Proton Beri Jaminan Seumur Hidup
17/10/2011 13:08:00Penyakit "power window" atau tingkap automatik sering dihantui Proton.
Demi melenyapkan stigma itu, Proton hari ini umum jaminan waranti seumur hidup bagi alat ganti berkenaan bagi semua model barunya.
Ia juga bakal melibatkan lebih setengah juta kereta Proton seluruh negara, yang berdaftar sejak September 2001.
DATUK SERI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR
PENGARAH URUSAN KUMPULAN PROTON
"Dalam
sebarang keadaan, kami akan ambil tanggungjawab, kami tidak seharusnya
membebankan pengguna dengan masalah yang berpunca daripada pihak PROTON,
Kami mahu keselesaan kepada pengguna, di mana anda pergi, sekiranya
tingkap automatik gagal berfungsi, datang ke pusat servis dan kami akan
baiki dengan percuma".Jaminan itu dijangka menelan perbelanjaan RM3 juta dalam 10 tahun.
Antara model terlibat, Exora, Inspira, Saga BLM, Satria Neo, Persona, Perdana, Waja, Gen-Two, Wira Iswara dan Savvy.
Menerusi jaminan ini, 4 komponen utama tingkap automatik yang gagal berfungsi akan digantikan secara percuma atas syarat jarak pemanduan terkumpul kurang 250 ribu kilometer atau tempoh pendaftaran pemilikan kenderaan kurang 10 tahun.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Proton_Beri_Jaminan_Seumur_Hidup.html
No comments:
Post a Comment