Friday 10 August 2012

Program Barakah Ramadhan

PROGRAM BARAKAH RAMADHAN ANJURAN BERSAMA
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS &
KELAB KEBAJIKAN, SUKAN & REKREASI JKMN PERLIS


NEXO amat berbesar hati kerana telah menerima undangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKMN Perlis) untuk turut serta menjayakan Program Barakah Ramadhan pada 9 Ogos 2012 bersamaan     20 Ramadhan 1433H di Rumah Seri Kenangan, Jejawi, Perlis.

Program ini diadakan bagi tujuan meraikan warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim yang berada di Rumah Seri Kenangan sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.



NEXO amat berterima kasih diatas undangan ini dan berharap NEXO dapat bekerjasama lagi untuk masa yang akan datang.

Cenderamata dari NEXO kepada Tuan Pengerusi Majlis 
yang telah disampaikan oleh Cip Perlis

 Sedikit penerangan telah diberi oleh Presiden NEXO 
bagi memperkenalkan kelab.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada En.Ayin dan En.Sham yang telah mengaturkan program ini. NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang hadir bagi menjayakan program ini. Sebanyak 6 EXORA yang menyertai program ini iaitu En.Ayin, En.Sham, En. Fandy, En.Aziz, En.Jit Rashid dan En. Nor Hisham.


Menikmati juadah berbuka puasa 
nasi hujan panas serta bihun yang lazat sebagai hidangan

Semoga NEXO dapat bekerjasama lagi untuk program yang akan datang....InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...