Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan :
LAWATAN KE PANGKALAN
TLDM LUMUT &
SAMBUTAN AIDILFITRI 2012
D'TELUK BATIK
Tanggal 15 Sept 2012 bersamaan 28 Shawal 1433H, jam 2.30 petang NeXo telah berjaya memasuki Pangkalan TLDM Lumut. Sebanyak 24 Exora telah dibenarkan untuk memasuki ke dalam Pangkalan TLDM Lumut. Warga NeXo kemudiannya dibawa oleh 3 buah bas TLDM yang telah diatur khas oleh KD Malaya ke tempat-tempat lawatan yang dibenarkan. Tujuan lawatan dibuat adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan melihat sendiri kapal perang, helikopter dan sebagainya. Berbagai tempat telah dibawa semasa lawatan diadakan.
NeXo amat berterima kasih kepada Leftenan Suhaimi, Leftenan Zulhelmi, En.Azli, En.Shawal, En.Norizal dan semua Pegawai serta anggota lain yang terlibat bagi menjayakan lawatan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua warga NeXo yang melibatkan diri pada konvoi kali ini. NeXo juga amat berterima kasih kepada warga NeXo di Manjung iaitu En. Embun, En. Zailani a.k.a Lukutmaju, En. Abd Kader, En. Wan Nasir, En. Fuad, En. Zamri dan En. Mazlan bersama keluarga masing-masing yang telah bersusah payah mengatur serta menyediakan jamuan raya sempena Sambutan AidilFitri 2012 di Teluk Batik dan BBQ pada malam harinya.
Sebanyak 30 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En.Fandy, En.Embun, En.Abd Kader, En.Zailani, En.Wan Nasir, En.Fuad, En.Zamri, En.Mazlan, En.Haneef, En.Khairol, En. Remy, En.Zaid, En.Dzaher, En.Addy Midi, En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En.Shumi, En.Suhaimi, En.Onisyahrin, En.Romzi, En.Zarin, En.Sazly, En.Abd Latif, En.Nordin, En.Mohd Azalan, En.Asar, En.Zakhri, En.Md Annuar, En.Nor Hisyam dan En.Azizi.
Bacaan doa oleh En.Suhaimi Nexo 54
sebelum memulakan konvoi
Konvoi bergerak ke Lumut
Ketibaan konvoi di Taman Paya Bakau
Berkumpul untuk mendengar taklimat dari Prez
Konvoi bergerak ke Restoran D'Warisan untuk makan tengahari
Restoran D'Warisan...makanan yang enak serta harga yang berpatutan
Terima Kasih kepada pemilik Restoran kerana memberi layanan
yang baik serta menaja minuman buat NEXO
Setelah menjamu selera, konvoi singgah sebentar
untuk menunaikan solat di Masjid Sultan Idris Shah II
Konvoi menuju ke Pangkalan TLDM Lumut
Exora disusun ditempat yang disediakan
Taklimat sedang diberi oleh En.Shawal sebelum lawatan
dijalankan. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan oleh
pihak TLDM untuk membawa warga NEXO ke dalam Markas
Galeri Panglima Tentera Laut
Bomba TLDM
Markas Udara TLDM
KD Jebat
Prez sebagai wakil dari NEXO menyampaikan
cenderahati buat TLDM
Konvoi bergerak ke Teluk Batik untuk
Sambutan AidilFitri 2012
Acara BBQ disebelah malam
Berkumpul untuk mendengar taklimat dari Prez
Konvoi bergerak ke Restoran D'Warisan untuk makan tengahari
Restoran D'Warisan...makanan yang enak serta harga yang berpatutan
Terima Kasih kepada pemilik Restoran kerana memberi layanan
yang baik serta menaja minuman buat NEXO
Setelah menjamu selera, konvoi singgah sebentar
untuk menunaikan solat di Masjid Sultan Idris Shah II
Konvoi menuju ke Pangkalan TLDM Lumut
Exora disusun ditempat yang disediakan
Taklimat sedang diberi oleh En.Shawal sebelum lawatan
dijalankan. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan oleh
pihak TLDM untuk membawa warga NEXO ke dalam Markas
Galeri Panglima Tentera Laut
Bomba TLDM
KD Jebat
Prez sebagai wakil dari NEXO menyampaikan
cenderahati buat TLDM
Konvoi bergerak ke Teluk Batik untuk
Sambutan AidilFitri 2012
Acara BBQ disebelah malam
NEXO mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Tian Siang kerana telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.
Sebahagian dari cabutan bertuah yang
ditaja oleh Syarikat Tian Siang.
TT di Restoran Nasi Beryani setelah selesai acara BBQ
Pada keesokkan harinya....
shopping di kedai Hasil Laut Tarmizi Dan Zalina
Konvoi bersiar-siar ke Marina Island
Konvoi bergerak ke Segari
Konvoi bergerak pulang
Singgah di D'King untuk makan malam
sebelum konvoi bersurai
Semoga event kali ini mendapat banyak manfaat kepada semua keluarga NEXO dengan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita....Alhamdulillah
Lawatan ke Pangkalan Tldm Lumut & Sambutan Aidilfitri 2012 Slideshow: Northern’s trip to 4 cities including and Lumut was created with TripAdvisor TripWow!