Sunday, 7 July 2013

TT Deroyan & TT BBQ

  TT Deroyan @ Kuala Nerang telah berlangsung 
dengan jayanya pada 06 Julai 2013 (Sabtu) 1.30 tengahari. 
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Tuan Rumah 
En. Mohd Anuar a.k.a Anakin dan isteri (NeXo 15) 
kerana sudi menjemput Warga NeXo ke kenduri 
makan-makan deroyan dan mee kari yang enak.
 
Terima kasih juga buat warga NeXo yang hadir bagi 
memeriahkan TT kali ini. Warga NeXo yang hadir adalah :
Fandy NeXo 01, Pablo NeXo 72, Azman NeXo 43, Dzaher NeXo 63, 
Shumi NeXo 71, Zaid NeXo 59, Aziz NeXo 68 dan Romzi NeXo 52

Pada jam 11.30 pagi konvoi dari Penang, Alor Setar dan 
Pokok Sena terus menuju ke Kuala Nerang
Konvoi disambut oleh Tuan Rumah Anakin & Isteri

Tak sabar untuk mencuba deroyan...
emmm..sedap sedap belaka, deroyan ice cream pun ada...perghhh
Pulut Deroyan & Mee Kari yang dibuat khas oleh Pn.Hamidah

Konvoi bergerak untuk mencari tempat untuk bermandi manda
setelah badan panas makan deroyan

Konvoi ke Taman Persisiran Pengalan Tok Mas

Malangnya air sungai kotor...hajat tak kesampaian 
untuk mandi manda di sini

Konvoi singgah pula di Dusun Resort Kuala Nerang...
Di sini juga tidak dibenarkan masuk kerana telah dibooking oleh KEM PLKN
Konvoi bergerak pulang ke destinasi masing-masing dan 
bersiap untuk ke TT BBQ @ Perlis



Disebelah malam pula, sempena menyambut kedatangan Ramadhan, saudara Azmel (NeXo 85 merangkap Cip Perlis) dengan dibantu oleh saudara Nasirisham a.k.a Sham Milo (NeXo 10) telah mengadakan satu Majlis BBQ di Chicken Rice Kiosk milik Saudara Azmel. Majlis dihadiri oleh En.Azmin (NEXO 141), En.Saifuddin (NEXO 78), En.Fandy (NEXO 01), En.Azmel (NEXO 85), En.Rahizan a.k.a Eizan (NEXO 92), En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Rosnizam (NEXO 93) dan Abdul Ghani (NEXO 127). 
Terima kasih diucapkan buat NeXo 10 Sham Milo kerana telah menyumbangkan lori milo buat semua ahli yang hadir...
emmm rugi sapa tak pi..hehe

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam, dimana saudara Sham Milo (Master Chef) bersama keluarganya mengambil peranan sebagai tukang kipas & tukang bakar.
Santapan bermula seusai masaknya ayam yang dibakar. Jamuan dipelbagaikan dengan bihun, nasi ayam berempah, durian (ole-ole yang dibawa oleh NeXo 01 dari Kuala Nerang), kuih muih dan lain-lain lagi.


Sambil makan ramah mesra sesama ahli dan keluarga disamping membincangkan beberapa aktiviti yang bakal menyusul. 
 
Terima kasih diucapkan kepada Cip Perlis Saudara Azmel dan Isteri Puan Aida diatas kenduri dan pada semua yang menjayakan TT BBQ ini. 

Semoga majlis yang sebegini akan diteruskan dilain masa, dilain tempat oleh yang lain-lain pula...Majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam. 









Sunday, 30 June 2013

Gua Gunung Keriang Yang NeXo Tawan


Tanggal 29 Jun 2013
Gunung Keriang terletak lebihkurang 8km dari bandar Alor Setar. Ia adalah gunung batu kapur yang tersergam dikelilingi oleh sawah padi dan setinggi 217.92 meter sahaja. Berbentuk seperti kapal yang terbalik kononnya sebuah kapal yang membawa pengantin telah disumpah oleh Sang Kelembai. Disebalik misteri dan mitos ini, Gunung Keriang juga mempunyai beberapa tarikan dan keunikkannya. Disamping baja tahi kelawar dan batu kristal, guanya juga menjadi salah satu daya tarikan ke sini. Dengan pelbagai pembinaan dan promosi maka tidak hairanlah satu hari nanti ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong dan akan dikomesilkan. Apatah lagi  pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah mewartakan Gunung Keriang sebagai kawasan pelancongan negara. 

