Saturday, 10 November 2012

TT SaYoNaRa Buat NeXo 55...

Pada 9 November 2012 jam 9.00malam, TT SaYoNaRa telah berlansung di Bertam Kiosk.  TT diadakan sempena meraikan bro Chaq Ismail NEXO 55 yang bertambah rezeki dengan mendapat kerja baru di Putra Jaya. Beliau akan menetap di Putra Jaya dan akan bersama-sama keluarga NEXO di sebelah sana pula. Semoga Chaq akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 
  


Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu En.Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72) dan mereka-mereka yang terlibat di dalam mengatur TT ini. Terima kasih juga buat Chaq yang telah membelanja rakan-rakan yang join TT ini.
  



Sebanyak 14 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah:
En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Fandy (NEXO 01), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En.Azman (NEXO 43), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Dzaher (NEXO 63), En.Azrizal (NEXO 90), En.Anuar a.k.a Nuarque (NEXO28), En.Zulkifli a.k.a Chaq (NEXO 55), En.Mohd Khairul a.k.a CID (NEXO 11), En.Md Oxley (NEXO 97), En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En.Mohd Shahrulnizam a.k.a ZamTT
(NEXO 18) serta sahabat lama En.Zubir a.k.a Bet Virus.


 Semoga bertemu lagi di TT 
yang akan datang....InsyaAllah.


Thursday, 1 November 2012

NEXO muncul di OTOMANIA

NEXO muncul di OTOMANIA keluaran November 2012

Setinggi penghargaan dari NEXO buat mereka yang bekenaan. 
Terima kasih.


Sunday, 21 October 2012

"SPECIAL & SURPRISE" TT @ Penang & Seberang Jaya

Pada 13 & 20 Oktober 2012 jam 9.00malam, "SPECIAL & SURPRISE" TT telah berlangsung di Naza Cafe, Pulau Pinang & di Anuar Burger Taman Sutera Prima, Seberang Jaya. TT di buat sempena menyambut Bezday Cip Penang En.Azman dan Mr.Prezz FandyZaini.  



Zakhri (NEXO 72)    Shumi (NEXO 71)  dan  Chaq (NEXO 55)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En.Suhimi a.k.a Shumi (NEXO 71) dan En.Zulkifli a.k.a Chaq (NEXO 55) yang telah mengatur serta menjayakan TT ini dan membuatkan bezday men terharu. Prezz mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas ingatan serta sambutan yang telah diatur oleh semua keluarga NEXO.  

Terima kasih juga NEXO ucapkan kepada rakan-rakan yang hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi "SPECIAL & SURPRISE" TT ini.



Sebanyak 15 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah: 
En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Karim (NEXO 53), En. Shumi (NEXO 71), En.Mohd Redzuan a.k.a WanTU (NEXO 27), En.Fisol Hamdi a.k.a G-One (NEXO 09), Pn. Noor Fadzilah a.k.a Ila Mail (NEXO 08), En. Azmad a.k.a Mart (NEXO 41), En.Fandy (NEXO 01), En. Mohd Zakhri (NEXO 72), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Dzaher (NEXO 63),En.Azrizal (NEXO 90), En.Anuar a.k.a Nuarque (NEXO28), En. Zulkifli a.k.a Chaq (NEXO 55) dan ahli baru En.Md Oxley (NEXO 97).
 

Persembahan teristimewa dari Chaq buat Cip Penang


Semoga bertemu lagi di TT yang akan datang....InsyaAllah.

Friday, 5 October 2012

NEXO muncul di Metro & Berita Harian

 Metro 05 Oktober 2012


Berita Harian 02 Oktober 2012
 

Syukur Alhamdulillah untuk event kali ini NEXO berjaya muncul 
di akhbar-akhbar tempatan.


