Saturday, 17 March 2012

"JOY RIDE da BORDER"

Tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan "JOY RIDE da BORDER" iaitu CuTi-CuTi makan angin ke Thailand. Percutian 3 Hari 2 Malam pada 11 Mac 2012 hingga 13 Mac 2012. Sebanyak 6 EXORA yang dapat menyertai konvoi kali ini. Peserta Konvoi iaitu En.Fandy, En.Hapis, En.Fisol, En.Addy, En.Remy dan En.Mart. Percutian yang sungguh bermakna dimana ahli-ahli NEXO dapat berkonvoi dan bersiar-siar di luar negara. Bertemu dengan penduduk-penduduk Thailand yang ramah dan mesra. Alhamdulillah selama 3 Hari berada di sana, konvoi berjalan dengan lancar disamping keadaan cuaca yang amat baik. 

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fandy dan En.Hapis yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NEXO yang menyertai konvoi serta ahli-ahli yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan konvoi ini. InsyaAllah NEXO akan mengadakan lagi konvoi seperti ini dimasa akan datang. Mungkin juga NEXO akan berkonvoi lebih jauh lagi untuk menimba ilmu serta mencari pengalaman berada di tempat orang. 

 2.00pm (Malaysia) 1.00pm (Thailand) 
 Check-in di Sing Golden Place Hotel Hatyai

Sebelah petang menaiki TukTuk ke Floating Market




"Floating Market" terdapat berbagai-bagai barang serta 
makanan dijual di sini. Bagi orang muslim tidak perlu risau 
kerana kebanyakkan peniaga di sini beragama Islam.

 Hari kedua - Makan tengahari di Songkhla

Singgah sebentar di Pantai Samila, Songkhla

Singgah pula ke Hatyai Ice Dome

Hari ketiga setelah check-out dari hotel
singgah pula di Chekkar untuk makan tengahari


2.30pm(Malaysia) 1.30pm(Thailand)
Konvoi bergerak pulang ke Malaysia


Alhamdulillah konvoi selamat pergi dan balik. 
Semoga bertemu lagi di konvoi yang akan datang......InsyaAllah




Joy Ride da Border Slideshow: Northern’s trip from Bukit Kayu Hitam (near Padang Besar, Perlis, Malaysia) to 2 cities Hat Yai and Songkhla was created by TripAdvisor. See another Thailand slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

4 comments:

  1. Great job on the blog.. Very nice pictures..

    ReplyDelete
  2. Yup, we really enjoyed the time we had there. Thanks Ameertha for the comments.

    ReplyDelete
  3. what da fun trip to enjoy...thumbs up to the organiser

    ReplyDelete
  4. hahaha...tq so much PIJA for the support!!!..come and join us for next trip.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...