Pejam Celik - Pejam Celik...Alhamdulillah Northern Exora Owner's Club (NEXO) telah menjangkau usia 2 tahun...maknanya, persahabatan sesama Nexorianz semakin utuh dan erat. Jesteru itu, pertambahan ahli wajib terjadi.
Berita dari TT Besut (MELEKAT TERPIKAT)
Majlis Persandingan NeXo 129 Sahidun & NeXo 135 Mohd Nazri
Pada 05 April 2013
Jerteh : Acara dimulakan setelah saya terpaksa standby di hadapan Lily Kopitiam (tempat kejadian tutup - memandangkan NeXo 103 Azman Saad dan NeXo 105 Zalwani terpaksa Grounded kerana masalah kesihatan), dalam 5 minit Kemudian Nexo 135 Nazri Arshad sampai, disusuli RS crew (Exotec 41- cikgu othman - datang join untuk memeriahkan majlis) dan selanjutnya Nexo 129 Sahidun Saad. Maka, beremba la kami 4 pesawat ke lokasi baharu untuk majlis atas sebab tempat kejadian telah mengalami perintah berkurung seperti di LD.
Danau Fathirah Restoran telah menjadi pilihan, acara persandingan dimulakan. Satu demi satu gambar dipukoi baik dari kamera digital atau Smart Phone..seterusnya minum2 dan makan dilalui. Tetapi apakan daya, Danau Fathirah Restoran terlalu lembap..makanya kami betul2 TT (air teh tarik sahaja - Iskh iskh iskh...sedey huhuhu) sehingga Danau Fathirah Restoran telah dibanned oleh family saya kerana kelembapan tersebut. Sedikit sebanyak, perbualan berkisar tentang aktiviti sedikit di besut dan sebanyak mengikut Takhwim NEXO.
Akhirnya majlis terpaksa bersurai atas sebab kalau tak blah lagi mau Insaf pembantu kedai di Tarbiayah...hahahaha.. Sekian dari NeXo 104 Mohd Noor a.k.a Mat Noy dari bilik berita BESUT.
No comments:
Post a Comment