Friday, 23 November 2012

TT BBQ @ KanGaR...

Pada 17 November 2012 jam 9.00malam, TT BBQ telah berlansung di Chicken Rice Kiosk, Bohor Pulai, Perlis .  TT diadakan sempena merapatkan silratulrahim sesama keluarga NEXO. Berbagai makanan telah dihidangkan semasa TT berlangsung, diantaranya Ayam yang diperap enak, Sotong Bakar, Udang Bakar, Nasi, Gulai Ikan, Sambal Belacan, Terung Bakar, Ulam-ulaman dan sebagainya.
perghhhh memang menarik!!!   In Sya Allah akan dibuat lagi nanti....

Sham (NeXo 10) & Azmel (NeXo 85)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En. Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10) dan juga En. Azmel (NEXO 85) yang telah mengatur serta menjayakan TT BBQ ini. Terima kasih juga diucapkan kepada isteri NeXo 10 dan NeXo 85 kerana telah menyediakan ayam special dan gulai yang sedap. Juga terima kasih diucapkan kepada mereka-mereka  yang telah membantu membakar serta menyediakan makan malam buat semua warga NeXo.  Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua Warga NeXo yang sudi meluangkan masa untuk turut serta bagi memeriahkan lagi TT BBQ pada kali ini. 

Sebanyak 11 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT BBQ @ Kangar. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah:
En. Nasirisham a.k.a Sham Milo (NeXo 10), En. Azmel (NeXo 85), En. Shamsul Kamal (NeXo 87), En.Junaidi (NeXo 88), En.Eizan (NeXo 92), En.Rosnizam (NeXo 93), En. Nor Hisham a.k.a Sham Pulut (NeXo 67),
En.Fandy (NEXO 01), En. Razak (NeXo 84), En. Abdul Hapes (NeXo 04) dan En. Sulaiman a.k.a Elman (NeXo 95).



SEMOGA BERTEMU LAGI DI "TT" 
YANG AKAN DATANG..... IN SYA ALLAH
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...