Sunday 26 February 2012

Konvoi Ke Thailand

Ingin dimaklumkan kepada semua bahawa NEXO akan menganjurkan
 "JOY RIDE da BORDER"

NEXO juga mengalu-alukan penyertaan Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta untuk "menghappeningkan" lagi konvoi ini.


JOY RIDE da BORDER akan diadakan seperti di bawah:
Tarikh    : 11 - 13 Mac 2012 @ Ahad - Selasa (3H2M)
Lokasi   : Hadtyai, Songkhla, Thailand
Hotel     : Golden Sing Place (tertakluk kpd perubahan)
Tarikh Tutup Penyertaan : 01 Mac 2012

Bayaran dan cas penyertaan merangkumi cas 1 bilik untuk 2 malam, insuran kenderaan, sumbangan ke kelab dan admin fee (tertakluk kepada perubahan):

- RM250.00 utk ahli Nexo

- RM300.00 utk bukan ahli Nexo

Plet siam (bagi yg belum ada) : RM15.00 (akan di beri pada hari event)

1. Pihak penganjur menggalakkan peserta menyediakan sendiri radio komunikasi sepanjang program. Ini adalah utk kemudahan bersama ketika berkonvoi. Frekuensi akan diberikan semasa taklimat pagi pada hari pertama.
2. Pihak penganjur akan cuba memberi cadangan yg terbaik dari segi pemanduan, kedai makan dan keselamatan. Jika ada sebarang cadangan tambahan yg boleh membantu, pihak penganjur mengalu2kan.
3. Jika ada tambahan bilik, sila maklumkan kpd penganjur utk urusan tempahan. Bilik dikira berdasarkan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak kecil. Tilam tambahan(cas berasingan) akan diuruskan semasa check-in.
4. Peserta tidak digalakkan bermalam di hotel berlainan utk mengelakkan masalah komunikasi dan keselamatan.
5. Peserta diminta mematuhi undang2 jalanraya dan menghormati orang tempatan.
6. Program ini adalah berkonsepkan riadah. Sebarang sumbangan dari inidividu dan koperat amat dialu2kan.


Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan  
"JOY RIDE da BORDER", sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Fandy  019-5047144 atau En.Hapis  016-3188491 untuk keterangan lanjut.

* bagi yang ingin menyertai konvoi sila baca "PERATURAN BERKONVOI" di sebelah kanan blog.



Marilah kita sama-sama memeriahkan konvoi "JOY RIDE da BORDER"  
ke Hadtyai, Songkhla, Thailand

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...