Sunday, 30 June 2013

Gua Gunung Keriang Yang NeXo Tawan


Tanggal 29 Jun 2013
Gunung Keriang terletak lebihkurang 8km dari bandar Alor Setar. Ia adalah gunung batu kapur yang tersergam dikelilingi oleh sawah padi dan setinggi 217.92 meter sahaja. Berbentuk seperti kapal yang terbalik kononnya sebuah kapal yang membawa pengantin telah disumpah oleh Sang Kelembai. Disebalik misteri dan mitos ini, Gunung Keriang juga mempunyai beberapa tarikan dan keunikkannya. Disamping baja tahi kelawar dan batu kristal, guanya juga menjadi salah satu daya tarikan ke sini. Dengan pelbagai pembinaan dan promosi maka tidak hairanlah satu hari nanti ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong dan akan dikomesilkan. Apatah lagi  pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah mewartakan Gunung Keriang sebagai kawasan pelancongan negara. 

Mengambil peluang dari keunikkan itu, satu aktiviti telah dirancang dan tugas itu dipikul oleh Pn Azira & En Mawardi (Nexo 123). Komitmennya yang baik telah menjayakan aktiviti ini walaupun hanya 9 orang ahli menyahut cabaran. Cabaran yang menguji tahap kemampuan diri dan mental peserta. Shabas NeXo ucapkan kepada NeXo 123 serta terima kasih diatas tajaan tuala buat semua peserta.

Jam 10.30 pagi para peserta memulakan pendakian hampir 80 meter sebelum berjaya memasuki gua utama yang ruangnya cukup besar sebelum memasuki pula gua untuk tembus ke bahagian sebelah sana. Hampir satu setengah jam masa diambil untuk menelusuri gua ini yang sepanjang hampir 700 meter. Peserta event kali ini adalah : Wadi NeXo 123, Fandy NeXo 01, Saifuddin NeXo 78, Azman NeXo 43, Romzi NeXo 52, Nash NeXo 22, Shumi NeXo 71, Fahmi NeXo 46 dan Ahmad Nizam (Pak Tam) NeXo 120.

Penjelajahan kami ini dibantu oleh 2 orang jurutunjuk tempatan yang memang mahir mengenai selok belok di dalam gua tersebut. Pelbagai bentuk batu hasil dari stalaktit dan stalagmit dilihat disamping dapat mencari batu kristal di dalam gua ini. Satu pengalaman yang menarik di lokasi yang penuh dengan dengan khazanah alam.

Sementara itu bagi kaum ibu dan kanak-kanak, kesempatan diambil dengan melawat  Muzium padi yang dikenakan sedikit bayaran iaitu RM5.00 untuk dewasa dan Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang. Kemudian melawat pula Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang  mempamerkan teknologi dan inovasi terbaru berkaitan sains. Bayaran masuk ke sini adalah percuma.

Pada tengaharinya disediakan makanan tengahari yang menyelerakan. Majlis bersurai pada jam 2.30 petang selepas melawat sebahagian lagi gua dan kolam dalam kawasan kuil.


Pelbagai pengisian dan menfaat diperolehi dari aktiviti kali ini. Ahli dan keluarga dapat beriadah sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pn Azira dan suaminya, En. Wadi dan semua yang menyertai. Insyaalah aktiviti riadah sebegini akan diteruskan dilain masa.

Terima kasih NeXo ucapkan kepada Zan's Catering diatas tajaan sarapan pagi dan makan tengahari buat semua Warga NeXo. 

 Di dalam Muzium Padi
 Menikmati pemandangan  panorama  360 darjah
seperti mengelilingi Gunung Keriang
Antara gambar yang dilukis oleh artis dari Korea

Kerbau sebagai salah satu pengangkutan dan digunakan untuk 
membajak sawah yang turut dipamir di Muzium padi

Memulakan langkah dengan bismillah doa dibaca oleh Shumi NeXo 71
Senyum sokmo

Cabaran awal 
NAMUN. Kusangka hujan hingga kepetang rupanya ada yang kandas separuh jalan 
Antara yang berjaya ke Gua Utama


Cantik panorama di dalam gua. Cahaya yang menyinar 
menampakkan kehijauan pokok di dalamnya
Dari gua untuk masuk ke dalam gua
Antara cabaran yang ditempuhi
Mudah jer ni
Bokbaik melintas titi na!
Yang rendah tolong dipapah, 
Dah Jumpa ... Permata @ Kristal
Stalakmit
Yeahhh .. berjaya

Ceria kerana berjaya





makan time .. carbo-loading
Setelah hilang penat Nexorian ke Kolam & Gua berhampiran tokong. Kononnya ada sungai bawah tanah yang bersambung hingga ke laut dengan kolam ini. Gua yang dikenali sebagai  gua kerbau. Ada tempat seperti katil diberi nama ‘katil Mahsuri’ dimana kalau mendaki ke gua tersebut(sama sendat) untuk balik/keluar terpaksa terjun ke dalam kolam ini dan dulu katanya penduduk kampung boleh meminjam pinggan mangkuk di sini.

