Bukan sahaja diberikan nafas baru,
malah, penambahan aksesori luaran yang tampak lebih garang dan juga
lebih moden diperkenalkan.Malah, kemasan dalaman juga dibuat dengan
lebih baik dengan penambahan kemasan kayu pada dan juga ruangan skrin
sesentuh di “dashboard”.
Namun kemasan kayu dan skrin sesentuh ini hanya ada pada varian Proton Exora yang paling tinggi iaitu Exora Prime.Ianya khusus untuk pembeli yang mahu nilai-nilai estetika dan imej yang lebih eksekutif. Namun kelebihan yang paling utama adalah kepada enjin untuk model baru Proton Exora ini.
Enjin yang diberi nama Charge Fuel Efficiency (CFE) Turbo ini akan membuatkan bakal pemilik Exora Bold dan Prime selepas ini tersenyum sambil memandu ke Genting dengan membawa muatan penuh 7 orang dan barang-barang lain. Enjin dengan kuasa kuda sebanyak 138 HP dan kuasa torque sebanyak 205Nm, sudah cukup untuk mengatasi masalah kekurangan kuasa pada RPM rendah bagi pemilik Proton Exora sebelum ini.
Penambahan kuasa torque sebanyak 55Nm kepada 205Nm dari sebelumnya iaitu 150Nm, merupakan “feature” point dan usaha daripada pihak Proton untuk mengatasi masalah pemilik Proton Exora, disamping memberikan lebih kuasa kepada kenderaan yang berstatus “kenderaan keluarga” ini.
Kami berpendapat usaha Proton dalam
membangunkan enjin CFE ini merupakan usaha yang bagus. Kita semua
maklum, enjin Campro sebelum ini memang kurang berkuasa pada RPM rendah,
dan ini sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan memandu sekiranya
membawa muatan yang besar.
Penambahan Cam-Profile Switching(CPS)
juga tidak banyak membantu.Namun, dengan penambahan “soft-turbo” seperti
CFE ini, enjin Campro selepas ini bakal mempunyai varian enjin yang
lebih berkuasa.Apa pendapat anda mengenai Proton Exora Prime dan Enjin CFE Turbo ini?