Semoga NEXO akan lebih dikenali....InsyaAllah

Wednesday, 26 September 2012

KONVOI KE LUMUT PERAK


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana telah berjaya menganjurkan :  
LAWATAN KE PANGKALAN 
TLDM LUMUT &
SAMBUTAN AIDILFITRI 2012
 D'TELUK BATIK

Tanggal 15 Sept 2012 bersamaan 28 Shawal 1433H, jam 2.30 petang NeXo telah berjaya memasuki Pangkalan TLDM Lumut. Sebanyak 24 Exora telah dibenarkan untuk memasuki ke dalam Pangkalan TLDM Lumut. Warga NeXo kemudiannya dibawa oleh 3 buah bas TLDM yang telah diatur khas oleh KD Malaya ke tempat-tempat lawatan yang dibenarkan. Tujuan lawatan dibuat adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan melihat sendiri kapal perang, helikopter dan sebagainya.  Berbagai tempat telah dibawa semasa lawatan diadakan. 



NeXo amat berterima kasih kepada Leftenan Suhaimi, Leftenan Zulhelmi, En.Azli, En.Shawal, En.Norizal dan semua Pegawai serta anggota lain yang terlibat bagi menjayakan lawatan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua warga NeXo yang melibatkan diri pada konvoi kali ini. NeXo juga amat berterima kasih kepada warga NeXo di Manjung iaitu En. Embun, En. Zailani a.k.a Lukutmaju, En. Abd Kader, En. Wan Nasir, En. Fuad, En. Zamri dan En. Mazlan bersama keluarga masing-masing yang telah bersusah payah mengatur serta menyediakan jamuan raya sempena Sambutan AidilFitri 2012 di Teluk Batik dan BBQ pada malam harinya.

Sebanyak 30 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En.Fandy, En.Embun, En.Abd Kader, En.Zailani, En.Wan Nasir, En.Fuad, En.Zamri, En.Mazlan, En.Haneef, En.Khairol, En. Remy, En.Zaid, En.Dzaher, En.Addy Midi, En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En.Shumi, En.Suhaimi, En.Onisyahrin, En.Romzi, En.Zarin, En.Sazly, En.Abd Latif, En.Nordin, En.Mohd Azalan, En.Asar, En.Zakhri, En.Md Annuar, En.Nor Hisyam dan En.Azizi.  

Bacaan doa oleh En.Suhaimi Nexo 54 
sebelum memulakan konvoi

Konvoi bergerak ke Lumut

Ketibaan konvoi di Taman Paya Bakau

Berkumpul untuk mendengar taklimat dari Prez 

Konvoi bergerak ke Restoran D'Warisan untuk makan tengahari

Restoran D'Warisan...makanan yang enak serta harga yang berpatutan
Terima Kasih kepada pemilik Restoran kerana memberi layanan 
yang baik serta menaja minuman buat NEXO
 
Setelah menjamu selera, konvoi singgah sebentar 
untuk menunaikan solat di Masjid Sultan Idris Shah II

Konvoi menuju ke Pangkalan TLDM Lumut

Exora disusun ditempat yang disediakan

Taklimat sedang diberi oleh En.Shawal sebelum lawatan 
dijalankan. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan oleh 
pihak TLDM untuk membawa warga NEXO ke dalam Markas

Galeri Panglima Tentera Laut

Bomba TLDM

Markas Udara TLDM

KD Jebat





Prez sebagai wakil dari NEXO menyampaikan 
cenderahati buat TLDM

Konvoi bergerak ke Teluk Batik untuk 
Sambutan AidilFitri 2012





Acara BBQ disebelah malam 


NEXO mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Tian Siang kerana telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.

Sebahagian dari cabutan bertuah yang 
ditaja oleh Syarikat Tian Siang.


TT di Restoran Nasi Beryani setelah selesai acara BBQ

Pada keesokkan harinya....
shopping di kedai Hasil Laut Tarmizi Dan Zalina


Konvoi bersiar-siar ke Marina Island

Konvoi bergerak ke Segari



Konvoi bergerak pulang

Singgah di D'King untuk makan malam 
sebelum konvoi bersurai

Semoga event kali ini mendapat banyak manfaat kepada semua keluarga NEXO dengan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita....Alhamdulillah




Lawatan ke Pangkalan Tldm Lumut & Sambutan Aidilfitri 2012 Slideshow: Northern’s trip to 4 cities including and Lumut was created with TripAdvisor TripWow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...