Friday 31 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat semua Rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita amat-amat bersyukur kerana sentiasa berada di dalam keadaan aman dan harmoni...alhamdulillah. 

Sempena Hari Kemerdeka yang ke 55 ini, NEXO juga tidak mahu terlepas untuk turut serta dalam Pembarisan Kemerdekaan di Perlis dan Perak. 

Di Perlis NEXO telah bergabung bersama Gabungan Kelab Kereta Negeri Perlis (GKKNPs) dengan berkonvoi bersama-sama semua jenama kereta produk keluaran Malaysia iaitu PROTON. NEXO diwakili oleh En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10) dan En. Nor Hisham a.k.a Sham Pulut Ayam (NEXO 67). 

Manakala di Teluk Batik, Perak pula NEXO telah diwakili oleh En.Fadzliaznita a.k.a Embun (NEXO 38),  En.Md. Zailani a.k.a Lukutmaju (NEXO 42), En.Abd Kader (NEXO 47), En.Mohd Fuad (NEXO 57) dan En.Mazlan (NEXO 64).

NEXO mengucapkan tahniah serta shabas buat semua ahli-ahli NEXO dan rakan-rakan yang menyertai pembarisan pada kali ini.

NEXO semasa membuat pembarisan 
Hari Kemerdekaan Ke 55 di Perlis
  

NEXO bersiap sedia sebelum membuat 
pembarisan Hari Kemerdekaan Ke 55 di Perak



MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Tuesday 21 August 2012

KONVOI RAYA NEXO 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri diucapkan kepada semua Warga NEXO serta keluarga, Pemilik-Pemilik Exora dan Pengunjung-Pengunjung blog ini. 

Syukur Alhamdulillah pada Raya AidilFitri kali ini NEXO telah mengadakan Konvoi Raya di sekitar Kedah pada hari raya kedua. Konvoi dari Perlis ke Alor Setar, Pendang dan Kuala Nerang yang bermula dari 10.00pagi hingga 11.00malam.

Sham Milo (NEXO 10)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dan shabas dari NEXO buat penganjur program iaitu En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10) yang telah mencetuskan idea yang bernas ini. Dengan adanya program kunjung-mengunjung ini maka dapatlah kita mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.  

NEXO juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan GKKnK dan penguna-penguna jalanraya yang telah memberi laluan serta support dengan memberi lampu dan hon sebagai tanda sokongan kepada peserta-peserta konvoi. NEXO amat berbesar hati dan terharu dengan kerjasama yang diberikan.

Tidak juga dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan-Tuan  Rumah yang bersedia menerima kunjungan NEXO. Terima kasih diatas hidangan makanan yang lazat, layanan yang istimewa serta duit raya buat anak-anak NEXO.

Sebanyak 12 Exora yang turut serta untuk sama-sama berkonvoi raya. Warga NEXO yang turut serta adalah : En.Nasirisham a.k.a Sham Milo (NEXO 10), En.Embun (NEXO 38), En.Nor Hisham a.k.a Sham Pulut Ayam (NEXO 67), En.Abd Kadir (NEXO 47), En.Shahrul Amri a.k.a Jalak Lenteng (NEXO 03), En.Mohd Khairul Amin a.k.a CID (NEXO 11), En. Haneef (NEXO 21), En.Azmad a.k.a Mart (NEXO 41), En.Fandy a.k.a Gandhi (NEXO 01), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Fisol Hamdi a.k.a G-One (NEXO 09) dan En. Muhamad Khairi a.k.a K.E. (NEXO 16).

Rumah Pertama yang menerima kunjungan NEXO
Rumah Prez NEXO

Acara membakar satay ayam & satay kambing
di rumah Prez

Sebahagian dari hidangan di rumah Prez

Konvoi bergerak pula ke Pendang


Rumah Kedua menerima kunjungan NEXO
Rumah En.Muhamad Khairi a.k.a K.E. (NEXO 16)

Rumah Ketiga menerima kunjungan NEXO
Rumah En.Rizuan Ramli (NEXO 26)

 
 Konvoi bergerak pula ke Bukit Jenun, Pendang


Rumah Keempat menerima kunjungan NEXO
Rumah En.Abd Kadir (NEXO 47)

