Monday, 9 September 2013

Sambutan AidilFitri NEXO 1434H : MERDEKA RAYA

Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO Perlis 
kerana berjaya menganjurkan :  

Tanggal 6 Sept 2013 bersamaan 30 Shawal 1434H,
jam 9.00 malam,  NeXo menyambut AidilFitri 1434H di Chalet LKIM, Kuala Perlis. Seramai 45 Warga NEXO telah hadir bagi memeriahkan Sambutan AidilFitri NEXO 1434H. Tujuan majlis diadakan adalah untuk merapatkan lagi silratulrahim sesama warga NEXO tidak kira dari jauh dan dekat, tambahan pula di bulan Syawal yang mulia ini. 
 
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Cip Perlis NEXO 85 Saudara Azmel & Isteri Pn.Aida serta semua NEXO Perlis di atas usaha mengatur serta memberi layanan yang terbaik kepada semua Warga NEXO yang hadir. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Warga NEXO yang turut membantu mencari sponser dalam bentuk wang ringgit, makanan dan juga barangan. 
Sebahagian dari Warga NEXO yang hadir ke 
Majlis Sambutan AidilFitri NEXO 1434H. 
Dzaher 63, Shah 146, Che Din 61, Romzi 52, Samsul 107, Suhaimi 54, 
Chaq 55, Azimi 111, Aziz 68, Sham Pulut 67, Zaid 59, Abdul Razak 84, Junaidi 88, WadiIra 123, Pablo 72, Rosnizam 93, Remy 37, Min Azmin 141, Emnorwandy 137, Azhar 112, Adzha 116, Marzudi 147, Riduan 140, Zamen 79, Abdul Ghani 127, Latif 02, Addy 36, Hapes 04, Shumi 71, Haneef 21, Fandy 01, Azmel 85, Azman 43, Pak Tam 120, Hazyzarin 31, Abd Khalil 122, Nazri 108, Jimon 17, Jit Rashid 44, Amran 142, Mustaffa 101, Noor Affandi 98, Shamsul Kamal 87, Shaher 115 dan Nirwan 144.
  

 TT sebentar sambil menunggu warga NEXO 
yang lain untuk memulakan konvoi
 Berkumpul di PETRON Jalan Putra
 Konvoi dalam perjalanan ke Perlis
Check-in Chalet LKIM
Persiapan untuk Majlis sedang disediakan
 Sedikit ucapan dari Presiden NeXo sebelum memulakan Majlis
Warga NeXo memperagakan Baju Raya masing-masing...hehe
 
Warga NeXo sedang manjamu selera dengan berbagai hidangan
Acara main bunga api anak-anak NeXo
Pertunjukan bunga api
Terima kasih Cip Man kerana menghiburkan 
Warga NeXo dengan Lagu Raya
 Terima Kasih buat Amran NEXO 142 di atas tajaan Jalur Gemilang
Sempena menyambut Merdeka Raya NeXo 2013

 
Dalam sibuk beraya, NEXO tidak lupa untuk menyambut Ulang Tahun 
Warga NEXO yang lahir pada bulan Ogos dan September. 
 NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 18 ZamTT, NeXo 25 Suraitul Amin, NeXo 34 Denz, NeXo 53 Abd Karim, NeXo 66 Nadzri, NeXo 88 Junaidi, NeXo 89 Shaharul Anuar, NeXo 93 Rosnizam, NeXo 103 Azman Saad, NeXo 105 Zalwani, NeXo 110 Muhamad Aswad, NeXo 107 Samsul, NeXo 112 Azhar Azmi, Nexo 115 Shaher, NeXo 30 ArarMan, NeXo 57 Md Fuad Zakaria, NeXo 60 Azhar Isa, NeXo 79 Zamen a.k.a Pak Su, NeXo 108 PakCax Nazri, NeXo 109 Latib Omar, NeXo 114 Zulkipli, NeXo 119 Kamarul Nizam, NeXo 124 Md Rizal dan NeXo 127 Abd Ghani.



