Monday, 28 January 2013

AGM KALI KE-2 NEXO @ CINTA SAYANG RESORT


Syukur alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan NEXO (AGM) Ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Januari 2013 (Sabtu), 3.00 petang bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. 

Seramai 45 orang ahli NeXo yang hadir pada AGM kali Ke-2 ini. Terima kasih NeXo ucapkan kepada Tuan Presiden,  Tuan Pengerusi, AJK tertinggi NeXo, AJK-AJK serta Ahli-ahli NEXO dari jauh dan dekat yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi menjalankan AGM kali ke-2 ini. 

Berbagai agenda telah dibentangkan dan dibincangkan bersama. Tahniah buat cip-cip baru yang telah dilantik. Semoga bertambah maju la NeXo untuk semua. 


Terima kasih diucapkan kepada Pihak Cinta Sayang Resort, Sungai Petani kerana telah memberikan pakej yang terbaik buat semua ahli-ahli NeXo. 

 
  Terima kasih kepada petugas-petugas pada hari tersebut
En.Khairul a.k.a CID (NeXo 11), En.Suhaimi (NeXo 54)  
En.Abdul Latif a.k.a Badang (NeXo 02), En.Haneef (NeXo 21)
dan En. Mohd Anuar a.k.a Anarkin (NeXo 15)

Ahli-Ahli NeXo yang hadir pada 19 Jan 2013

 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa 
oleh En.Suhimi a.k.a Shumi (NeXo 71)


 Mesyuarat berhenti seketika untuk jamuan petang

Cabutan bertuah diakhir Mesyuarat
Tahniah kepada pemenang-pemenang!!!

 NeXo mengucapkan terima kasih kepada 
NeXo 71(Shumi), NeXo 12 (Chik) & NeXo 52 (Romzi)
diatas sumbangan cabutan bertuah

  Acara Surprise buat ahli-ahli NeXo 
yang menyambut BezDay
Terima kasih kepada NeXo 72 (Zakhri a.k.a Pablo)
kerana menyediakan Kek Special ini 

Happy Birthday Text



 Terima kasih kepada NeXo 17 En. Md Nazri a.k.a Jimon 
kerana sudi datang dari jauh untuk bersama-sama 
menghadiri AGM serta pakej menghapgrade GPS 
buat semua ahli NeXo  

 Acara BBQ diadakan disebelah malam
bertempat di HomeStay NeXo 18

 Terima kasih kepada NeXo 18 En.Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT
kerana menyediakan makan malam & BBQ serta menyumbangkan HomeStay beliau di Taman Setia Jaya untuk
 dijadikan lokasi jamuan BBQ Keluarga NeXo 
   
Acara santai di Carnivall pada 20 Jan 2013


Semoga NEXO bertambah maju di tahun 2013....In Sya Allah



Agm ke-2 Nexo @ Cinta Sayang Resort Slideshow: Northern’s trip to Sungai Petani was created with TripAdvisor TripWow!

Thursday, 10 January 2013

Perhatian Buat Semua Ahli NEXO

Panggilan Mesyuarat Agong Buat Kali Kedua

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa AGM Kedua NEXO akan diadakan seperti berikut:
NEXO menjemput kesemua ahli untuk turut hadir ke AGM kali kedua ini. 
Besarlah harapan agar semua ahli NEXO dapat turut serta ke AGM pada kali ini supaya dapat kita berbincang bersama bagi memajukan NEXO untuk masa hadapan.
Bagi pemilik-pemilik Exora yang ingin mandaftar sebagai ahli NEXO dialu-alukan untuk turut serta pada jam 5.00 petang kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.

Harap maklum.

Monday, 24 December 2012

NeXo @ PETRONAS XTrack

Tanggal 22.12.2012 (Sabtu) NeXo menerima undangan dari PETRONAS untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi event PETRONAS XTrack yang diadakan di Stadium Batu Kawan. 

