Sunday, 7 July 2013

TT Deroyan & TT BBQ

  TT Deroyan @ Kuala Nerang telah berlangsung 
dengan jayanya pada 06 Julai 2013 (Sabtu) 1.30 tengahari. 
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Tuan Rumah 
En. Mohd Anuar a.k.a Anakin dan isteri (NeXo 15) 
kerana sudi menjemput Warga NeXo ke kenduri 
makan-makan deroyan dan mee kari yang enak.
 
Terima kasih juga buat warga NeXo yang hadir bagi 
memeriahkan TT kali ini. Warga NeXo yang hadir adalah :
Fandy NeXo 01, Pablo NeXo 72, Azman NeXo 43, Dzaher NeXo 63, 
Shumi NeXo 71, Zaid NeXo 59, Aziz NeXo 68 dan Romzi NeXo 52

Pada jam 11.30 pagi konvoi dari Penang, Alor Setar dan 
Pokok Sena terus menuju ke Kuala Nerang
Konvoi disambut oleh Tuan Rumah Anakin & Isteri

Tak sabar untuk mencuba deroyan...
emmm..sedap sedap belaka, deroyan ice cream pun ada...perghhh
Pulut Deroyan & Mee Kari yang dibuat khas oleh Pn.Hamidah

Konvoi bergerak untuk mencari tempat untuk bermandi manda
setelah badan panas makan deroyan

Konvoi ke Taman Persisiran Pengalan Tok Mas

Malangnya air sungai kotor...hajat tak kesampaian 
untuk mandi manda di sini

Konvoi singgah pula di Dusun Resort Kuala Nerang...
Di sini juga tidak dibenarkan masuk kerana telah dibooking oleh KEM PLKN
Konvoi bergerak pulang ke destinasi masing-masing dan 
bersiap untuk ke TT BBQ @ Perlis



Disebelah malam pula, sempena menyambut kedatangan Ramadhan, saudara Azmel (NeXo 85 merangkap Cip Perlis) dengan dibantu oleh saudara Nasirisham a.k.a Sham Milo (NeXo 10) telah mengadakan satu Majlis BBQ di Chicken Rice Kiosk milik Saudara Azmel. Majlis dihadiri oleh En.Azmin (NEXO 141), En.Saifuddin (NEXO 78), En.Fandy (NEXO 01), En.Azmel (NEXO 85), En.Rahizan a.k.a Eizan (NEXO 92), En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Rosnizam (NEXO 93) dan Abdul Ghani (NEXO 127). 
Terima kasih diucapkan buat NeXo 10 Sham Milo kerana telah menyumbangkan lori milo buat semua ahli yang hadir...
emmm rugi sapa tak pi..hehe

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam, dimana saudara Sham Milo (Master Chef) bersama keluarganya mengambil peranan sebagai tukang kipas & tukang bakar.
Santapan bermula seusai masaknya ayam yang dibakar. Jamuan dipelbagaikan dengan bihun, nasi ayam berempah, durian (ole-ole yang dibawa oleh NeXo 01 dari Kuala Nerang), kuih muih dan lain-lain lagi.


Sambil makan ramah mesra sesama ahli dan keluarga disamping membincangkan beberapa aktiviti yang bakal menyusul. 
 
Terima kasih diucapkan kepada Cip Perlis Saudara Azmel dan Isteri Puan Aida diatas kenduri dan pada semua yang menjayakan TT BBQ ini. 

Semoga majlis yang sebegini akan diteruskan dilain masa, dilain tempat oleh yang lain-lain pula...Majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam. 









1 comment:

  1. How to win at a casino - DRMCD
    This is the closest you can get to making a winning bet. 남원 출장안마 Betting on horse racing at this casino is easy and fast. 의정부 출장마사지 The 2 answers  ·  4 votes: My bet 정읍 출장마사지 would have to be a good $1 minimum 경상북도 출장마사지 stake of 진주 출장안마 $5

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...