Tanggal 29 Jun 2013
Gunung Keriang terletak lebihkurang 8km dari bandar Alor Setar. Ia adalah gunung batu kapur yang tersergam dikelilingi oleh sawah padi dan setinggi 217.92 meter sahaja. Berbentuk seperti kapal yang terbalik kononnya sebuah kapal yang membawa pengantin telah disumpah oleh Sang Kelembai. Disebalik misteri dan mitos ini, Gunung Keriang juga mempunyai beberapa tarikan dan keunikkannya. Disamping baja tahi kelawar dan batu kristal, guanya juga menjadi salah satu daya tarikan ke sini. Dengan pelbagai pembinaan dan promosi maka tidak hairanlah satu hari nanti ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong dan akan dikomesilkan. Apatah lagi pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah mewartakan Gunung Keriang sebagai kawasan pelancongan negara.
Mengambil peluang dari keunikkan itu, satu aktiviti telah dirancang dan tugas itu dipikul oleh Pn Azira & En Mawardi (Nexo 123). Komitmennya yang baik telah menjayakan aktiviti ini walaupun hanya 9 orang ahli menyahut cabaran. Cabaran yang menguji tahap kemampuan diri dan mental peserta. Shabas NeXo ucapkan kepada NeXo 123 serta terima kasih diatas tajaan tuala buat semua peserta.
Jam 10.30 pagi para peserta memulakan pendakian hampir 80 meter sebelum berjaya memasuki gua utama yang ruangnya cukup besar sebelum memasuki pula gua untuk tembus ke bahagian sebelah sana. Hampir satu setengah jam masa diambil untuk menelusuri gua ini yang sepanjang hampir 700 meter. Peserta event kali ini adalah : Wadi NeXo 123, Fandy NeXo 01, Saifuddin NeXo 78, Azman NeXo 43, Romzi NeXo 52, Nash NeXo 22, Shumi NeXo 71, Fahmi NeXo 46 dan Ahmad Nizam (Pak Tam) NeXo 120.
Penjelajahan kami ini dibantu oleh 2 orang jurutunjuk tempatan yang memang mahir mengenai selok belok di dalam gua tersebut. Pelbagai bentuk batu hasil dari stalaktit dan stalagmit dilihat disamping dapat mencari batu kristal di dalam gua ini. Satu pengalaman yang menarik di lokasi yang penuh dengan dengan khazanah alam.
Sementara itu bagi kaum ibu dan kanak-kanak, kesempatan diambil dengan melawat Muzium padi yang dikenakan sedikit bayaran iaitu RM5.00 untuk dewasa dan Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang. Kemudian melawat pula Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang mempamerkan teknologi dan inovasi terbaru berkaitan sains. Bayaran masuk ke sini adalah percuma.
Sementara itu bagi kaum ibu dan kanak-kanak, kesempatan diambil dengan melawat Muzium padi yang dikenakan sedikit bayaran iaitu RM5.00 untuk dewasa dan Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang. Kemudian melawat pula Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang mempamerkan teknologi dan inovasi terbaru berkaitan sains. Bayaran masuk ke sini adalah percuma.
Pada tengaharinya disediakan makanan tengahari yang menyelerakan. Majlis bersurai pada jam 2.30 petang selepas melawat sebahagian lagi gua dan kolam dalam kawasan kuil.
Pelbagai pengisian dan menfaat diperolehi dari aktiviti kali ini. Ahli dan keluarga dapat beriadah sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pn Azira dan suaminya, En. Wadi dan semua yang menyertai. Insyaalah aktiviti riadah sebegini akan diteruskan dilain masa.
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Zan's Catering diatas tajaan sarapan pagi dan makan tengahari buat semua Warga NeXo.
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Zan's Catering diatas tajaan sarapan pagi dan makan tengahari buat semua Warga NeXo.
Di dalam Muzium Padi
Menikmati pemandangan panorama 360 darjah
seperti mengelilingi Gunung Keriang
seperti mengelilingi Gunung Keriang
Antara gambar yang dilukis oleh artis dari Korea
Kerbau sebagai salah satu pengangkutan dan digunakan untuk
membajak sawah yang turut dipamir di Muzium padi
Memulakan langkah dengan bismillah doa dibaca oleh Shumi NeXo 71
Senyum sokmo
Cabaran awal
NAMUN. Kusangka hujan hingga kepetang rupanya ada yang kandas separuh jalan
Antara yang berjaya ke Gua Utama
Cantik panorama di dalam gua. Cahaya yang menyinar
menampakkan kehijauan pokok di dalamnya
Dari gua untuk masuk ke dalam gua
Antara cabaran yang ditempuhi
Mudah jer ni
Bokbaik melintas titi na!
Yang rendah tolong dipapah,
Dah Jumpa ... Permata @ Kristal
Stalakmit
Yeahhh .. berjaya
Ceria kerana berjaya
makan time .. carbo-loading
Setelah hilang penat Nexorian ke Kolam & Gua berhampiran tokong. Kononnya ada sungai bawah tanah yang bersambung hingga ke laut dengan kolam ini. Gua yang dikenali sebagai gua kerbau. Ada tempat seperti katil diberi nama ‘katil Mahsuri’ dimana kalau mendaki ke gua tersebut(sama sendat) untuk balik/keluar terpaksa terjun ke dalam kolam ini dan dulu katanya penduduk kampung boleh meminjam pinggan mangkuk di sini.
Semoga bertemu lagi
di event yang akan datang....
In Sya Allah
Tahniah kpd Nexo krn berjaya meneroka gua Gunung Keriang ni. Sy org ni org Kedah, tp bila bc kisah pengembaraan ni, baghu tau kat gunung tu ada gua.
ReplyDeleteMuzium Padi tu, dah penah pi, best! Rasa mcm balik ke zaman bebudak dulu.