En. Mohd Aaznan Darus
Ribuan terima kasih NeXo ucapkan kepada PETRONAS yang diwakili oleh En.Mohd Aaznan Darus kerana telah menjemput NeXo untuk memeriahkan Event PETRONAS XTrack pada kali ini. Terima kasih juga diatas tajaan makan & minum, goodies serta mengaturkan masa untuk semua keluarga NeXo supaya dapat menaiki kereta drift. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan buat semua warga NeXo. Semoga NeXo dapat menlibatkan diri lagi dengan event-event yang akan datang.

Azman (NEXO 43) & Rizuan (NEXO 26)
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat NeXo 26 Rizuan Ramli dan NeXo 43 Azman Mat Ripin yang telah berusaha mengatur event ini. Sebanyak 16 Exora yang telah menghadirkan diri bagi memeriahkan event PETRONAS XTrack ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Megat Effendy (NEXO 49), En.Junaidi (NEXO 88), En.Shamsul Kamal (NEXO 87), En.Nasrol Hadi a.k.a  Nash (NEXO 22), En.Fandy (NEXO 01), En.Suhaimi (NEXO 54), En.Haneef (NEXO 21), En.Mohd Khairul Amin a.k.a CID (NEXO 11), En. Mohd Mustaffa a.k.a Mus (NEXO 101), En.Suhimi a.k.a Shumi (NEXO 71), En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59) dan En. Zulkefli a.k.a Chaq (NEXO 55).
 
Berkumpul di Tesco Stargate sebelum bergerak ke Juru


 Konvoi bergerak ke Juru

 Bergabung dengan NeXo Penang

 NeXo tiba di Stadium Batu Kawan

 Sesi pendaftaran

 Sesi Bergambar

Sesi Bawa F1

 Sesi Drift 

 Sesi Peraduan Mewarna

 Sesi Makan-Makan

 Sesi rempit moto GP

 Tahniah buat NeXo Junior 

SEMOGA BERTEMU LAGI DI EVENT 
YANG AKAN DATANG...IN SYA ALLAH 
 

Monday, 17 December 2012

TT Deroyan @ Kg Gajah + Berendam di LaTa KiNjanG

Syukur Alhamdulillah TT Deroyan buat kali kedua @ Kg. Gajah, Perak  
telah berlangsung dengan jayanya pada 08 Disember 2012 (Sabtu). 

 TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama 
Warga Nexo sambil menikmati durian Kg Gajah yang enak....

Addy Midi (NeXo 36)


Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Hamidi a.k.a Addy Midi (NEXO 36) yang telah mengatur event ini. Serta tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga NeXo 36 yang telah memberi layanan mesra kepada semua warga Nexo yang hadir pada 
TT Deroyan kali ini.
 Sebanyak 7 Exora yang telah hadir untuk bersama- sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada TT kali ini adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En.Fandy (NEXO 01), En.Hamidi a.k.a Addy Midi (NEXO 36), En.Suhaimi (NEXO 54), En.Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72),  En.Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NEXO 32) dan  
En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59)

 Berbincang sebelum memulakan perjalanan ke Kg Gajah

Konvoi bergerak ke Kg Gajah

Mula menikmati Deroyan!!!

Menikmati Durian, Nasi Lemak serta Nasi Impit

Eeeeyahhh!!!...Cip Penang menunjukkan kehebatan

Terima kasih kepada Isteri NeXo 54 kerana menyediakan 
Nasi Lemak & Nasi Impit yang enak buat semua warga NeXo

Ni dia pakar-pakar tengok isi Deroyan

Setelah selesai makan deroyan dan penuh kereta dengan deroyan,
Konvoi NeXo menuju pula ke Lata Kinjang

Bermandi-manda di LaTa KinJang
Perghhhh...sejuk!!!

Setelah puas berendam...Konvoi singgah pula 
di Capati Corner untuk makan malam 
sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing

Semoga bertemu lagi di event yang 
akan datang... In Sya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...