Wednesday 25 April 2012

NEXO @ Teluk Batik



 TT Manjung @ Teluk Batik

Alhamdulillah TT Manjung telah berjalan dengan lancarnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Warga NEXO dan Pemilik-Pemilik EXORA Manjung diatas  layanan  serta  sambutan  yang  diberikan  kepada  wakil  NEXO yang datang dari Alor Setar dan Kuala Lumpur. Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fadzliaznita Embun (NEXO38), En. Zailani (NEXO42) dan En. Abd Kader (NEXO47) bersama-sama rerakan yang lain yang telah berusaha bagi menjayakan TT ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli keluarga masing-masing yang bersusah payah menyediakan jamuan makan pada malam tersebut. 

Sebanyak 14 EXORA memenuhi perkarangan peranginan Teluk Batik pada malam 20 April 2012 dan TT berakhir pada jam 12.30 malam. Warga NEXO dan pemilik - pemilik Exora yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah : En.Fadzliaznita Embun(Embun), En.Abd Kader, En.Fandy(Gandhi), En.Azmad(Mart), En.Zailani(Lukutmaju), En.Zaini, En.Fuad, En.Wan Nasir, En.Nik Hassan, En.Zamri, En.Anuar, En.Rohimi dan En.Mohd Rani.

Sebahagian yang hadir

 
Menikmati juadah yang dibawa

Pemilik-pemilik EXORA yang hadir ke TT Manjung @ Teluk Batik



 
Semoga bertemu lagi di majlis dan TT
yang akan datang.....InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...