Mengambil peluang dari keunikkan itu, satu aktiviti telah dirancang dan tugas itu dipikul oleh Pn Azira & En Mawardi (Nexo 123). Komitmennya yang baik telah menjayakan aktiviti ini walaupun hanya 9 orang ahli menyahut cabaran. Cabaran yang menguji tahap kemampuan diri dan mental peserta. Shabas NeXo ucapkan kepada NeXo 123 serta terima kasih diatas tajaan tuala buat semua peserta.

Jam 10.30 pagi para peserta memulakan pendakian hampir 80 meter sebelum berjaya memasuki gua utama yang ruangnya cukup besar sebelum memasuki pula gua untuk tembus ke bahagian sebelah sana. Hampir satu setengah jam masa diambil untuk menelusuri gua ini yang sepanjang hampir 700 meter. Peserta event kali ini adalah : Wadi NeXo 123, Fandy NeXo 01, Saifuddin NeXo 78, Azman NeXo 43, Romzi NeXo 52, Nash NeXo 22, Shumi NeXo 71, Fahmi NeXo 46 dan Ahmad Nizam (Pak Tam) NeXo 120.

Penjelajahan kami ini dibantu oleh 2 orang jurutunjuk tempatan yang memang mahir mengenai selok belok di dalam gua tersebut. Pelbagai bentuk batu hasil dari stalaktit dan stalagmit dilihat disamping dapat mencari batu kristal di dalam gua ini. Satu pengalaman yang menarik di lokasi yang penuh dengan dengan khazanah alam.

Sementara itu bagi kaum ibu dan kanak-kanak, kesempatan diambil dengan melawat  Muzium padi yang dikenakan sedikit bayaran iaitu RM5.00 untuk dewasa dan Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang. Kemudian melawat pula Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang  mempamerkan teknologi dan inovasi terbaru berkaitan sains. Bayaran masuk ke sini adalah percuma.

Pada tengaharinya disediakan makanan tengahari yang menyelerakan. Majlis bersurai pada jam 2.30 petang selepas melawat sebahagian lagi gua dan kolam dalam kawasan kuil.


Pelbagai pengisian dan menfaat diperolehi dari aktiviti kali ini. Ahli dan keluarga dapat beriadah sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pn Azira dan suaminya, En. Wadi dan semua yang menyertai. Insyaalah aktiviti riadah sebegini akan diteruskan dilain masa.

Terima kasih NeXo ucapkan kepada Zan's Catering diatas tajaan sarapan pagi dan makan tengahari buat semua Warga NeXo. 

 Di dalam Muzium Padi
 Menikmati pemandangan  panorama  360 darjah
seperti mengelilingi Gunung Keriang
Antara gambar yang dilukis oleh artis dari Korea

Kerbau sebagai salah satu pengangkutan dan digunakan untuk 
membajak sawah yang turut dipamir di Muzium padi

Memulakan langkah dengan bismillah doa dibaca oleh Shumi NeXo 71
Senyum sokmo

Cabaran awal 
NAMUN. Kusangka hujan hingga kepetang rupanya ada yang kandas separuh jalan 
Antara yang berjaya ke Gua Utama


Cantik panorama di dalam gua. Cahaya yang menyinar 
menampakkan kehijauan pokok di dalamnya
Dari gua untuk masuk ke dalam gua
Antara cabaran yang ditempuhi
Mudah jer ni
Bokbaik melintas titi na!
Yang rendah tolong dipapah, 
Dah Jumpa ... Permata @ Kristal
Stalakmit
Yeahhh .. berjaya

Ceria kerana berjaya





makan time .. carbo-loading
Setelah hilang penat Nexorian ke Kolam & Gua berhampiran tokong. Kononnya ada sungai bawah tanah yang bersambung hingga ke laut dengan kolam ini. Gua yang dikenali sebagai  gua kerbau. Ada tempat seperti katil diberi nama ‘katil Mahsuri’ dimana kalau mendaki ke gua tersebut(sama sendat) untuk balik/keluar terpaksa terjun ke dalam kolam ini dan dulu katanya penduduk kampung boleh meminjam pinggan mangkuk di sini.

Semoga bertemu lagi 
di event yang akan datang....
In Sya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...