Thursday, 25 August 2011

Khas Buat Semua Dari NEXO...


Salam AidilFitri buat semua...

NEXO  mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli NEXO, pemilik-pemilik EXORA dan juga kepada semua yang sudi berkunjung ke blog ni...

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua... maaf zahir dan batin andai ada terkasar, tersalah dan tersilap dari kami di NEXO......

Nantikan perjumpaan Raya bersama NEXO di Pulau Pinang!!!


Selamat Hari Raya AidilFitri 
Maaf Zahir & Batin....

Saturday, 13 August 2011

Nexorianz di D'KING


Majlis Berbuka Puasa Al-Qurmaq D'Nexo alhamdulillah telah berjalan dengan lancarnya. Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En. Faudzi dan En. Faizal yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada pihak D'KING Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power, Sg. Petani di atas kerjasama, layanan serta sumbangan yang diberikan.Tidak lupa juga terima kasih kepada semua Nexorianz yang hadir dari dekat dan jauh bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Ketibaan Nexorianz di D'KING pada pukul 7.oo petang

 
Melangkah masuk ke D'KING untuk berbuka

 
Hidangan yang telah tersedia khas buat Nexorianz

 
Nexorianz bersama keluarga mengambil tempat
untuk menikmati hidangan untuk berbuka


 
Setelah doa dibaca...Nexorianz menjamu selera 



Monday, 8 August 2011

Announcement

 Majlis Berbuka Puasa 
Al-Qurmaq D'Nexo

Dimaklumkan bahawa NEXO akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama ahli-ahli NEXO dan keluarga. NEXO juga mengalu-alukan kehadiran Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta untuk memeriahkan lagi Majlis ini.

Majlis Berbuka Puasa Bersama NEXO akan diadakan seperti dibawah :-

Tarikh     : 13 Ogos 2011
Tempat  :  D'King Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power, Sg. Petani
Waktu    :  6.30 petang

Sila layari laman sesawang berikut untuk melihat menu pilihan :  http://dkingseafood.com/what_hot.php


Untuk makluman semua, D'KING akan menyediakan hidangan buffet tambahan secara percuma hanya untuk pelanggan-pelanggannya (menu ini tiada di dalam pakej).

Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama NEXO, sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Faudzi 013-3133121 atau En.Fandy 014-2150443  sebelum 10 Ogos, 2011 untuk keterangan lanjut.


Marilah kita beramai-ramai memeriahkan
Majlis Berbuka Puasa Bersama NEXO

Thursday, 28 July 2011

Khas Buat Semua....

NEXO mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.... Semoga amalan tahun ini akan lebih diberkati..... Amin ya rabbal a'lamin.

Nantikan perjumpaan Ramadan anjuran NEXO!!!

Monday, 23 May 2011

Sambutan Hari Belia Negara Negeri Kedah 2011

Pada tanggal 14 Mei, 2011, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan sambutan Hari Belia Negara Negeri Kedah bertempat di Perkarangan Stadium DarulAman. NEXO telah diberi amanah dan kepercayaan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah untuk menjalankan aktiviti amal di rumah anak yatim sebagai sebahagian acara pada hari tersebut.

NEXO buat pertama kalinya setelah berdaftar pada 7 April 2011 telah bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Kedah melancarkan Program Konvoi Amal ke Rumah Anak Yatim PERKIM Alor Setar, Kedah dengan membawa mesej Kemasyarakatan Belia Negara.


Pada jam 9.30 pagi,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah telah melepaskan konvoi NEXO seramai 17 Exorian ke lokasi untuk menjalankan aktiviti yang telah diatur selama sebulan. Sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai daripada badan koperat, Klinik Dinamik, individu-individu dan ahli-ahli NEXO disampaikan terus kepada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim semasa di lokasi.

Aktiviti pembelajaran dan motivasi diberikan sendiri oleh ahli NEXO disamping anak-anak yatim diberi peluang menjadikan ahli-ahli NEXO sebagai keluarga angkat sepanjang hari temasya.Makan tengahari sumbangan dari pihak koperat telah membuatkan hubungan sesama peserta dan penghuni Rumah Anak Yatim PERKIM menjadi bertambah erat disamping kehadiran wakil dari pihak JBS sendiri yang mana sedikit sebanyak dapat mewujudkan satu perhubungan program di masa depan antara pihak JBS dan PERKIM.


Pada jam 3.30 petang, NEXO bersiap  sedia bersama anak- anak yatim untuk bergerak ke destinasi Stadium Darulaman dan kejutan telah diberikan pada peringkat awal dengan ketibaan Bikers dari Northern Bikers yang telah sudi memberi bantuan iringan perjalanan dan marshall untuk kelancaran konvoi NEXO. Northern Bikers yang disertai seramai 30 motorsikal berkuasa besar membuat formasi iringan yang cukup mantap dengan gandingan marshall bertauliah mereka.



Setibanya di Stadium Darulaman,konvoi disambut oleh warga JBS. Anak-anak yatim seterusnya bersama ibubapa angkat mereka menjalankan aktiviti bebas di sekitar tapak temasya. Banyak aktiviti yang berlansung,antaranya kejohanan drift oleh Kedah Motorsports,audio car,RC helikopter,radio amatur Kelab Radio Amatur Alor Setar,kursus mini bike anjuran JBS,pameran dan banyak lagi. Jam 6.30 petang,konvoi mula bergerak bersama anak-anak yatim menuju ke Lorong Seri, Jalan Langgar untuk menamatkan acara yang cukup bermakna pada semua yang terlibat. Dengan iringan kata-kata dan puji-pujian kepada Allah SWT maka berakhirlah acara bersama kegembiraan terbayang jelas di setiap muka anak-anak angkat dan Exorian yang dapat dikecapi walau hanya sehari.Salam perpisahan bersama air mata hanyalah sementara kerana satu hubungan kekeluargaan telah mula terbentuk hasil dari program ini yang mana ada diantara Exorian telah mula berjanji akan kembali menziarahi mereka yang kurang bernasib baik ini.Semoga diberikan kemudahan kepada semua dalam tujuan baik ini.


 Tuan Hj.Aziz Bin Hj.Hamid, Pengarah JBS Kedah

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang memberi kepercayaan kepada NEXO untuk menjalankan kerja amal ini. Tidak lupa juga kepada pihak-pihak dermawan yang telah memberi sumbangan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini iaitu Mohd Anuar & Co., Lee Motors (Alor Setar) Sdn Bhd, Nestle, Klinik Dinamik, individu-individu dan juga Exorian sendiri yang bersusah payah meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti kali ini menjadi kenangan manis yang sentiasa terpahat dihati anak-anak tersebut dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Moga aktiviti-aktiviti yang akan datang akan lebih bermakna dan lebih meriah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...