Tuesday, 31 July 2012

Announcement

  IFTAR BERSAMA NEXO 
D'SUASANA CAFE


Dimaklumkan bahawa NEXO akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli-ahli NEXO dan keluarga. NEXO amat mengalu-alukan kehadiran Pemilik-Pemilik Exora yang ingin turut serta bagi memeriahkan lagi Majlis ini.

"Iftar Bersama NEXO D'Suasana Cafe" akan diadakan seperti di bawah :-
 
Tarikh    : 11 Ogos 2012 @ 22 Ramadhan 1433H                             (Sabtu)

Tempat  :  D'Suasana Cafe,  
                  Jalan Sultanah Sambungan,  
                  Alor Setar
Waktu    :  7.00 petang

Sekiranya anda ingin turut serta memeriahkan Iftar Bersama NEXO D'Suasana Cafe, untuk keterangan lanjut sila hubungi peganjur  

En.Fandy 019-5047144  sebelum 8 Ogos, 2012.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan
Iftar Bersama NEXO D'Suasana Cafe

Saturday, 28 July 2012

TT Selepas Solat Terawih


Pada 27.7.2012 jam 10.00malam, TT selepas solat Terawih telah berlangsung di Restoran Kopi O' Kampung di Alor Setar. TT ini di buat sempena menyambut kedatangan En.Zaid Zura (NEXO 59) dan En.Mohd Zakhri (NEXO 72), warga NEXO dari Penang. 

Sebanyak 13 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah : En.Fandy (NEXO 01), En.Haneef (NEXO 21), En.Mohd Fahmi (NEXO46), En.Mohd Khairul a.k.a CID (NEXO 11), En.Mohd Zaid (NEXO59), En. Mohd Zakhri (NEXO 72), En. Nasrol Hadi a.k.a Nash (NEXO 22), En.Nor Hisham a.k.a Sham Pulut Ayam (NEXO 67), En.Mohd Aziz (NEXO 68), En.Jit Rashid (NEXO 44), En.Syed Abdul Hafiz (NEXO 56), En.Salehuddin (NEXO 51) dan En.Abdul Latif a.k.a Badang Kedah (NEXO 02).

Berbagai-bagai perkara yang telah dibincangkan pada masa TT berlangsung...so tungguuuu event "Berbuka Puasa Bersama NEXO" yang bakal muncul tak lama lagi!!!

Sunday, 15 July 2012

TT Deroyan @ LekLau


 
Syukur Alhamdulillah TT Deroyan @ LekLau telah berlangsung 
dengan jayanya pada 14 Julai 2012 (Sabtu) 10.30 pagi. 

TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama Warga Nexo sambil menikmati durian Balik Pulau yang cukup terkenal dengan kelazatannya....serta TT menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. 
Terima kasih diucapkan kepada pemilik Kebun Durian iaitu Cikgu Yusof yang telah memberi layanan mesra kepada semua warga Nexo yang hadir pada TT kali ini.

Zaid Zura (NEXO 59)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59) yang telah mencetuskan idea ini dan sudi menaja durian Balik Pulau pada semua keluarga NEXO yang hadir pada TT kali ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. 


Sebanyak 9 Exora yang telah hadir untuk bersama- sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada TT kali ini adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Mohd Zaid (NEXO 59), En.Dzaher (NEXO 63), En.Abdul Karim (NEXO 53), En. Zakhri (NEXO 72), En.Rosmaini (NEXO 73), En. Mohd Redzuan @ WanTU (NEXO 27).

Perjalanan ke Kebun Durian milik Cikgu Yusof
di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau

 Beramai-ramai menuju ke Kebun Deroyan

 

 Bercanda selepas kenyang makan deroyan

 Konvoi bergerak ke Masjid Daerah Balik Pulau 
untuk menunaikan solat Zuhur

 Konvoi singgah pula untuk makan petang @ 
Laksa Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau

Sebelum bersurai, konvoi bergerak ke 
Anjung Indah, Bukit Penara 
untuk menikmati pemandangan indah di sana 