  
 Konvoi bergerak ke Kuala Nerang


Rumah Kelima menerima kunjungan NEXO
Rumah En. Mohd Anuar a.k.a Anarkin (NEXO 15)


  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Monday 13 August 2012

IFTAR BERSAMA NEXO D'SUASANA CAFE

Syukur Alhamdulillah "Iftar Bersama NEXO D'Suasana Cafe" telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Ogos 2012 (Sabtu) bersamaan 22 Ramadhan 1433H 

Iftar ini bertujuan merapatkan silaturahim sesama Warga Nexo serta keluarga sambil sama-sama menikmati hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli NEXO yang datang dari jauh dan dekat kerana sudi hadir berbuka puasa bersama-sama serta memeriahkan majlis berbuka ini. 
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada En. Suhaimi (NEXO 54) yang telah menaja air nira untuk kawan-kawan semua.

Sebanyak 22 Exora yang telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan Iftar pada kali ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Fandy (NEXO 01), En.Shahrul Amri a.k.a Jalak Lenteng (NEXO 03), En. Shamsul Anuar a.k.a Nuarque (NEXO 28), En. Fisol Hamdi a.k.a G1 (NEXO 09), En. Azman Mat Ripin (NEXO 43), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59), En. Zakhri (NEXO 72), En.Mohd Khairul Amin a.k.a CID (NEXO 11), En. Abdul Latif a.k.a Badang Kedah (NEXO 02), En. Salehuddin (NEXO 51), En. Azmad a.k.a Mart (NEXO 41), En. Suhaimi (NEXO 54), En. Jit Rashid (NEXO 44), En. Mohd Aziz (NEXO 68), En. Mohd Fahmi a.k.a Fahmi Prudential (NEXO 46), En.Nasrol Hadi a.k.a Nash (NEXO 22), En. Suhimi a.k.a Shumi (NEXO 71), En. Mohammad Anuar a.k.a Nuarpng (NEXO 06), En.Haneef (NEXO 21)  dan  En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18). 

D'Suasana Cafe pakej makanan yang lazat & murah
  Terima kasih diucapkan kepada pemilik Restoran D'Suasana Cafe terutama Kak Ija yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan 
  "Iftar Bersama NEXO D'Suasana Cafe"
Terima kasih juga kepada pekerja yang bertugas dan tukang masak D'Suasana Cafe kerana menyediakan masakan yang enak untuk warga NEXO berbuka.


                                                                    
Semoga bertemu lagi di majlis yang akan datang....InsyaAllah
Selamat Hari Raya AidilFitri 
Dari Semua Warga NEXO

Friday 10 August 2012

Program Barakah Ramadhan

PROGRAM BARAKAH RAMADHAN ANJURAN BERSAMA
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS &
KELAB KEBAJIKAN, SUKAN & REKREASI JKMN PERLIS


NEXO amat berbesar hati kerana telah menerima undangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKMN Perlis) untuk turut serta menjayakan Program Barakah Ramadhan pada 9 Ogos 2012 bersamaan     20 Ramadhan 1433H di Rumah Seri Kenangan, Jejawi, Perlis.

Program ini diadakan bagi tujuan meraikan warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim yang berada di Rumah Seri Kenangan sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.



NEXO amat berterima kasih diatas undangan ini dan berharap NEXO dapat bekerjasama lagi untuk masa yang akan datang.

Cenderamata dari NEXO kepada Tuan Pengerusi Majlis 
yang telah disampaikan oleh Cip Perlis

 Sedikit penerangan telah diberi oleh Presiden NEXO 
bagi memperkenalkan kelab.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada En.Ayin dan En.Sham yang telah mengaturkan program ini. NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang hadir bagi menjayakan program ini. Sebanyak 6 EXORA yang menyertai program ini iaitu En.Ayin, En.Sham, En. Fandy, En.Aziz, En.Jit Rashid dan En. Nor Hisham.


Menikmati juadah berbuka puasa 
nasi hujan panas serta bihun yang lazat sebagai hidangan

Semoga NEXO dapat bekerjasama lagi untuk program yang akan datang....InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...