Friday 15 June 2012

Shahrul Amri (NeXo 03)

Seorang lagi ahli NeXo, En. Shahrul Amri a.k.a Jalak Lenteng (NeXo 03) telah terlibat di dalam kemalangan pada 6.40pm di Sungai Petani pada 14 Jun 2012. Kejadian belaku ketika beliau sedang menunggang motosikal. Semasa hendak memotong, sebuah kereta telah datang dari simpang sebelah kanan menyebabkan beliau terpaksa mengelak lalu merempuh cermin belakang kereta Viva yang parking ditepi jalan (bukan kawasan parking). Beliau telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan. 

Syukur alhamdulillah keadaan beliau tidak parah. Beliau hanya mengalami luka di hidung, dijahit di bibir dan kehilangan sebatang gigi. En.Shahrul Amri telah diberi rawatan sebagai pesakit luar. Kini beliau berehat di rumah.

Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...