Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013
Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.
NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.
Konvoi yang bermula dari Kangar, Alor Setar, Gurun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di stesen Minyak Petronas BKE 2 bagi mengadakan upacara "Flag Off" oleh pihak Petronas.
Syukur Alhamdulillah pada event kali ini NEXO telah mendapat
tajaan dari Petronas di mana setiap tangki exo Nexorianz dipenuhi dengan minyak Petronas Primax 95 Xtra.
Terima kasih Petronas.
Terima kasih kepada wakil dari PETRONAS iaitu En.Mohd Aaznan Darus Pengurus Jualan Runcit Wilayah Utara 1, En.Badrul Hisham Abd. Karim Pengurus Kawasan dan En.Zamri Kassim Penyelia Pemasaran. Ribuan terima kasih juga kepada pemilik Stesen PETRONAS BKE 2 iaitu En.Kasirul Kasinathan serta isteri, juga staff yang telah memberi layanan mesra serta jamuan ringan untuk kami. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat Rizuan Ramli NEXO 26 di atas usaha beliau untuk mendapatkan tajaan ini.
Setelah selesai event bersama Petronas, Nexorianz bergerak ke RnR Juru untuk menanti rakan-rakan yang masih belum tiba.
Berbincang sebelum bergerak ke Tanjung Malim
Konvoi mula bergerak ke RnR Ulu Bernam
Nexorianz bersiap-siap untuk ke PROTON Tanjung Malim
Ketibaan anggota polis yang akan mengiringi
NEXO ke PROTON Tanjung Malim
Terima kasih kepada Sjn Sazly & Kpl Kamaruddin
Terima kasih kepada Sjn Sazly & Kpl Kamaruddin
mesra oleh pihak PROTON Tanjung Malim
Mendengar taklimat dari pihak PROTON sebelum memasuki plant
Dibawa ke plant dengan menaiki train
Sedang Nexorianz membuat lawatan ke plant,
anak-anak pula menyertai peraduan mewarna
Selesai sahaja lawatan di plant, Keluarga NEXO
dihidangkan dengan jamuan ringan
oleh pihak PROTON Tanjung Malim
Sesi taklimat berkenaan kereta keluaran PROTON
Ucapan terima kasih serta penghargaan dari Prez NEXO
kepada pihak PROTON.
Kehadiran NEXO ke PROTON Tanjung Malim memang telah dinantikan oleh jurutera khas yang mencipta EXORA dan mereka telah membuat kunjungan khas dari COE Shah Alam ke PROTON Tanjung Malim semata-mata untuk bertemu dengan Nexorianz bagi mendapat maklum balas berkenaan Exora.
Alhamdulillah, NEXO amat bertuah dan dihargai.
Terima kasih kepada En.Muhamad Nasir Abdul Razak, En.Mohd Najib Mahmood, En.Ayob Muda, En.Emrizan Md.Khayon, En.Elmy Iskandar Abdul Rahman, Pn.Zainab dan lain-lain.
Cenderahati dari NEXO untuk pihak PROTON
Cenderahati dari pihak PROTON buat NEXO
Dibawa ke plant dengan menaiki train
Sedang Nexorianz membuat lawatan ke plant,
anak-anak pula menyertai peraduan mewarna
Selesai sahaja lawatan di plant, Keluarga NEXO
dihidangkan dengan jamuan ringan
oleh pihak PROTON Tanjung Malim
kepada pihak PROTON.
Kehadiran NEXO ke PROTON Tanjung Malim memang telah dinantikan oleh jurutera khas yang mencipta EXORA dan mereka telah membuat kunjungan khas dari COE Shah Alam ke PROTON Tanjung Malim semata-mata untuk bertemu dengan Nexorianz bagi mendapat maklum balas berkenaan Exora.
Alhamdulillah, NEXO amat bertuah dan dihargai.
Terima kasih kepada En.Muhamad Nasir Abdul Razak, En.Mohd Najib Mahmood, En.Ayob Muda, En.Emrizan Md.Khayon, En.Elmy Iskandar Abdul Rahman, Pn.Zainab dan lain-lain.
Cenderahati dari NEXO untuk pihak PROTON
Cenderahati dari pihak PROTON buat NEXO
Setelah selesai lawatan bersama PROTON,
konvoi bergerak ke Janda Baik
Perjalanan ke Janda Baik mengambil masa yang agak lama,
ia menjadi kenangan pahit serta manis buat semua peserta konvoi
Berbbq pada malam harinya
Terima kasih kepada Siti Rohaya dan Kamarul NEXO 119 kerana telah bersusah payah menyediakan makanan untuk santapan keluarga NEXO. Terima kasih juga buat Fahmi NEXO 46 yang telah banyak meluangkan masa serta tenaga berulang alik ke Janda Baik bagi mencari penginapan yang berpatutan dan lokasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga NEXO.
Setelah bermandi-manda pada pagi 29 Nov 2013, keluarga NEXO bertolak pulang ke destinasi masing-masing.
Semoga berjumpa pula di lain masa....
In Sya Allah