Monday, 3 June 2013

"JOY RIDE da BORDER" PaRt 2

Sekali lagi NEXO berjaya membawa Warga NeXo berkonvoi dengan Exora masing-masing sambil CuTi-CuTi makan angin ke Thailand. Percutian 3 Hari 2 Malam pada 31 Mei 2013 hingga 02 Jun 2013 amat menyeronokan. Sebanyak 9 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Konvoi yang diketuai oleh Prez NeXo iaitu En.Fandy (NeXo 01) a.k.a Gandhi dan En.Mohamad Dzaher a.k.a Dzaher Zoomers (NeXo 63) yang disertai oleh En.Addy (NeXo 36), En.Hisamudin a.k.a Che Din (NeXo 61), En.Mohd Zaid (NeXo 59), En.NorHisham a.k.a Sham Pulut (NeXo 67), En.Mohd Aziz (NeXo 68), En.Rizuan (NeXo 26) dan En.Mohd Ridhuan (NeXo 133). Kenangan percutian yang sungguh bermakna buat warga NEXO yang menyertai konvoi, tambahan pula buat ahli-ahli baru dan rakan-rakan yang belum pernah berkunjung ke Thailand. Alhamdulillah selama 3 Hari berada di sana, konvoi berjalan dengan lancar disamping keadaan cuaca yang amat baik. 

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fandy dan En.Dzaher yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NEXO yang menyertai konvoi serta ahli-ahli yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan konvoi ini. In Sya Allah NEXO akan melangkah lebih jauh lagi untuk menimba ilmu serta mencari pengalaman baru. 
 Sedikit taklimat sebelum memulakan konvoi

Proses penukaran mata wang dan insuran Exora
 
Konvoi menuju ke sempadan

Konvoi bergerak ke Songkhla

 Persinggahan pertama ke Songkhla Zoo
Acara PotLuck - Makan Tengahari

Suasana di Zoo Songkhla

Konvoi bergerak ke Samila Beach

Menunggu giliran untuk menaiki feri
Konvoi bergerak ke HatYai

Check-in Florida Hotel

Jam 8.00mlm M'sia bergerak ke Pasar Malam
untuk shopping dan makan malam di Central

Hari Kedua ke Kedai Radio
 

Jam 2.00 ptg, bertukar dari konvoi Exo ke TukTuk
Konvoi ke Chang Puak Camp

 Ice Dome HatYai

Floating Market

 Makan Malam di Central HatYai

 Hari Ketiga
Lepak-Lepak di Pekan HatYai
sambil buat plat kereta
 
Check-Out Konvoi bergerak ke Chekkar 
untuk Makan Tengahari
 
 

Konvoi bergerak pulang ke Tanah Air Malaysia

 Makan Malam di Arau, Perlis

Alhamdulillah konvoi selamat pergi dan balik. 
Semoga bertemu lagi di event 
yang akan datang......In Sya Allah



"JOY Ride da Border" Part 2 Slideshow: Northern’s trip to 4 cities including Hat Yai was created with TripAdvisor TripWow!

Wednesday, 29 May 2013

KEJOHANAN BADMINTON ALL NEXORIANZ 2013

Syukur alhamdulillah Kejohanan Badminton All Nexorianz 2013 
telah berlangsung dengan jayanya 
pada 25 Mei 2013 (Sabtu), 9.00 pagi - 4.00 petang @



Ribuan terima kasih NEXO ucapkan buat : Tuan Haji Shafri Khalid dari Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang di atas sponser yang dihulurkan bagi menjayakan Kejohanan Badminton All Nexorianz 2013. 

Terima kasih juga buat En.Abdul Latif (NEXO 02), En.Mohd Zakhri (NEXO 72), Pn.Azira (NEXO 123) di atas sponser yang dihulurkan bagi menjayakan Kejohanan Badminton All Nexorianz 2013 dan ucapan terima kasih juga buat sponser-sponser yang lain dimana nama mereka tidak mahu dinyatakan di sini. Alhamdulillah dengan berkat sumbangan tersebut event ini dapat dijalankan dengan jayanya. TERIMA KASIH
Jimon NEXO 17



Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En. Mohd Nazri a.k.a Jimon (NEXO 17) yang telah mencetuskan idea ini serta bekerja keras untuk menjadikan event yang terbaik buat NEXO. 
Terima kasih NEXO ucapkan kepada semua Jawatankuasa Kejohanan Badminton All Nexorianz 2013 di atas khidmat yang diberikan. 
 Terima kasih juga diucapkan pada semua warga NeXo yang hadir serta turut memberi sokongan pada event ini.

 Seramai 28 orang ahli NeXo yang turut hadir dan menyertai kejohanan ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Mohd Nazri a.k.a Jimon (NEXO 17), En. Fandy (NEXO 01), En. Md Khairi a.k.a K.E.(NEXO 16), En.Ahmad Nizam a.k.a Pak Tam (NEXO 120), En.Mohd Azalan (NEXO 65), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59),  En.NorHisham a.k.a Sham Pulut (NEXO 67), En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En. Mohd Ridhuan (NEXO 133), En. Azman a.k.a AMR (NEXO 43), En. Md Dzaher (NEXO 63), En. Mohd Anuar a.k.a Anarkin (NEXO 15), En. Azizi (NEXO 23), En. Fahmi (NEXO 46), En. Mohd Oxley (NEXO 97), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Shumi (NEXO 71), En.Samsul (NEXO 107), En.Sazly a.k.a Ayiesal (NEXO 20), En.Fisol Hamdi a.k.a G-One (NEXO 09), En.Abdul Rahman a.k.a ararman (NEXO 30), En.Noor Affandi (NEXO 98), En.Mohd Mustaffa a.k.a Mus (NEXO 101), En.Md Fazli Fadzil (NEXO 14), En.Abdul Ghani (NEXO 127) dan En.Shamsul Anuar a.k.a nuarque (NEXO 28).



Undian telah dibuat untuk menentukan pasangan beregu 
sebelum bermulanya pertandingan






Kehebatan setiap peserta di hari pertandingan


Pada petang 24 Mei 2013, Jamuan BBQ telah diadakan bagi mengumpulkan warga-warga NeXo yang datang bagi menjayakan event pada keesokan harinya. Tidak lupa juga sambutan ulang tahun kelahiran buat warga NEXO yang lahir pada bulan Mei.

Acara BBQ di RnR Pantai Bersih

Semoga ramai lagi warga NeXo yang dapat hadir bagi memeriahkan lagi event-event NeXo yang akan datang.... In Sya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...