Semoga berjumpa lagi di TT yang akan datang....InsyaAllah
 

Friday, 13 July 2012

TT Deroyan @ Balik Pulau



TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama warga Nexorian sambil menikmati durian Balik Pulau yang cukup terkenal dengan kelazatannya... Diharapkan agar TT ini dapat menambahkan jalinan persahabatan dalam kalangan Nexorian. Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NeXo 59) yang mencetuskan idea ini dan sudi menjadi tuan rumah untuk majlis ini nanti… di bawah adalah tentatif program TT tersebut :

Tentatif program
10.15am     Berkumpul di Queensbay
10.30am     Konvoi bergerak ke Balik Pulau
11.30am     TT deroyan bermula
2.00pm       Sembahyang Zuhur di Masjid Balik Pulau
3.00pm       Makan petang – Laksa Janggus
4.00pm       Majlis bersurai

Thursday, 12 July 2012

Encik Azhar Isa (NEXO 60)



Seorang lagi ahli Nexo En.Azhar Isa (NEXO 60) yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 12 Julai 2012. Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecederaan pada jari dan pergelangan tangan beliau. Pergelangan tangan beliau telah patah dan akan dibedah untuk dimasukkan besi. Beliau sedang dirawat di KPJ Penang Specialist Hospital. 


Alhamdulillah rakan nexo telah selamat menjalani pembedahan dan kini beliau masih didalam rawatan dan berehat di rumah. Semua Rakan Nexo berdoa agar beliau cepat sembuh dan akan kembali aktif seperti sediakala.

Wednesday, 11 July 2012

En. Megat Effendy (NeXo 49)


Syukur alhamdulillah En. Megat Effendy (NEXO 49) telah selamat menjalani pembedahan lutut pada 10 Julai 2012 di Putra Medical Centre (PMC). Kini beliau berada di wad 408. Sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat beliau di PMC.


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Sunday, 8 July 2012

FuN DriVe 2' TaSiK.....


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana 
telah berjaya menganjurkan :
 
"Fun Drive To 
Tasik Beris & Tasik Banding"


Berkonvoi sambil makan angin ke Ladang Anggur di Tasik Beris dan Tasik Banding. Perjalanan selama 1 Hari yang diadakan pada 7 Julai 2012. Fun drive yang cukup bermakna dimana ahli-ahli NEXO dapat berkonvoi dan bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah kurniaan Ilahi. 


Sebanyak 16 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En. Suhaimi, En. Fandy, En. Haneef, En. Khairol, En. Remy, En.Aziz, En.Jit Rashid, En.Zaid, En. Dzaher, En. Azman, En.Addy Midi, En.Zulkifli(Chaq), En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En. Mart serta ahli baru En.Shumi. 

En.Suhaimi (NEXO54)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NeXo kepada penganjur konvoi "FuN DriVe 2' TaSiK" iaitu En.Suhaimi (NEXO 54) yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. 

NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang telah memberi komitmen terbaik dengan menyertai konvoi dan semasa konvoi dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan program ini. InsyaAllah NeXo akan mengadakan lagi konvoi seumpama ini dimasa akan datang.

 Berkumpul di Tesco Stargate Alor Setar 
sebelum bertolak ke Gurun

Ketibaan konvoi dari Penang

Menikmati sarapan pagi di Nasi Kandar Hussain 
sebelum bertolak ke Tasik Beris

Doa dibaca oleh penganjur event (En.Suhaimi)
sebelum memulakan konvoi

Bermulanya perjalanan ke 
Ladang Anggur di Tasik Beris


Konvoi bergerak pula ke Baling 
untuk makan tengahari

Menjamu selera di AD NANI Ikan Bakar
Makanan yang sangat enak...
InsyaAllah konvoi akan datang lagi ke sini


Konvoi bergerak ke Tasik Banding

Bersantai sambil makan petang di Tasik Banding

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada 
En.Nasirisham (NEXO 10) diatas 
tajaan hadiah untuk Cabutan Bertuah!!!

Konvoi bergerak ke Baling untuk makan malam

Makan malam di Sri Landak Seafood, Baling

Berkumpul sebelum bersurai...

TT 12.00mlm sebelum bertolak pulang

Alhamdulillah...konvoi selamat pergi dan balik
Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah



Fun Drive 2' Tasik Slideshow: Northern’s trip from Gurun (near Sungai Petani, Kedah, Malaysia) to 2 cities Gerik and Sik (near Baling) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...