Syukur Alhamdulillah TT Deroyan @ LekLau telah berlangsung
dengan jayanya pada 14 Julai 2012 (Sabtu) 10.30 pagi.
TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama Warga Nexo sambil menikmati durian Balik Pulau yang cukup terkenal dengan kelazatannya....serta TT menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik Kebun Durian iaitu Cikgu Yusof yang telah memberi layanan mesra kepada semua warga Nexo yang hadir pada TT kali ini.
Zaid Zura (NEXO 59) |
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59) yang telah mencetuskan idea ini dan sudi menaja durian Balik Pulau pada semua keluarga NEXO yang hadir pada TT kali ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini.
Sebanyak 9 Exora yang telah hadir untuk bersama- sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada TT kali ini adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Mohd Zaid (NEXO 59), En.Dzaher (NEXO 63), En.Abdul Karim (NEXO 53), En. Zakhri (NEXO 72), En.Rosmaini (NEXO 73), En. Mohd Redzuan @ WanTU (NEXO 27).
Perjalanan ke Kebun Durian milik Cikgu Yusof
di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau
Beramai-ramai menuju ke Kebun Deroyan
Bercanda selepas kenyang makan deroyan
Konvoi bergerak ke Masjid Daerah Balik Pulau
untuk menunaikan solat Zuhur
Konvoi singgah pula untuk makan petang @
Laksa Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau
Sebelum bersurai, konvoi bergerak ke
Anjung Indah, Bukit Penara
untuk menikmati pemandangan indah di sana
Semoga berjumpa lagi di TT yang akan datang....InsyaAllah
No comments:
Post a Comment