Pada keesokan harinya... 
Nexorian dijamu dengan sarapan pagi yang enak. Nasi lemak, Pulut Ayam dan Teh Tarik. Terima kasih kepada Sham & Ina NEXO 67 kerana menaja sarapan pagi buat Nexorian yang bermalam di Chalet LKIM.  "Terima kasih daun keladi",   "Next Event taja lah lagi"...hehehe
  NEXO berkonvoi di Perlis sambil membawa Jalur Gemilang.

NEXO di Masjid Terapung Perlis, Masjid Al-Hussain

 
NEXO di Gua Kelam Perlis
 NEXO di Padang Besar Perlis
membeli-belah di Padang Besar
 
Konvoi bergerak pulang 
Alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing-masing

Semoga bertemu pula di event 
yang akan datang....In Sya Allah


Sunday, 4 August 2013

IFTAR BERSAMA NEXO @ BAHTERA SANTAI, PULAU PINANG

Tanggal 3 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434H, 
NeXo Penang telah mengadakan  
"Iftar Bersama NEXO @ Bahtera Santai
Pulau Pinang"
 

Iftar ini bertujuan merapatkan silaturahim sesama Warga Nexo serta keluarga sambil sama-sama menikmati hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Tahniah diucapkan kepada NeXo 43 Cip Azman & NeXo penang kerana berjaya mengadakan Iftar Bersama Nexorianz.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli NEXO yang sudi hadir berbuka puasa bersama-sama serta memeriahkan iftar pada kali ini. Nexorianz yang turut hadir adalah Pablo 72, Zaid 59, Shumi 71, Pak Tam 120, Fandy 01, Azman 43, Dzaher 63, Addy Midi 36, G-One 09, Karim 53, Suhaimi 54 dan Wan 26.


Semoga bertemu lagi di majlis 
yang akan datang.... In Sya Allah
Selamat Hari Raya AidilFitri 
Dari Semua Warga NEXO

Tuesday, 30 July 2013

Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah

Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah. 

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)


Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
 Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim 
& Miskin Nur-Hidayah

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini.  Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Alumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Sebahagian dari Warga NEXO yang hadir ke Majlis Iftar. Warga NEXO yang hadir adalah: Shumi 71, Pablo 72, Fandy 01, Dzaher 63, Azman 43, Rizal 90, NoorFandi 98, Saifuddin 78, Riduan 140, Addy 36, Pak Tam 120, Anuar 06, Romzi 52, Haneef 21, Chik 12, WadiAzira 123, ZamTT 18, Abdul Ghani 127, G-One 09, NuarQue 28, ArarMan 30, Wan 26, WanSue 133, Suhaimi 54 dan Abd Khalil 122.

Kedatangan NEXO disambut oleh Timbalan Pengerusi 
Rumah Anak-Anak Yatim Nur-Hidayah, Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

Upacara penyerahan derma dan bantuan serta Cenderahati dari 
Prez NEXO kepada Tuan Haji Bakre Bin Yaakob

 Bacaan tahlil diadakan sebelum berbuka puasa

Usaha murni ini bukan sahaja mengharapkan keredaan Ilahi, ia juga sebagai tanda keprihatinan NEXO terhadap golongan yang kurang bernasib baik disamping dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak ini, sekaligus menggalakkan lebih ramai untuk membuat kebajikan. 


Dalam sibuk meraikan anak-anak Nur-Hidayah, NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Sambutan Ulang Tahun Warga NEXO yang lahir pada bulan Julai. 
 NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 71 Shumi, NeXo 56 Syed Hafiz, NeXo 37 Remy Ishak, NeXo 94 Ayin, NeXo 98 Noor Affandi, NeXo 64 Mazlan, NeXo 95 Elman, NeXo 99 Zambri, NeXo 05 Mohammad Nazri a.k.a Exomaniac, NeXo 136 Mohd Fairus, NeXo 74 Azamuddin, NeXo 122 Abd Khalil, NeXo 06 Mohammad Anuar a.k.a nuarpng dan NeXo 133 Mohd Ridhuan a.k.a WanSue.

