Monday, 3 June 2013

"JOY RIDE da BORDER" PaRt 2

Sekali lagi NEXO berjaya membawa Warga NeXo berkonvoi dengan Exora masing-masing sambil CuTi-CuTi makan angin ke Thailand. Percutian 3 Hari 2 Malam pada 31 Mei 2013 hingga 02 Jun 2013 amat menyeronokan. Sebanyak 9 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Konvoi yang diketuai oleh Prez NeXo iaitu En.Fandy (NeXo 01) a.k.a Gandhi dan En.Mohamad Dzaher a.k.a Dzaher Zoomers (NeXo 63) yang disertai oleh En.Addy (NeXo 36), En.Hisamudin a.k.a Che Din (NeXo 61), En.Mohd Zaid (NeXo 59), En.NorHisham a.k.a Sham Pulut (NeXo 67), En.Mohd Aziz (NeXo 68), En.Rizuan (NeXo 26) dan En.Mohd Ridhuan (NeXo 133). Kenangan percutian yang sungguh bermakna buat warga NEXO yang menyertai konvoi, tambahan pula buat ahli-ahli baru dan rakan-rakan yang belum pernah berkunjung ke Thailand. Alhamdulillah selama 3 Hari berada di sana, konvoi berjalan dengan lancar disamping keadaan cuaca yang amat baik. 

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Fandy dan En.Dzaher yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NEXO yang menyertai konvoi serta ahli-ahli yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan konvoi ini. In Sya Allah NEXO akan melangkah lebih jauh lagi untuk menimba ilmu serta mencari pengalaman baru. 
 Sedikit taklimat sebelum memulakan konvoi

Proses penukaran mata wang dan insuran Exora
 
Konvoi menuju ke sempadan

Konvoi bergerak ke Songkhla

 Persinggahan pertama ke Songkhla Zoo
Acara PotLuck - Makan Tengahari

Suasana di Zoo Songkhla

Konvoi bergerak ke Samila Beach

Menunggu giliran untuk menaiki feri
Konvoi bergerak ke HatYai

Check-in Florida Hotel

Jam 8.00mlm M'sia bergerak ke Pasar Malam
untuk shopping dan makan malam di Central

Hari Kedua ke Kedai Radio
 

Jam 2.00 ptg, bertukar dari konvoi Exo ke TukTuk
Konvoi ke Chang Puak Camp

 Ice Dome HatYai

Floating Market

 Makan Malam di Central HatYai

 Hari Ketiga
Lepak-Lepak di Pekan HatYai
sambil buat plat kereta
 
Check-Out Konvoi bergerak ke Chekkar 
untuk Makan Tengahari
 
 

Konvoi bergerak pulang ke Tanah Air Malaysia

 Makan Malam di Arau, Perlis

Alhamdulillah konvoi selamat pergi dan balik. 
Semoga bertemu lagi di event 
yang akan datang......In Sya Allah



"JOY Ride da Border" Part 2 Slideshow: Northern’s trip to 4 cities including Hat Yai was created with TripAdvisor TripWow!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...