Sunday, 26 February 2012

Konvoi Ke Thailand

Ingin dimaklumkan kepada semua bahawa NEXO akan menganjurkan
 "JOY RIDE da BORDER"

NEXO juga mengalu-alukan penyertaan Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta untuk "menghappeningkan" lagi konvoi ini.


JOY RIDE da BORDER akan diadakan seperti di bawah:
Tarikh    : 11 - 13 Mac 2012 @ Ahad - Selasa (3H2M)
Lokasi   : Hadtyai, Songkhla, Thailand
Hotel     : Golden Sing Place (tertakluk kpd perubahan)
Tarikh Tutup Penyertaan : 01 Mac 2012

Bayaran dan cas penyertaan merangkumi cas 1 bilik untuk 2 malam, insuran kenderaan, sumbangan ke kelab dan admin fee (tertakluk kepada perubahan):

- RM250.00 utk ahli Nexo

- RM300.00 utk bukan ahli Nexo

Plet siam (bagi yg belum ada) : RM15.00 (akan di beri pada hari event)

1. Pihak penganjur menggalakkan peserta menyediakan sendiri radio komunikasi sepanjang program. Ini adalah utk kemudahan bersama ketika berkonvoi. Frekuensi akan diberikan semasa taklimat pagi pada hari pertama.
2. Pihak penganjur akan cuba memberi cadangan yg terbaik dari segi pemanduan, kedai makan dan keselamatan. Jika ada sebarang cadangan tambahan yg boleh membantu, pihak penganjur mengalu2kan.
3. Jika ada tambahan bilik, sila maklumkan kpd penganjur utk urusan tempahan. Bilik dikira berdasarkan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak kecil. Tilam tambahan(cas berasingan) akan diuruskan semasa check-in.
4. Peserta tidak digalakkan bermalam di hotel berlainan utk mengelakkan masalah komunikasi dan keselamatan.
5. Peserta diminta mematuhi undang2 jalanraya dan menghormati orang tempatan.
6. Program ini adalah berkonsepkan riadah. Sebarang sumbangan dari inidividu dan koperat amat dialu2kan.


Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan  
"JOY RIDE da BORDER", sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Fandy  019-5047144 atau En.Hapis  016-3188491 untuk keterangan lanjut.

* bagi yang ingin menyertai konvoi sila baca "PERATURAN BERKONVOI" di sebelah kanan blog.



Marilah kita sama-sama memeriahkan konvoi "JOY RIDE da BORDER"  
ke Hadtyai, Songkhla, Thailand

Monday, 13 February 2012

ABS Pump Defect Settled!

Macam mana nak tahu ABS pump Exora dah defect? Senang jer, dekat meter panel, ABS dan handbrake indicator akan sentiasa menyala bila kita hidupkan engine, jadi masa ni ABS memang tak berfungsi tapi handbrake ok, tak lock walaupun dah dilepaskan, cuma lampu indicator tu jer tak padam






Part No. untuk ABS pump atau juga dikenali sebagai "Hydraulic Control Unit" - PW922434








ABS pump yang rosak...



Kedudukan ABS pump yang telah diganti




Kos keseluruhan sekiranya warranty telah tamat, 
kalau under warranty, FOC



Yang penting...masalah selesai :)




Dipetik dari :  Aku Budak Melaka

Saturday, 4 February 2012

TT NiRa NEXO @ Kuala Perlis

Perjumpaan Merapatkan Silratulrahim

Sebagaimana maklum Air Nira amat baik untuk kesihatan. Antara khasiat Air Nira ialah untuk menyejukkan badan, mengurangkan batuk, merawat demam, membersihkan buah pinggang dan memecahkan batu karang.


Maka pada awal tahun 2012 ini, NEXO mengambil kesempatan serta membuka tirai tahun baru dengan menganjurkan TT NiRa NEXO BerSaMa RaKaN-RaKan bagi sama-sama menikmati kebaikan serta khasiat Air Nira untuk kesejahteraan semua.