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 

Dengan adanya upacara potong kek pada hari tersebut, telah membuatkan anak-anak di situ ceria dan seronok kerana dapat menjamah kek bezday...
Alhamdulillah terdetik juga keriangan di hati anak-anak ini.




Akhir kata
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,  
Neraka tertutup dan pintu surga pun terbuka...

Semoga bertemu lagi di event 
yang akan datang In Sya Allah...

Sunday, 7 July 2013

TT Deroyan & TT BBQ

  TT Deroyan @ Kuala Nerang telah berlangsung 
dengan jayanya pada 06 Julai 2013 (Sabtu) 1.30 tengahari. 
Terima kasih NeXo ucapkan kepada Tuan Rumah 
En. Mohd Anuar a.k.a Anakin dan isteri (NeXo 15) 
kerana sudi menjemput Warga NeXo ke kenduri 
makan-makan deroyan dan mee kari yang enak.
 
Terima kasih juga buat warga NeXo yang hadir bagi 
memeriahkan TT kali ini. Warga NeXo yang hadir adalah :
Fandy NeXo 01, Pablo NeXo 72, Azman NeXo 43, Dzaher NeXo 63, 
Shumi NeXo 71, Zaid NeXo 59, Aziz NeXo 68 dan Romzi NeXo 52

Pada jam 11.30 pagi konvoi dari Penang, Alor Setar dan 
Pokok Sena terus menuju ke Kuala Nerang
Konvoi disambut oleh Tuan Rumah Anakin & Isteri

Tak sabar untuk mencuba deroyan...
emmm..sedap sedap belaka, deroyan ice cream pun ada...perghhh
Pulut Deroyan & Mee Kari yang dibuat khas oleh Pn.Hamidah

Konvoi bergerak untuk mencari tempat untuk bermandi manda
setelah badan panas makan deroyan

Konvoi ke Taman Persisiran Pengalan Tok Mas

Malangnya air sungai kotor...hajat tak kesampaian 
untuk mandi manda di sini

Konvoi singgah pula di Dusun Resort Kuala Nerang...
Di sini juga tidak dibenarkan masuk kerana telah dibooking oleh KEM PLKN
Konvoi bergerak pulang ke destinasi masing-masing dan 
bersiap untuk ke TT BBQ @ Perlis



Disebelah malam pula, sempena menyambut kedatangan Ramadhan, saudara Azmel (NeXo 85 merangkap Cip Perlis) dengan dibantu oleh saudara Nasirisham a.k.a Sham Milo (NeXo 10) telah mengadakan satu Majlis BBQ di Chicken Rice Kiosk milik Saudara Azmel. Majlis dihadiri oleh En.Azmin (NEXO 141), En.Saifuddin (NEXO 78), En.Fandy (NEXO 01), En.Azmel (NEXO 85), En.Rahizan a.k.a Eizan (NEXO 92), En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Rosnizam (NEXO 93) dan Abdul Ghani (NEXO 127). 
Terima kasih diucapkan buat NeXo 10 Sham Milo kerana telah menyumbangkan lori milo buat semua ahli yang hadir...
emmm rugi sapa tak pi..hehe

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam, dimana saudara Sham Milo (Master Chef) bersama keluarganya mengambil peranan sebagai tukang kipas & tukang bakar.
Santapan bermula seusai masaknya ayam yang dibakar. Jamuan dipelbagaikan dengan bihun, nasi ayam berempah, durian (ole-ole yang dibawa oleh NeXo 01 dari Kuala Nerang), kuih muih dan lain-lain lagi.


Sambil makan ramah mesra sesama ahli dan keluarga disamping membincangkan beberapa aktiviti yang bakal menyusul. 
 
Terima kasih diucapkan kepada Cip Perlis Saudara Azmel dan Isteri Puan Aida diatas kenduri dan pada semua yang menjayakan TT BBQ ini. 

Semoga majlis yang sebegini akan diteruskan dilain masa, dilain tempat oleh yang lain-lain pula...Majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...