Saturday, 3 December 2011

Konvoi Perdana Anjuran Kolej Komuniti Wilayah Utara 2011


Sekali lagi NEXO dengan kerjasama dari Kolej Komuniti Wilayah Utara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Konvoi Perdana & Menanam Pokok Bunga Raya Sempena Program Semarak Rukun Negara. Terima kasih juga kepada Anggota Polis yang bertugas mengawal lalu lintas semasa konvoi dijalankan. Juga tidak lupa ucapan terima kasih serta tahniah NEXO ucapkan kepada En. Muhammad Anuar (NEXO 06) yang berjaya membawa NEXO untuk menyertai konvoi ini.

NEXO dengan bangganya dapat memberi khidmat dengan berkonvoi bersama pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara yang berbasikal beramai-ramai sambil berkunjung ke sekolah-sekolah terpilih untuk menanam Pokok Bunga Raya. Sekolah yang menjadi pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Dengan kerjasama yang diberi, NEXO amat berharap akan diundang lagi untuk menyertai serta menjayakan program-program yang akan datang demi memajukan serta menaikkan nama NEXO untuk negara tercinta.

 Wakil dari NEXO dari kiri En.Md. Redzuan (WanTU),En.Fisol (G-One), 
En.Md Anuar (Nuarpng), En.Fandy (Gandhi) & En. Shamsul Anuar (Nuarque)

Ahli-ahli NEXO mula mengatur konvoi

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti memulakan acara
mengayuh basikal ke Sekolah-Sekolah

Konvoi dijaga dengan selamat oleh pihak berkuasa
 


 Konvoi memasuki kawasan Sekolah


Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh 
salah seorang pelajar Kolej Komuniti
  
Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh wakil NEXO

 Sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian

1 comment:

  1. Program yang bagus dan bermanfaat! Terbaik NEXO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...