Friday 25 May 2012

NeXo @ LuMuT, Perak

Tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan 
 "NEXO FUN DRIVE 2' LUMUT
Event berkonvoi bersama RaKan-RaKan sambil makan angin ke Lumut, Perak. Event diadakan selama 1 hari pada 19 May 2012. Tujuan konvoi diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar serta pengalaman kepada rakan-rakan yang baru menyertai alam berkonvoi dan berjinak-jinak dengan radio. Sebanyak 19 EXORA menyertai konvoi kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En.Naziz, En.Fandy, En.Fahmi, En.Fazli, En.Suhaimi, En.Addy, En.Azman, En.Zaid, En.Zulkifli, En.Rizuan, En.Shahrulnizam, En.Mart, En.Hapes, En.Embun, En.Zailani, En.Abd Kadir, En.Wan Nasir, En.Zaini dan En.Mohd Hasri. Konvoi yang bermula dari Perlis, Alor Setar, Tikam Batu, Juru dan seterusnya ke Manjung.  


Jutaan terima kasih NEXO ucapkan kepada wakil NEXO yang berada di Manjung iaitu En.Embun, En.Zailani, En.Abd Kader dan En.Wan Nasir kerana telah mengatur acara dengan sebaik mungkin. NEXO juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NEXO yang menyertai konvoi serta ahli-ahli yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan konvoi ini. Banyak tempat menarik telah dilawati dan InsyaAllah NEXO akan ke sana lagi.
 Konvoi berhenti sebentar di RnR Juru

 Menikmati Sarapan Pagi di RnR Juru

Mendengar taklimat dari penganjur

Konvoi mula bergerak menuju ke Lumut

Perjalanan konvoi berjalan lancar 

Terima kasih kepada En.Zailani (Lukutmaju) yang 
telah menyambut kedatangan konvoi ke Manjung

Konvoi berkumpul di Taman Paya Bakau


Mendengar taklimat dari Penghulu NEXO Manjung En.Embun

Singgah Makan Tengahari di Restoran Sampan


Singgah sebentar untuk menunaikan solat sebelum 
memulakan konvoi ke KD Rahmat










Konvoi singgah sebentar di KD Rahmat. KD Rahmat merupakan sebuah Kapal Perang lama yang kini telah dilucutkan tauliahnya dan dijadikan muzium dimana para pengunjung boleh melihat serta menaiki kapal dengan bayaran tiket sebanyak :
RM12 (Dewasa) RM7 (Kanak-Kanak).



KD Rahmat


Konvoi menuju ke Teluk Batik

Lepak-Lepak sebentar di Teluk Batik

Konvoi bersiar-siar di sekitar Marina Island

Konvoi singgah pula di kedai En.Tarmizi untuk membeli belah


Berkumpul sebelum bertolak pulang

Semasa perjalanan balik, singgah sebentar di Restoran 3R 
untuk menikmati makan malam



Alhamdulillah, konvoi selamat sampai ke 
destinasi masing-masing pada jam 12.00 malam


Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah


Nexo Fun Drive 2 Lumut Slideshow: NeXo’s trip from Juru, Pulau Pinang (near Butterworth, Pinang, Malaysia) to 2 cities Lumut and Cangkat Jering, Perak (near Taiping, Perak) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...