Wednesday, 25 April 2012

NEXO @ Teluk Batik



 TT Manjung @ Teluk Batik

Alhamdulillah TT Manjung telah berjalan dengan lancarnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Warga NEXO dan Pemilik-Pemilik EXORA Manjung diatas  layanan  serta  sambutan  yang  diberikan  kepada  wakil  NEXO yang datang dari Alor Setar dan Kuala Lumpur. Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fadzliaznita Embun (NEXO38), En. Zailani (NEXO42) dan En. Abd Kader (NEXO47) bersama-sama rerakan yang lain yang telah berusaha bagi menjayakan TT ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli keluarga masing-masing yang bersusah payah menyediakan jamuan makan pada malam tersebut. 

Sebanyak 14 EXORA memenuhi perkarangan peranginan Teluk Batik pada malam 20 April 2012 dan TT berakhir pada jam 12.30 malam. Warga NEXO dan pemilik - pemilik Exora yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah : En.Fadzliaznita Embun(Embun), En.Abd Kader, En.Fandy(Gandhi), En.Azmad(Mart), En.Zailani(Lukutmaju), En.Zaini, En.Fuad, En.Wan Nasir, En.Nik Hassan, En.Zamri, En.Anuar, En.Rohimi dan En.Mohd Rani.

Sebahagian yang hadir

 
Menikmati juadah yang dibawa

Pemilik-pemilik EXORA yang hadir ke TT Manjung @ Teluk Batik



 
Semoga bertemu lagi di majlis dan TT
yang akan datang.....InsyaAllah.

Thursday, 19 April 2012

AGM Pertama NEXO


Syukur alhamdulillah Mesyuarat Agung NEXO (AGM) buat kali yang pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 14 April 2012 (Sabtu), 10.00 pagi bertempat di Kompleks Sukan, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah. Terima kasih kepada Tuan Presiden NEXO, Tuan Pengerusi, AJK-AJK, Ahli-ahli NEXO serta pemilik-pemilik EXORA (ahli-ahli baru NEXO) yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi menjalankan AGM ini. 

Berbagai agenda telah dibentangkan dan terlantiklah puncak kepimpinan yang baru. 

 
Barisan AJK-AJK NEXO yang hadir



 Sebahagian dari ahli NEXO yang hadir

 Cabutan Bertuah sumbangan dari NEXO
Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah!!!

Menikmati Jamuan Tengahari


Sebahagian dari ahli-ahli yang sempat bergambar
(ramai dah balik time ni!!!)


Semoga NEXO akan lebih mantap lagi 
dimasa akan datang...InsyaAllah




Saturday, 14 April 2012

Kepada semua ahli NEXO

Panggilan Mesyuarat Agong Kali Pertama

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa untuk julung kalinya AGM pertama NEXO akan diadakan seperti berikut:
Oleh yang demikian, NEXO ingin menjemput kesemua ahli untuk turut hadir ke AGM ini. 
Besarlah harapan agar semua ahli NEXO dapat turut serta AGM pada kali ini supaya dapat kita berbincang bersama tentang hala tuju NEXO pada masa hadapan.
Bagi pemilik-pemilik Exora yang ingin mandaftar sebagai ahli NEXO dialu-alukan untuk turut serta kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

Wednesday, 4 April 2012

TT @ De PauH GaRdeN CaFe & ReStraunt


Syukur alhamdulillah TT @ De Pauh Garden Cafe & Restraunt telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Mac 2012, 8.30 malam. Terima kasih kepada rakan-rakan dari jauh dan dekat yang sudi hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. Sebanyak 10 Exora yang telah hadir. 

  TT diadakan sempena menyambut kedatangan 
NEXO 17 (Jimon) dan NEXO 20 (AyiesaL) 
yang datang dari Bangi.


NEXO mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu En.Fisol (G-One) yang telah bersusah payah mengatur serta menjayakan TT ini. 



Terima kasih juga kepada Warga NEXO serta pemilik - pemilik Exora yang turut hadir tidak kira dari jauh atau dekat iaitu:
En.Sazly Anuar(Ayie), En.Md Nazri(Jimon), En.Fandy(Gandhi), En.Khairul(CID), En.Fisol Hamdi(G-One), En.Azman, En.Anuar(NuarQue), En.Md Anuar(Nuarpng), En.Fuad(Art) dan En.Anuar(BigBross) yang sudi meluangkan masa berTT bersama-sama. 




Semoga bertemu lagi di majlis dan TT
yang akan datang.....InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...