Sunday 8 July 2012

FuN DriVe 2' TaSiK.....


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana 
telah berjaya menganjurkan :
 
"Fun Drive To 
Tasik Beris & Tasik Banding"


Berkonvoi sambil makan angin ke Ladang Anggur di Tasik Beris dan Tasik Banding. Perjalanan selama 1 Hari yang diadakan pada 7 Julai 2012. Fun drive yang cukup bermakna dimana ahli-ahli NEXO dapat berkonvoi dan bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah kurniaan Ilahi. 


Sebanyak 16 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En. Suhaimi, En. Fandy, En. Haneef, En. Khairol, En. Remy, En.Aziz, En.Jit Rashid, En.Zaid, En. Dzaher, En. Azman, En.Addy Midi, En.Zulkifli(Chaq), En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En. Mart serta ahli baru En.Shumi. 

En.Suhaimi (NEXO54)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NeXo kepada penganjur konvoi "FuN DriVe 2' TaSiK" iaitu En.Suhaimi (NEXO 54) yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. 

NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang telah memberi komitmen terbaik dengan menyertai konvoi dan semasa konvoi dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan program ini. InsyaAllah NeXo akan mengadakan lagi konvoi seumpama ini dimasa akan datang.

 Berkumpul di Tesco Stargate Alor Setar 
sebelum bertolak ke Gurun

Ketibaan konvoi dari Penang

Menikmati sarapan pagi di Nasi Kandar Hussain 
sebelum bertolak ke Tasik Beris

Doa dibaca oleh penganjur event (En.Suhaimi)
sebelum memulakan konvoi

Bermulanya perjalanan ke 
Ladang Anggur di Tasik Beris


Konvoi bergerak pula ke Baling 
untuk makan tengahari

Menjamu selera di AD NANI Ikan Bakar
Makanan yang sangat enak...
InsyaAllah konvoi akan datang lagi ke sini


Konvoi bergerak ke Tasik Banding

Bersantai sambil makan petang di Tasik Banding

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada 
En.Nasirisham (NEXO 10) diatas 
tajaan hadiah untuk Cabutan Bertuah!!!

Konvoi bergerak ke Baling untuk makan malam

Makan malam di Sri Landak Seafood, Baling

Berkumpul sebelum bersurai...

TT 12.00mlm sebelum bertolak pulang

Alhamdulillah...konvoi selamat pergi dan balik
Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah



Fun Drive 2' Tasik Slideshow: Northern’s trip from Gurun (near Sungai Petani, Kedah, Malaysia) to 2 cities Gerik and Sik (near Baling) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...