Pada tanggal 14 Sept 2013, NEXO & kelab-kelab permotoran dibawah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) bersama-sama memeriahkan acara:
Tahniah serta terima kasih diucapkan buat En. Abdul Latif (NEXO 02), En. Amran (NEXO 142), En. Mohd Khairul Amin (NEXO 11) dan En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18) yang telah mewakili NEXO bagi menyertai acara ini.
0700-0800 reg di stadium suka menanti.
0800-0830 begerak ke tmn wira mergong.
0900 flag off oleh MB Kedah.
0900-0930 konvoi ke pokok sena.
0930-1000 kempen jalur lebar di market p.sena (dekat trafik light ke naka)
1000-1030 konvoi ke kubur pnjg.
1030-1130 kempen jalur lebar di kubur pnjg (di smbut oleh YB Suraya).
1130-1300 konvoi ke rimba taqwa, sik.
1300-1500 isi minyak,lunch,solat ( di sediakan oleh YB Tajudin)
1500-1700 konvoi ke dataran serdang.
1700-1830 kempen jalur lebar oleh YB Sabrina.
1830 bersurai...
Peserta-peserta konvoi mula berkumpul di Stadium Suka Menanti pada jam 7.00 pagi. Setelah semua berkumpul konvoi mula bergerak ke Taman Wira Mergong untuk acara flag off oleh Menteri Besar Kedah iaitu YAB. Dato' Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir.
Memandangkan Exo NEXO 02 mempunyai ekor pari, maka wakil kita telah diberi kepercayaan sebagai last car semasa konvoi.
Pada jam 9.00 pagi, konvoi bergerak ke Pokok Sena dan seterusnya ke Kubur Panjang. Setibanya konvoi di Kubur Panjang, konvoi telah disambut oleh YB Suraya. Kemudian konvoi bergerak pula ke Rimba Taqwa, Sik.
Pada jam 1.00 tengahari, jamuan makan tengahari telah disediakan oleh YB Tajudin. Setelah selesai jamuan makan serta solat, konvoi bergerak pula ke Dataran Serdang untuk mengikuti kempen Jalur Lebar oleh YB Sabrina.
Acara ini tamat pada jam 6.30 petang.
Semoga bertemu lagi di event
yang akan datang... In Sya Allah
No comments:
Post a Comment