Monday 23 May 2011

Sambutan Hari Belia Negara Negeri Kedah 2011

Pada tanggal 14 Mei, 2011, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan sambutan Hari Belia Negara Negeri Kedah bertempat di Perkarangan Stadium DarulAman. NEXO telah diberi amanah dan kepercayaan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah untuk menjalankan aktiviti amal di rumah anak yatim sebagai sebahagian acara pada hari tersebut.

NEXO buat pertama kalinya setelah berdaftar pada 7 April 2011 telah bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Kedah melancarkan Program Konvoi Amal ke Rumah Anak Yatim PERKIM Alor Setar, Kedah dengan membawa mesej Kemasyarakatan Belia Negara.


Pada jam 9.30 pagi,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah telah melepaskan konvoi NEXO seramai 17 Exorian ke lokasi untuk menjalankan aktiviti yang telah diatur selama sebulan. Sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai daripada badan koperat, Klinik Dinamik, individu-individu dan ahli-ahli NEXO disampaikan terus kepada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim semasa di lokasi.

Aktiviti pembelajaran dan motivasi diberikan sendiri oleh ahli NEXO disamping anak-anak yatim diberi peluang menjadikan ahli-ahli NEXO sebagai keluarga angkat sepanjang hari temasya.Makan tengahari sumbangan dari pihak koperat telah membuatkan hubungan sesama peserta dan penghuni Rumah Anak Yatim PERKIM menjadi bertambah erat disamping kehadiran wakil dari pihak JBS sendiri yang mana sedikit sebanyak dapat mewujudkan satu perhubungan program di masa depan antara pihak JBS dan PERKIM.


Pada jam 3.30 petang, NEXO bersiap  sedia bersama anak- anak yatim untuk bergerak ke destinasi Stadium Darulaman dan kejutan telah diberikan pada peringkat awal dengan ketibaan Bikers dari Northern Bikers yang telah sudi memberi bantuan iringan perjalanan dan marshall untuk kelancaran konvoi NEXO. Northern Bikers yang disertai seramai 30 motorsikal berkuasa besar membuat formasi iringan yang cukup mantap dengan gandingan marshall bertauliah mereka.



Setibanya di Stadium Darulaman,konvoi disambut oleh warga JBS. Anak-anak yatim seterusnya bersama ibubapa angkat mereka menjalankan aktiviti bebas di sekitar tapak temasya. Banyak aktiviti yang berlansung,antaranya kejohanan drift oleh Kedah Motorsports,audio car,RC helikopter,radio amatur Kelab Radio Amatur Alor Setar,kursus mini bike anjuran JBS,pameran dan banyak lagi. Jam 6.30 petang,konvoi mula bergerak bersama anak-anak yatim menuju ke Lorong Seri, Jalan Langgar untuk menamatkan acara yang cukup bermakna pada semua yang terlibat. Dengan iringan kata-kata dan puji-pujian kepada Allah SWT maka berakhirlah acara bersama kegembiraan terbayang jelas di setiap muka anak-anak angkat dan Exorian yang dapat dikecapi walau hanya sehari.Salam perpisahan bersama air mata hanyalah sementara kerana satu hubungan kekeluargaan telah mula terbentuk hasil dari program ini yang mana ada diantara Exorian telah mula berjanji akan kembali menziarahi mereka yang kurang bernasib baik ini.Semoga diberikan kemudahan kepada semua dalam tujuan baik ini.


 Tuan Hj.Aziz Bin Hj.Hamid, Pengarah JBS Kedah

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang memberi kepercayaan kepada NEXO untuk menjalankan kerja amal ini. Tidak lupa juga kepada pihak-pihak dermawan yang telah memberi sumbangan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini iaitu Mohd Anuar & Co., Lee Motors (Alor Setar) Sdn Bhd, Nestle, Klinik Dinamik, individu-individu dan juga Exorian sendiri yang bersusah payah meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti kali ini menjadi kenangan manis yang sentiasa terpahat dihati anak-anak tersebut dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Moga aktiviti-aktiviti yang akan datang akan lebih bermakna dan lebih meriah.


3 comments:

  1. Tahniah NEXO. Ini kelab untuk semua, bukan untuk individu :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro atas kejayaan kerja-kerja amal. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah NEXO, next time kalau ada event amal macam ni bagilah tau kami bloggers ni, at least kami boleh bagi sumbangan dengan promote event macam ni kat blog...

    Selamat datang ke blog NEXO pada kengkawan luar kawasan..abam sazly, K.E, king, sifu mitos dan bro mdshaari :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...