Saturday, 5 May 2012

Event @ Pantai Merdeka

NEXO @ MEGA TT GABUNGAN KELAB KERETA NEGERI KEDAH (GKKNK) BERSAMA KEDAH FM


NeXo mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) kerana menjemput dan memberi ruang kepada NeXo utk terbabit bersama GKKNK dalam program Mega TT GKKNK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka pada 1 Mei 2012. Tahniah diucapkan kepada GKKNK kerana berjaya menjayakan himpunan Kelab-Kelab Kereta di seluruh Negeri Kedah. Harapan NeXo semoga GKKNK menjadi sebuah hub untuk bekerjasama sesama kelab otomotif di masa hadapan dan menjadikan semua kelab kereta di bawah naungan GKKNK bersatu memartabatkan aktiviti kelab kereta. Semoga NeXo dan Kelab-Kelab yang lain dapat bergabung lagi di masa akan datang.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Perdana Club (MyPC Kedah) especially En. ZamTT dan rakan-rakan Perdana kerana telah menjadi marshall dengan menutup jalan serta mengawal lalulintas, mengeskot konvoi geng-geng NeXo supaya mudah semasa perjalanan dari Pekan Tikam Batu sehinggalah ke Pantai Merdeka.

Terima kasih juga diucapkan kepada marshall-marshall yang bertugas 
mengawal lalulintas serta mengatur parking. 

Tidak lupa juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga NeXo yang sudi turun ke Program Mega TT GKKNK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka ini. Sebanyak 10 Exora yang telah hadir untuk memberi sokongan dan bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Fandy (NEXO 01), En. Latip (NEXO 02), En.Sallehuddin (NEXO 51), En. Shahrul Amri (NEXO 03), En. Fazli Fadzil (NEXO 14), En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18), En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En. Hamidi (NEXO 36), En. Oni Syahrin (NEXO 13) dan En.Zukifli (NEXO55).


Konvoi menuju ke Pantai Merdeka
 En.Arahman (berbaju hitam) ketua pengajur 
 program Mega TT GKKNK Bersama 
Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka

 Sebahagian dari audioshow yang 
diadakan pada hari tersebut

DJ bertugas semasa program ini dijalankan

Meriah!!!dipenuhi dengan Kelab-Kelab Kereta

Tidak ketinggalan "Kelab Vespa"

Begitu ramai para pengunjung yang datang

Perjumpaan bersama semua ketua-ketua kelab

Bersama-sama bersorak
"MAJULAH GABUNGAN KELAB KERETA KEDAH UNTUK SEMUA"
1 MISI  1 MATLAMAT  1 KEDAH




 Semoga NeXo dan Kelab-Kelab lain dapat bergabung lagi di masa akan datang....InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...