Semoga bertemu lagi 
di event yang akan datang....
In Sya Allah

Friday, 21 June 2013

Jamuan Bersama YB Dato' Paduka Mukhriz


Pada tanggal 20 Jun 2013 hari Khamis, NEXO telah diundang oleh YB Dato' Paduka Mukhriz melalui Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) untuk sama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Santai yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) yang telah mengatur agar NEXO dapat bertemu dengan YB Dato' Paduka Mukhriz. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada warga NEXO yang hadir bagi memberi sokongan serta memeriahkan Majlis. 


NeXo diwakili oleh 15 orang ahli NeXo iaitu En.Fandy (NEXO 01), En. Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), Tuan Syed Hafiz (NEXO 56), En.Aziz (NEXO 68), En.Mus (NEXO 101), En.Romzi (NEXO 52), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98) telah bersama-sama memeriahkan Majlis di atas undangan Dato' Paduka Mukhriz yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman, Jitra.


Setibanya Dato' Paduka Mukhriz 
di Dataran Bandar DarulAman

Prez NEXO Sempat berbual dengan YB Dato'
Alhamdulillah MB Kedah telah mengenal NEXO

Ucapan dari YB Dato' Paduka Mukhriz

NEXO bersama YB Dato' Paduka Mukhriz

Sedang menikmati juadah yang disediakan...
kambing golek...sedap

Agar NEXO lebih maju 
di masa hadapan...In Sya Allah

Thursday, 20 June 2013

Sambutan Ulang Tahun WarGa NeXo Bulan Jun

NEXO mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat NeXo 02 Abdul Latif a.k.a Badang Kedah, NeXo 19 Zulkifli a.k.a Nyelamblup, NeXo 32 Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras, NeXo 33 Asar Zaim, NeXo 72 Zakhri a.k.a Pablo dan NeXo 85 Azmel Cip Perlis.
 


Pada 20 Jun 2013 jam 10.30malam, TT telah diadakan di Dataran Bandar DarulAman Jitra, sempena menyambut ulang tahun Warga NeXo yang lahir pada bulan 6. Memandangkan hanya Pablo sahaja yang hadir pada hari tersebut maka Pablo sebagai wakil warga NeXo yang lain dalam sesi tepung tawar...hahaha...


Seramai 12 Nexorianz yang hadir bagi memeriahkan TT ini. Mereka yang hadir pada malam TT berlangsung adalah:  En.Fandy (NEXO 01), En.Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), En.Aziz (NEXO 68), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98)



 Buat NeXo 02, NeXo 19, NeXo 32, 
NeXo 33, NeXo 72 & NeXo 85
  NEXO mengucapkan :

"Selamat menyambut ulang tahun...
semoga dipanjangkan umur, bertambah-tambah rezeki dan dijauhi dari segala penyakit....Amin" 
 

Thursday, 6 June 2013

HaPPy BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97

Pada 4 Jun 2013 jam 9.00malam, TT BezDay & SaYoNaRa Buat NeXo 97 telah berlansung di Bertam Kiosk. TT diadakan sempena menyambut ulang tahun OxLey yang ke 37 serta meraikan kejayaan bro OxLey NEXO 97 yang bertambah rezeki dengan mendapat kerja baru di Brunei Darussalam. Semoga Ley akan tetap aktif walau dimana saja beliau berada. 


Kawan-Kawan NeXo yang turut hadir untuk bersama-sama memeriahkan TT  adalah : En.Mohd Fadzil a.k.a Denz (NEXO 34), En.Mohd Ridhuan (NEXO 133), En. Rizuan Ramli (NEXO 26), En. Mohd Zakhri a.k.a Pablo (NEXO 72), En. Abd Khalil (NEXO 122), En.Fandy (NEXO 01), En.Azman (NEXO 43), En.Addy Midi (NEXO 36) dan En.Suhaimi (NEXO 54).



 Semoga bertemu lagi dan 
semoga berbahagia di perantauan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...