Thursday 28 June 2012

KonVoi ke RTM

  NEXO & GKKnK KUNJUNGAN HORMAT 
KE RTM RADIO KEDAH 
Pada tanggal 24 Jun 2012 (Ahad), NeXo dan perwakilan dari Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dibawah pimpinan En.Azman telah menjayakan satu konvoi Kunjungan Hormat ke RTM Radio Kedah sempena menghargai dan berterima kasih kepada pihak RTM kerana menjemput GKKnK untuk bersama-sama terbabit di dalam program Mega TT GKKnK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka pada 1Mei 2012 yang lalu. Konvoi yang bermula dari Sungai Petani, Gurun dan Alor Setar bagi mewakili Kelab Kereta masing-masing telah berkumpul di Stargate Alor Setar sebelum memulakan acara berkonvoi ke RTM. Sebanyak 40 kenderaan yang menyertai konvoi pada hari tersebut.

 

 Pn. Sabariah Hamzah
Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah

NeXo & GKKnK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM diatas sambutan yang diberikan kepada ahli-ahli konvoi pada hari tersebut. Terima kasih kepada Pn. Sabariah Hamzah, Pn.Merziah Ibrahim, DJ Rizal, DJ Faizal serta kakitangan RTM yang telah memberi layanan serta taklimat yang terbaik kepada Warga NeXo dan Warga GKKnK. Kami amat teruja kerana mendapat banyak pengetahuan serta maklumat  mengenai bidang penyiaran.

 En.Azman sebagai wakil dari GKKnK 
menyampaikan cenderahati kepada pihak RTM



Tidak lupa juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga NeXo yang sudi menyertai konvoi ini. Hanya 5 Exora yang berkesempatan untuk turut serta memeriahkan konvoi kunjungan hormat ke RTM ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Fandy (NEXO 01), En. Suhaimi (NEXO 54), En.Nasirisham (NEXO 10), En. Jit Rashid (NEXO 44) dan  En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18). 

 Prez NeXo sedang ditemuramah oleh pengacara RTM



 Semoga bertemu lagi di konvoi yang akan datang....InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...