 Syukur alhamdulillah TT NiRa NEXO BerSaMa RaKan-RaKan dapat juga dijalankan walaupun NEXO terpaksa beralih ke lokasi lain kerana Restoran Mona Ikan Bakar telah penuh dan tempahan tidak dapat disediakan dengan cepat. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka NEXO berTT pula di Samudera Curry House.

Samudera Curry House Kuala Perlis

Terima kasih kepada rakan-rakan dari jauh serta dekat yang sudi hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan merapatkan silratulrahim pada permulaan 2012. Sebanyak 10 Exora yang telah hadir untuk memeriahkan TT ini.  Semasa TT berlangsung berbagai-bagai perkara dapat dibincang bersama-sama bagi melancarkan aktiviti-aktiviti NEXO untuk masa yang akan datang. Semoga silratulrahim ini akan berpanjangan sampai bila-bila, InsyaAllah.


Sekalung   tinggi   ucapan tahniah dari NEXO   kepada   pihak  penganjur iaitu En.Nasirisham (Sham Milo) dan En.Abdul Hapes (Mazterpeace) yang telah bersusah payah  mengatur serta menjayakan TT  ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO   serta  pemilik - pemilik    Exora yang   turut   hadir   tidak  kira  dari  jauh  atau dekat iaitu:
En.Fandy(Gandhi), En.Fadzlianita(Embun), En.Khairul(CID),  En.Fisol Hamdi(G-One), En.Azmad(Mart), En.Azman, En.Naziz(Jit), En.Anuar(Anisna) dan En.Shaharin(Ayin) yang sanggup meluangkan masa makan bersama-sama serta menikmati hidangan Air Nira yang lazat dibawa khas oleh En.Nasirisham (Sham-NEXO 10). 



Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga dari NEXO kepada En.Ayin yang telah berbesar hati membiayai makan malam di Samudera Curry House.









Kizoa slideshow: TT NiRa NEXO - Slideshow


Semoga kita bertemu lagi di majlis atau TT 
yang akan datang.....InsyaAllah.

 

Wednesday, 1 February 2012

TT NiRa NEXO BerSaMa RaKaN-RaKaN...

Perjumpaan Merapatkan Silratulrahim 

Ingin dimaklumkan kepada semua bahawa NEXO akan mengadakan TT NiRa NEXO BerSaMa RaKan-RaKan tidak kira dari jauh atau dekat bagi merapatkan silratulrahim sesama kita. Ahli-ahli NEXO amat dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut. 

NEXO juga mengalu-alukan kehadiran Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta untuk memeriahkan lagi perjumpaan ini.


TT NiRa NEXO BerSaMa RaKaN-RaKan akan diadakan seperti di bawah:-
Tarikh    : 4 Februari 2012 @ Sabtu
Tempat  : Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis, Perlis
Waktu    : 9.00 malam



Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan TT NiRa NEXO BerSaMa RaKan-RaKan, sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Sham  019-4717600  atau En.Fandy  019-5047144 untuk keterangan lanjut.


Marilah kita sama-sama memeriahkan
TT NiRa NEXO BerSaMa RaKan-RaKaN
di Kuala Perlis. 
Semoga dengan perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara pemilik-pemilik EXORA.

Friday, 20 January 2012

Proton Exora Prime & Bold Serta Enjin CFE Turbo

Sememangnya ramai pemilik kereta Proton Exora sekarang ini mula menggigit jari dengan model baru Proton Exora Prime dan Bold yang bakal dikeluarkan tidak lama sahaja lagi.
Bukan sahaja diberikan nafas baru, malah, penambahan aksesori luaran yang tampak lebih garang dan juga lebih moden diperkenalkan.Malah, kemasan dalaman juga dibuat dengan lebih baik dengan penambahan kemasan kayu pada dan juga ruangan skrin sesentuh di “dashboard”.


Namun kemasan kayu dan skrin sesentuh ini hanya ada pada varian Proton Exora yang paling tinggi iaitu Exora Prime.Ianya khusus untuk pembeli yang mahu nilai-nilai estetika dan imej yang lebih eksekutif. Namun kelebihan yang paling utama adalah kepada enjin untuk model baru Proton Exora ini.


