Selamat Hari Raya AidilFitri diucapkan kepada semua Warga NEXO serta keluarga, Pemilik-Pemilik Exora dan Pengunjung-Pengunjung blog ini.
Syukur Alhamdulillah pada Raya AidilFitri kali ini NEXO telah mengadakan Konvoi Raya di sekitar Kedah pada hari raya kedua. Konvoi dari Perlis ke Alor Setar, Pendang dan Kuala Nerang yang bermula dari 10.00pagi hingga 11.00malam.
Sham Milo (NEXO 10) |
Sekalung tinggi ucapan tahniah dan shabas dari NEXO buat penganjur program iaitu En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10) yang telah mencetuskan idea yang bernas ini. Dengan adanya program kunjung-mengunjung ini maka dapatlah kita mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
NEXO juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan GKKnK dan penguna-penguna jalanraya yang telah memberi laluan serta support dengan memberi lampu dan hon sebagai tanda sokongan kepada peserta-peserta konvoi. NEXO amat berbesar hati dan terharu dengan kerjasama yang diberikan.
Tidak juga dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan-Tuan Rumah yang bersedia menerima kunjungan NEXO. Terima kasih diatas hidangan makanan yang lazat, layanan yang istimewa serta duit raya buat anak-anak NEXO.
Sebanyak 12 Exora yang turut serta untuk sama-sama berkonvoi raya. Warga NEXO yang turut serta adalah : En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Embun (NEXO 38), En.Nor Hisham a.k.a Sham Pulut Ayam (NEXO 67), En.Abd Kadir (NEXO 47), En.Shahrul Amri a.k.a Jalak Lenteng (NEXO 03), En.Mohd Khairul Amin a.k.a CID (NEXO 11), En. Haneef (NEXO 21), En.Azmad a.k.a Mart (NEXO 41), En.Fandy a.k.a Gandhi (NEXO 01), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Fisol Hamdi a.k.a G-One (NEXO 09) dan En. Muhamad Khairi a.k.a K.E. (NEXO 16).
Rumah Pertama yang menerima kunjungan NEXO
Rumah Prez NEXO
Acara membakar satay ayam & satay kambing
di rumah Prez
Sebahagian dari hidangan di rumah Prez
Rumah Kedua menerima kunjungan NEXO
Rumah En.Muhamad Khairi a.k.a K.E. (NEXO 16)
Rumah Ketiga menerima kunjungan NEXO
Rumah Ketiga menerima kunjungan NEXO
No comments:
Post a Comment