Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Nexo di mana jua anda berada...
Didoakan semoga perjalanan anda selamat dan bergembira bersama sanak saudara...
Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.
NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.
Terima kasih kepada wakil dari PETRONAS iaitu En.Mohd Aaznan Darus Pengurus Jualan Runcit Wilayah Utara 1, En.Badrul Hisham Abd. Karim Pengurus Kawasan dan En.Zamri Kassim Penyelia Pemasaran. Ribuan terima kasih juga kepada pemilik Stesen PETRONAS BKE 2 iaitu En.Kasirul Kasinathan serta isteri, juga staff yang telah memberi layanan mesra serta jamuan ringan untuk kami. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat Rizuan Ramli NEXO 26 di atas usaha beliau untuk mendapatkan tajaan ini. 
Terima kasih kepada Siti Rohaya dan Kamarul NEXO 119 kerana telah bersusah payah menyediakan makanan untuk santapan keluarga NEXO. Terima kasih juga buat Fahmi NEXO 46 yang telah banyak meluangkan masa serta tenaga berulang alik ke Janda Baik bagi mencari penginapan yang berpatutan dan lokasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga NEXO.