Enjin yang diberi nama Charge Fuel Efficiency (CFE) Turbo ini akan membuatkan bakal pemilik Exora Bold dan Prime selepas ini tersenyum sambil memandu ke Genting dengan membawa muatan penuh 7 orang dan barang-barang lain. Enjin dengan kuasa kuda sebanyak 138 HP dan kuasa torque sebanyak 205Nm, sudah cukup untuk mengatasi masalah kekurangan kuasa pada RPM rendah bagi pemilik Proton Exora sebelum ini.
 


Penambahan kuasa torque sebanyak 55Nm kepada 205Nm dari sebelumnya iaitu 150Nm, merupakan feature” point dan usaha daripada pihak Proton untuk mengatasi masalah pemilik Proton Exora, disamping memberikan lebih kuasa kepada kenderaan yang berstatus “kenderaan keluarga” ini.
Kami berpendapat usaha Proton dalam membangunkan enjin CFE ini merupakan usaha yang bagus. Kita semua maklum, enjin Campro sebelum ini memang kurang berkuasa pada RPM rendah, dan ini sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan memandu sekiranya membawa muatan yang besar.
Penambahan Cam-Profile Switching(CPS) juga tidak banyak membantu.Namun, dengan penambahan “soft-turbo” seperti CFE ini, enjin Campro selepas ini bakal mempunyai varian enjin yang lebih berkuasa.Apa pendapat anda mengenai Proton Exora Prime dan Enjin CFE Turbo ini?



Tuesday, 27 December 2011

Mohd Shahrulnizam Mohd Safar (NEXO 18)

Syukur alhamdulillah Mohd Shahrulnizam Mohd Safar a.k.a zampng (NEXO 18) telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 27 Dis 2011.



 Sebanyak 12 jahitan dijahit di belakang badan zam


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Friday, 23 December 2011

Prestasi Exora mengagumkan

SEBAIK sahaja mendaftar untuk sesi pandu uji eksklusif Exora di Full House, Sunway Giza, baru-baru ini, pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Ini kerana, sesi pandu uji sering dilakukan oleh syarikat-syarikat automotif dan apa yang istimewanya tentang sesi pandu uji Exora pula?
Melalui pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, jelas para peserta yang hadir ingin mengetahui apa yang diberikan dalam sesi pandu uji eksklusif itu.
Rata-rata pasangan suami isteri yang hadir masih buntu dalam memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk memenuhi gaya hidup mereka.
Atur cara pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat, tip dan cara membawa kanak-kanak dalam kenderaan bersama pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Kartini Illias.
Pelbagai aktiviti telah disusun dan yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta ialah sesi pandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City, Kuala Lumpur.
Setelah memandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City bersama Penyelia Sesi Pandu Uji Eksklusif Exora, Ivan Khong, ternyata persepsi yang hadir telah berubah.
Exora sememangnya sebuah kenderaan yang mudah dikendalikan walaupun saiznya besar.
Ini sesuatu yang mengejutkan. Pengalaman dipandu oleh Ivan sewaktu ujian kestabilan Exora melalui aktiviti drift dan mengambil pusingan agak mengejut memang mendebarkan.
Tetapi dengan ciri keselamatan seperti sistem brek ABS, EBD dan sistem tali pinggang keledar ‘pretensioner penumpang merasa selamat kerana tahap kestabilan yang dipamerkan Exora amat mengagumkan.
Setiap sesi yang dilakukan adalah berkaitan dengan ciri utama Exora iaitu S.P.A.C.E – Safety (Keselamatan), Performance (prestasi), Advanced Styling (gaya), Comfort (keselesaan) dan Economical (jimat).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim, Proton ingin mengorak langkah pertama dalam mengadakan sesi pandu uji seumpama itu kerana menyedari bahawa mereka yang berkeluarga besar bukan sekadar memerlukan kenderaan yang boleh memuatkan penumpang yang ramai.
”Apabila memilih sebuah kenderaan pelbagai guna, perkara-perkara lain yang harus diutamakan termasuk ciri-ciri keselamatan sewaktu membawa penumpang yang ramai. Juga keupayaan sebuah kenderaan membawa bagasi berat tanpa merasa sesak, tahap kestabilan dan prestasi kenderaan tersebut dan juga kos penyelenggaran serta gaya.
”Ini merupakan apa yang ingin kami persembahkan melalui sesi pandu uji eksklusif ini supaya peserta sendiri dapat melihat kelebihan yang ada pada Exora,” katanya.

