Tuesday, 30 July 2013

Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah

Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah. 

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)


Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
 Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim 
& Miskin Nur-Hidayah

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini.  Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Alumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Sebahagian dari Warga NEXO yang hadir ke Majlis Iftar. Warga NEXO yang hadir adalah: Shumi 71, Pablo 72, Fandy 01, Dzaher 63, Azman 43, Rizal 90, NoorFandi 98, Saifuddin 78, Riduan 140, Addy 36, Pak Tam 120, Anuar 06, Romzi 52, Haneef 21, Chik 12, WadiAzira 123, ZamTT 18, Abdul Ghani 127, G-One 09, NuarQue 28, ArarMan 30, Wan 26, WanSue 133, Suhaimi 54 dan Abd Khalil 122.

Kedatangan NEXO disambut oleh Timbalan Pengerusi 
Rumah Anak-Anak Yatim Nur-Hidayah, Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

Upacara penyerahan derma dan bantuan serta Cenderahati dari 
Prez NEXO kepada Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

 Bacaan tahlil diadakan sebelum berbuka puasa

Usaha murni ini bukan sahaja mengharapkan keredaan Ilahi, ia juga sebagai tanda keprihatinan NEXO terhadap golongan yang kurang bernasib baik disamping dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak ini, sekaligus menggalakkan lebih ramai untuk membuat kebajikan. 


Dalam sibuk meraikan anak-anak Nur-Hidayah, NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Sambutan Ulang Tahun Warga NEXO yang lahir pada bulan Julai. 
 NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 71 Shumi, NeXo 56 Syed Hafiz, NeXo 37 Remy Ishak, NeXo 94 Ayin, NeXo 98 Noor Affandi, NeXo 64 Mazlan, NeXo 95 Elman, NeXo 99 Zambri, NeXo 05 Mohammad Nazri a.k.a Exomaniac, NeXo 136 Mohd Fairus, NeXo 74 Azamuddin, NeXo 122 Abd Khalil, NeXo 06 Mohammad Anuar a.k.a nuarpng dan NeXo 133 Mohd Ridhuan a.k.a WanSue.

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 

Dengan adanya upacara potong kek pada hari tersebut, telah membuatkan anak-anak di situ ceria dan seronok kerana dapat menjamah kek bezday...
Alhamdulillah terdetik juga keriangan di hati anak-anak ini.




Akhir kata
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,  
Neraka tertutup dan pintu surga pun terbuka...

Semoga bertemu lagi di event 
yang akan datang In Sya Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...