Bermulanya acara Treasure Hunt

Acara NeXo JunioR

Acara BbQ

Hidangan Tengahari yang sungguh lazat!!!

Acara Nexorianz paling lama menyelam

Tidak lupa sambutan hari lahir  
Bro Basri NeXo 91

Acara penyampaian hadiah 
cabutan bertuah dan sukaneka
 Tahniah buat pemenang-pemenang
dan tahniah buat NeXo 59 
"Keluarga NeXo yang paling banyak dapat hadiah"  

Event tamat pada jam 4.00 petang
walaupun ditengah-tengah kemeriahan 
penyampaian hadiah event disambut 
dengan hujan lebat, namun keluarga NeXo 
amat berpuashati dan amat gembira 
kerana dapat menyertai event ini.

Semoga bertemu lagi 
di event akan datang....
In Sya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...