Salah seorang peserta pandu uji memasukkan beg golf 
bersama bagasi lain ke dalam ruang Exora yang besar.


Dipetik dari http://n9kini.com/prestasi-exora-mengagumkan/


Thursday, 15 December 2011

Proton announces entry of Exora Bold


PETALING JAYA: Proton has finally introduced the much anticipated turbocharged Exora

Quite apart from that, the other important development from Proton is the entry last week of the Proton Exora Bold.


 

The model is the much ballyhooed turbocharged Exora that was announced in September last year by Proton managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

It's the first Proton model to use a turbocharger, and there's every likelihood forced induction will be employed in future models.


According to a Proton statement, the Exora Bold uses an all-new 1.6-litre Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) engine with performance comparable to that of a  2.0-litre engine, and comes equipped with a CVT transmission. 


The latest Exora is expected to sustain sales in the coming quarters.


Proton sees the use of CVT as the obvious choice for fuel economy and comfort in such class of vehicle.


"Owners can now benefit from a vehicle with the intelligence of selecting the best ratio that would suit a particular driving condition, thus allowing the vehicle to be fuel efficient, via smooth stepless' acceleration, for best comfort."


Proton is organising a three-day media drive soon for journalists to try out the new Exora and the Saga FLX SE, which was launched last month.


Details on the Exora will be forthcoming then. The Exora will be available in different trim lines and prices are expected to be a little more than the naturally aspirated variant - somewhere in the region of RM3,000 extra.


Like the Exora Bold, the new Saga variant uses CVT but has a 1.6-litre Campro IAFM engine under the bonnet.


At present, the top-selling Proton cars are the new-generation Proton Saga, followed by the Persona, Exora and Inspira.





Saturday, 3 December 2011

Konvoi Perdana Anjuran Kolej Komuniti Wilayah Utara 2011


Sekali lagi NEXO dengan kerjasama dari Kolej Komuniti Wilayah Utara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Konvoi Perdana & Menanam Pokok Bunga Raya Sempena Program Semarak Rukun Negara. Terima kasih juga kepada Anggota Polis yang bertugas mengawal lalu lintas semasa konvoi dijalankan. Juga tidak lupa ucapan terima kasih serta tahniah NEXO ucapkan kepada En. Muhammad Anuar (NEXO 06) yang berjaya membawa NEXO untuk menyertai konvoi ini.

NEXO dengan bangganya dapat memberi khidmat dengan berkonvoi bersama pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara yang berbasikal beramai-ramai sambil berkunjung ke sekolah-sekolah terpilih untuk menanam Pokok Bunga Raya. Sekolah yang menjadi pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Dengan kerjasama yang diberi, NEXO amat berharap akan diundang lagi untuk menyertai serta menjayakan program-program yang akan datang demi memajukan serta menaikkan nama NEXO untuk negara tercinta.

 Wakil dari NEXO dari kiri En.Md. Redzuan (WanTU),En.Fisol (G-One), 
En.Md Anuar (Nuarpng), En.Fandy (Gandhi) & En. Shamsul Anuar (Nuarque)

Ahli-ahli NEXO mula mengatur konvoi

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti memulakan acara
mengayuh basikal ke Sekolah-Sekolah

Konvoi dijaga dengan selamat oleh pihak berkuasa
 


 Konvoi memasuki kawasan Sekolah


Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh 
salah seorang pelajar Kolej Komuniti
  
Pokok Bunga Raya yang ditanam oleh wakil NEXO

 Sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...